Featured Articles

My little caliph in uniform. After a few couple of weeks, finally.

Semenjak dari daftar sekolah sampailah minggu lepas, budak-budak ni pakai baju bebas je pergi sekolah. Sebab? Uniform tak dapat lagi. Shafiq suka pakai baju hebat (t-shirt & seluar Lorax (jeans)), Shafiqah pula suka baju princess.

Cara nak register domain dengan blogspot

Ada banyak cara nak registerkan domain name tapi bagi saya, cara yang paling mudah sekali ialah menerusi google apps. Platform blog untuk google ialah blogspot. Kalau nak mudah cepat dan taknak pening kepala, registerkan sahaja domain anda menerusi google.

Pengalaman Menemani Isteri Bersalin di Dewan Bersalin Hospital PakarSultanah Fatimah (HPSF)

Wife aku dijangka akan melahirkan anak ke-3 kami pada 23/7/2014. Pabila tarikh yang diberikan doktor kunjung tiba tapi baby belum nak keluar lagi, doktor pun extend delivery due date kepada 30/7/2014. Kalau tarikh ni pun baby tak keluar lagi, induce akan terjadi pada 31/7/2014. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Buka Akaun Tabung Haji Sambil Daftar Haji

Kalau daftar haji sekarang agak-agak berapa tahun lagi kena Q untuk dipanggil tunaikan fardhu haji? 40 tahun? Tetttt... salah. 50 tahun? Tettttt... salah. 60 tahun? Tetttttt.... Salah jugak?! Abis tu berapa? Jawapannya ialah 76 tahun.

2016-06-08

Bagaimana jump start bateri kereta lemah?

Caranya seperti berikut. Ikut step no 1 sehingga no 4

Semoga bermanfaat buat semua!

2016-05-10

Kreativiti kanak-kanak. Selama ini kita sudah mengembangkan atau menghalang?

Bayangkan situasi berikut;

Balik kampung, kebetulan saudara-mara pun ada. Kebetulan, esok anak nak exam. Exam pendidikan seni. Anak nak exam pendidikan seni tadika. 6 tahun. Tahun depan baru darjah 1. 

Ada 2 kemungkinan yang mungkin ada dalam fikiran anda:

1. Alaa exam 6 tahun je pun. Bukan dapat masuk universiti pun kalau score. Atau bukan tak dapat masuk universiti pun kalau failed. 

2. Esok soalan apa? Ha? Kena buat origami & warnakan? Ok? Guna buat baju. Buat tie sekali. Warna guna warna terang. Guna warna merah. Buat belang2 warna merah & kuning. Biar menyerlah. Biar cantik. Biar cikgu nampak. Kaler baju pun jgn pilih kaler gelap. Pilih yang menyala. 

Okey. Bagi akulah kan.. Budak 6 tahun yang kreativitinya korang pun tahu berapa jauh aje pun diorang boleh kreatif. Mereka masih dalam proses. 

Exam tu cuma mahu mengukur sejauh mana tahap kreativitinya sahaja. dah kalau mak bapak tambah sedara-mara tuk nenek sumer dah suruh buat ini buat itu, kaler ini kaler itu, celah mana kreativiti budak tu nak berkembang kalau dia terpaksa percaya pada pendapat dan nasihat dari orang lain seawal itu?

Berhentilah seketika. Memandang dari jauh. Melihatlah dari sudut konteks. 

Budak-budak umurnya begitu perlu rasa seronok ke sekolah. Bergaul dengan rakan, belajar interaksi. Memupuk keyakinan diri. Mengembangkan seluruh potensi. Bukan terkebelakangkan semua itu. Lambat atau cepat itu kelebihan dan kekurangan masing-masing. Yang cerdik Alhamdulillah. Yang lambat digalak bantu. 

Kadang kita tak perasan. Sbb kita terlalu fokus. Fokus sumbat semua sebab kita percaya dengan hardworking kononnya budak itu akan berjaya. Namun sedar tak kita, makin dilaratkan sebegitu, sebenarnya kita membunuh minat mereka untuk belajar kerana ia merupakan satu beban bagi mereka. Sedarkah kita!?

Sampai masa untuk berenti seketika. Tarik nafas sedalamnya. Tak ada maksud terlewat dalam kamus orang yang ingin berjaya. Baik ibubapa. Mahupun anak. 

Allah lebih Mengetahui. 



Berpagi-pagian dalam mencari rezeki

Semalam terdengar motivasi pagi di ikim.fm berkenaan kisah burung yang setiap hari keluar mencari makanan untuk anak-anaknya dan juga dirinya. Tanpa putus asa. Tanpa rasa kecewa. Kadang ada rezeki untuknya. Kadang tiada. Namun tetap keluar setiap pagi berkicauan asyik siapa yang mendengarnya. Tetap disiplin. Buat Kita yang mahu mempelajari darinya. 

Begitu juga dengan jiran sebelah rumah ni, pukul 4:30 pagi sudah kedengaran bunyi api dapur dipetik dinyalakan, lesung batu berketukan, seperti mahu bergegas menyiapkan sarapan. 

6:30 pagi pula sudah kedengaran pintu grill ditarik. Anak-anak bersalam tangan ibu untuk ke sekolah. Seawal itu ada dikalangan kita yang masih baru hendak bangun subuh. Wallahu 'alam. 



Salah satu pesan Imam Syafie buat kita, dalam mencari rezeki hendaklah kita berpagi-pagian. Semoga Allah kurniakan kita kudrat agar kita dapat beramal dengan ilmu yang kita dapat hari ini. 

Semoga bermanfaat buat anda yang sudi membaca. 


2016-05-09

Attention Deficit Hyperactivity Disorder?

Mungkin dia mengalami ADHD. Dia tidak bodoh. Aku tak mahu dia percaya bahawa dia itu benar-benar bodoh. Akalnya tidak setajam orang lain. Bukan salahnya. Ada kajian menunjukkan ia adalah kesan sampingan dari ubat-ubatan yang pernah diambilnya dahulu. 

Bukan dia tak mahu belajar. Bukan dia tak mahu rajin. Bukan dia tak pandai. Bukan dia malas. Semua itu bukan!

Cuma dia tak dapat mengawal tumpuan perhatiannya walaupun untuk seketika. Sesaat tumpuannya disini, kemudian dilemparkan pandangannya meliar. Seolah-olah gusar. Seolah-olah bimbang. Seoah-olah takut. Seolah-olah sedang menahan dari terkucil!

Perlu sabar. Perlu tabah. Perlu redha. Perlu usaha. Ganjarkan. Galakkan. Bantu. Ada hikmah disebalik kejadian. 

Yang baik tak semestinya elok, yang buruk tak semestinya tak elok untuk kita!!

 

2016-04-26

Raja Ali Haji

GURINDAM DUA BELAS

karya: Raja Ali Haji

Satu

Ini Gurindam pasal yang pertama:

Barang siapa tiada memegang agama,
Sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
Maka ia itulah orang yang ma’rifat
Barang siapa mengenal Allah,
Suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,
Maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri.
Barang siapa mengenal dunia,
Tahulah ia barang yang teperdaya.
Barang siapa mengenal akhirat,
Tahulah ia dunia mudarat.

Dua

Ini Gurindam pasal yang kedua:

Barang siapa mengenal yang tersebut,
Tahulah ia makna takut.
Barang siapa meninggalkan sembahyang,
Seperti rumah tiada bertiang.
Barang siapa meninggalkan puasa,
Tidaklah mendapat dua termasa.
Barang siapa meninggalkan zakat,
Tiadalah hartanya beroleh berkat.
Barang siapa meninggalkan haji,
Tiadalah ia menyempurnakan janji.

Tiga

Ini Gurindam pasal yang ketiga:

Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadaiah damping.
Apabila terpelihara lidah,
Niscaya dapat daripadanya paedah.
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fi’il yang tiada senonoh.
Anggota tengah hendaklah ingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat
Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjaian yang membawa rugi.

Empat

Ini Gurindam pasal yang keempat:

Hati itu kerajaan di daiam tubuh,
Jikalau zalim segala anggotapun rubuh.
Apabila dengki sudah bertanah,
Datanglah daripadanya beberapa anak panah.
Mengumpat dan memuji hendaklah pikir,
Di situlah banyak orang yang tergelincir.
Pekerjaan marah jangan dibela,
Nanti hilang akal di kepala.
Jika sedikitpun berbuat bohong,
Boleh diumpamakan mulutnya itu pekung.
Tanda orang yang amat celaka,
Aib dirinya tiada ia sangka.
Bakhil jangan diberi singgah,
Itulah perampok yang amat gagah.
Barang siapa yang sudah besar,
Janganlah kelakuannya membuat kasar.
Barang siapa perkataan kotor,
Mulutnya itu umpama ketor.
Di mana tahu salah diri,
Jika tidak orang lain yang berperi.

Lima

Ini Gurindam pasal yang kelima:

Jika hendak mengenai orang berbangsa,
Lihat kepada budi dan bahasa,
Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
Sangat memeliharakan yang sia-sia.
Jika hendak mengenal orang mulia,
Lihatlah kepada kelakuan dia.
Jika hendak mengenal orang yang berilmu,
Bertanya dan belajar tiadalah jemu.
Jika hendak mengenal orang yang berakal,
Di dalam dunia mengambil bekal.
Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,
Lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.

Enam

Ini Gurindam pasal yang keenam:

Cahari olehmu akan sahabat,
Yang boleh dijadikan obat.
Cahari olehmu akan guru,
Yang boleh tahukan tiap seteru.
Cahari olehmu akan isteri,
Yang boleh dimenyerahkan diri.
Cahari olehmu akan kawan,
Pilih segala orang yang setiawan.
Cahari olehmu akan ‘abdi,
Yang ada baik sedikit budi,

Tujuh

Ini Gurindam pasal yang ketujuh:

Apabila banyak berkata-kata,
Di situlah jalan masuk dusta.
Apabila banyak berlebih-lebihan suka,
Itulah landa hampirkan duka.
Apabila kita kurang siasat,
Itulah tanda pekerjaan hendak sesat.
Apabila anak tidak dilatih,
Jika besar bapanya letih.
Apabila banyak mencela orang,
Itulah tanda dirinya kurang.
Apabila orang yang banyak tidur,
Sia-sia sahajalah umur.
Apabila mendengar akan khabar,
Menerimanya itu hendaklah sabar.
Apabila menengar akan aduan,
Membicarakannya itu hendaklah cemburuan.
Apabila perkataan yang lemah-lembut,
Lekaslah segala orang mengikut.
Apabila perkataan yang amat kasar,
Lekaslah orang sekalian gusar.
Apabila pekerjaan yang amat benar,
Tidak boleh orang berbuat honar.

Delapan

Ini Gurindam pasal yang kedelapan:

Barang siapa khianat akan dirinya,
Apalagi kepada lainnya.
Kepada dirinya ia aniaya,
Orang itu jangan engkau percaya.
Lidah yang suka membenarkan dirinya,
Daripada yang lain dapat kesalahannya.
Daripada memuji diri hendaklah sabar,
Biar dan pada orang datangnya khabar.
Orang yang suka menampakkan jasa,
Setengah daripada syirik mengaku kuasa.
Kejahatan diri sembunyikan,
Kebaikan diri diamkan.
Keaiban orang jangan dibuka,
Keaiban diri hendaklah sangka.

Sembilan

Ini Gurindam pasal yang kesembilan:

Tahu pekerjaan tak baik, tetapi dikerjakan,
Bukannya manusia yaituiah syaitan.
Kejahatan seorang perempuan tua,
Itulah iblis punya penggawa.
Kepada segaia hamba-hamba raja,
Di situlah syaitan tempatnya manja.
Kebanyakan orang yang muda-muda,
Di situlah syaitan tempat bergoda.
Perkumpulan laki-laki dengan perempuan,
Di situlah syaitan punya jamuan.
Adapun orang tua yang hemat,
Syaitan tak suka membuat sahabat
Jika orang muda kuat berguru,
Dengan syaitan jadi berseteru.

Sepuluh

Ini Gurindam pasal yang kesepuluh:

Dengan bapa jangan durhaka,
Supaya Allah tidak murka.
Dengan ibu hendaklah hormat,
Supaya badan dapat selamat.
Dengan anak janganlah lalai,
Supaya boleh naik ke tengah balai.
Dengan kawan hendaklah adil,

Supaya tangannya jadi kapil.

Sebelas

Ini Gurindam pasal yang kesebelas:

Hendaklah berjasa,
Kepada yang sebangsa.
Hendaklah jadi kepala,
Buang perangai yang cela.
Hendaklah memegang amanat,
Buanglah khianat.
Hendak marah,
Dahulukan hujjah.
Hendak dimalui,
Jangan memalui.
Hendak ramai,
Murahkan perangai.

Duabelas

Ini Gurindam pasal yang kedua belas:

Raja mufakat dengan menteri,
Seperti kebun berpagarkan duri.
Betul hati kepada raja,
Tanda jadi sebarang kerja.
Hukum ‘adil atas rakyat,
Tanda raja beroleh ‘inayat.
Kasihkan orang yang berilmu,
Tanda rahmat atas dirimu.
Hormat akan orang yang pandai,
Tanda mengenal kasa dan cindai.
Ingatkan dirinya mati,
Itulah asal berbuat bakti.
Akhirat itu terlalu nyata,
Kepada hati yang tidak buta.

Tamatlah Gurindam yang duabelas pasal yaitu karangan kita Raja Ali Haji pada tahun Hijrah Nabi kita seribu dua ratus enam puluh tiga likur hari bulan Rajab Selasa jam pukul lima, Negeri Riau, Pulau Penyengat.

Keterangan :

Bakhil ; kikir atau pelit

Balai : rumah tempat menanti raja (di antara kediaman raja-raja)

Bachri : hal mengenai lautan (luas)

Berperi : berkata-kata

Cindai : kain sutra yang berbunga-bunga

Damping : dekat, karib, atau akrab

Fi’il : tingkah laku, perbuatan

Hujjah : tanda, bukti, atau alasan

Inayat : pertolongan atau bantuan

Kafill : majikan atau orang yang menanggung kerja

Kasa : kain putih yang halus

Ketor : tempat ludah (ketika makan sirih), peludahan

Ma’rifat : tingkat penyerahan diri kepada Tuhan yang setahap demi setahap sampai pada tingkat keyakinan           yang kuat

Menyalah : melakukan kesalahan

Mudarat : sesuatu yang tidak menguntungkan atau tidak berguna

Pekong : (pekung) penyakit kulit yang berbau busuk

Penggawa : kepala pasukan, kepala desa

Perangai : sifat batin manusia yang mempengaruhi segenap pikiran dan perbuatan

Senonoh : perkataan, perbuatan, atau penampilan yang tidak patut (tidak sopan)

Tegah : menghentikan

Teperdaya : tertipu

Termasa : tamasya

2016-04-25

Bolehkah Maxis Bangkrap? Telco lain sila ambil pengajaran

Baru-baru ni kecoh dunia telekomunikasi negara dengan kes viral customer servis layan acuh tak acuh pengguna Maxis. Sudahnya sampai ke CEO goyang. 

Bila CEO pun goyang, dia goyangkan sekali Marketing dept sampai muka kesian macam minta tapak kaki ni


Aku rasa bagus juga sekali sekala jadi macam ni, satu telco jadi kambing hitam, telco lain cepat-cepat ambil pengajaran. 

Masing-masing review balik plan yang ditawarkan. Masing-masing cuba rebut lebih sejuta customer yang dah lari dari Maxis. 

Ape baiknya untuk kita sebagai pengguna? Tentulah nilai atas belanja yang telah dikeluarkan atas bil telefon!

Ok now. Dear Digi telecommunications, please introduce moar punching-bag too-good-to-be-true pre/postpaid plan coz dis is de bez time to make a whole lot of maney babeh. 

2015-11-19

Myrelo syarikat perkhidmatan pindah rumah paling profesional

Proses nak pindah rumah adalah suatu tempoh yang sangat stress terutama sekali bila nak pindah rumah ketika anak-anak masih kecil. Pengalaman 2 kali pindah rumah menggunakan khidmat cari nombor sewa lori tepi jalan sangat-sangat menyedihkan. Barang rosak semasa proses mengendali masuk keluar lori, mula-mula setuju dengan amaun tertentu kemudian bila on that D-day kena tambah lagi sampai double memang taubat la kalau ko nak rekemen kat aku ntah sesapa pun.

Next pindah aku tekad, amik relocation service dari company terus. Walaupun sedar kosnya jauh lebih mahal tapi yang penting sepanjang proses pindah tu ko tak pening kepala. 

Bermula dengan riki riki survey ape company relocation yang paling best maksud best kat sini menepati bajet dan tuan rumah jadi mandur. Takyah susah-susah sibuk-sibuk hangkut barang masuk lori. Tetapkan masa, tetapkan tarikh, sain borang mana-mana yang patut, pada hari kejadian monitor je. Tak ke best camtu! Idaman para ketua keluarga beb.

Tempoh berbincang dengan in charge dari myrelo ni Saudari Fizah Kamal. Walaupun ada beberapa company yang dishortlistedkan, akhirnya setelah hampir 2 bulan tanya itu tanya ini, myrelo juga menjadi pilihan hati. 

Myrelo akan datang buat survey barang-barang dalam rumah; untuk keluarkan quotation dan tentukan saiz lori yang tepat supaya kisah "mula-mula ingat 1 trip cukup last-last kena bayar untuk 2 trip" jilake betul. 

Siap decide tarikh, bank in utk book tarikh, pilih nak amik insuran atau tak semua tu dah dibereskan 1 minggu sebelum hari pindah. Memang hectic juga tapi puas hati. 

Akhirnya hari yang ditunggu menjelang tiba. Sehari sebelum terima panggilan dari in charge katanya pekerja takde job hari ni boleh la datang untuk packing mana-mana barang dalam wardrobe dan 
dalam kitchen cabinet masuk dalam kotak nanti esoknya dah jimat masa dan boleh terus bertolak awal ke destinasi. Saya setujukan aje. Padahal hari yang sama ada banyak benda nak settle; nak tanggalkan astro, nak terminate unifi. Haa baru dapat tahu trick camana nak terminate unifi tanpa kena penalti RM500 boleh baca kat sini. Pastu nak pindah sikit barang kat bilik sewa dan nak amik report kad anak! Memang pack sangat hari tu. Tapi Alhamdulillah lah semuanya berjalan lancar. 




Esoknya Myrelo datang lagi untuk habiskan packing mana yg xsempat dibuat semalamnya, pastu terus masuk lori 10 tan. Padat sampai ke pintu belakang! 



Diorang datang 2 lori. Lori 10 tan dan lori 3 tan. Yang 3 tan tu untuk bawak barang sampah atau yg tak diperlukan. 10 tan bawak yg perlu aje. Tu pun nasib baik muat. 5 orang pekerja semua ada tugas masing-masing. Asyik tengok cara diorang bekerja. Memang dah biasa hari-hari bungkus barang jadi semua kerja-kerja fizikal nampak mudah aje. Padahal aku nak angkat palang katil pun dah berpeluh-peluh! 

Sedang elok aje semua. Jumaat dorang sampai pukul 10pagi packing sampai pukul 12:30tgh hari. Sabtu dorang pun sampai pukul 10:00pg sambung kemas masuk barang dalam lori dan bergerak dari Shah Alam pukul 2:00pm. Dalam pukul 5:00pm lori pun sampai memang sedang elok aku selesai azankan penjuru rumah yang terakhir. 

Time tu hujan lebat. So unpacking pula 4 orang sahaja yang terlibat. Habis masukkan barang ke rumah tepat jam 8:00malam. Diorang akan tolong pasangkan perabot macam katil, sofa, meja, almari yang diorang buka dari rumah lama. Selebihnya, bungkus! So malam tu ape lagi sampai tengah malam unpacking kotak kotak yang banyak tu. 


Besok lusa aku tambah lagi.. kalau ada sesiapa yang terbaca artikel ni komen something untuk aku sambung cerita details lagi pasal myrelo ni. aku public kan lagi quotation yg dia bagi. kalau aku tunjuk gambar tapi tak tau ade orang ke tak yang tengok gambar tu buat apa nak letak kan?

Tulis panjang-panjang sapa yang baca agaknya?