Featured Articles

My little caliph in uniform. After a few couple of weeks, finally.

Semenjak dari daftar sekolah sampailah minggu lepas, budak-budak ni pakai baju bebas je pergi sekolah. Sebab? Uniform tak dapat lagi. Shafiq suka pakai baju hebat (t-shirt & seluar Lorax (jeans)), Shafiqah pula suka baju princess.

Cara nak register domain dengan blogspot

Ada banyak cara nak registerkan domain name tapi bagi saya, cara yang paling mudah sekali ialah menerusi google apps. Platform blog untuk google ialah blogspot. Kalau nak mudah cepat dan taknak pening kepala, registerkan sahaja domain anda menerusi google.

Pengalaman Menemani Isteri Bersalin di Dewan Bersalin Hospital PakarSultanah Fatimah (HPSF)

Wife aku dijangka akan melahirkan anak ke-3 kami pada 23/7/2014. Pabila tarikh yang diberikan doktor kunjung tiba tapi baby belum nak keluar lagi, doktor pun extend delivery due date kepada 30/7/2014. Kalau tarikh ni pun baby tak keluar lagi, induce akan terjadi pada 31/7/2014. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Buka Akaun Tabung Haji Sambil Daftar Haji

Kalau daftar haji sekarang agak-agak berapa tahun lagi kena Q untuk dipanggil tunaikan fardhu haji? 40 tahun? Tetttt... salah. 50 tahun? Tettttt... salah. 60 tahun? Tetttttt.... Salah jugak?! Abis tu berapa? Jawapannya ialah 76 tahun.

2012-11-28

Jual barang sendiri atau jual barang yang laris di pasaran

Jika soalan ini ditanya kepada anda, apa jawapan yang bakal anda berikan? Menjual produk sendiri dan menjual produk sedia ada di pasaran mempunyai kebaikan dan keburukan masing-masing. Contohnya menjual ayam goreng ibunda vs menjual ayam goreng jenama Kentuky Fried Chicken, yang mana satu yang lebih laku? Atau lebih tepat lagi membuka kedai makan sendiri dengan hanya menjual ayam goreng yang anda rasa ayam goreng itu amat sedap (tetapi biasa-biasa sahaja pada orang laing) berbanding membeli franchise Kentucky Fried Chicken dan menguruskan perniagaan tersebut mengikut format yang sedia ada.

Persoalan ini berbalik kepada tujuan asal kenapa kita ingin memulakan perniagaan. Adakah kita mahu jual barang sendiri yang sudah pasti memerlukan usaha promosi bagi memperkenalkannya di pasaran dan dalam masa yang sama kita syok sendiri kerana 3-4 orang pelanggan bercerita tentang kebagusan barang anda? Ataupun kita mahu menjual barang yang sudah menjadi buah mulut, tidak perlu mengeluarkan belanja untuk promosi dan sememangnya sangat laris dipasaran sehingga mengalahkan pisang goreng panas sewaktu musim hujan?

Anda yang sedang mencari apakah jenis perniagaan yang mampu memberikan pulangan yang sewajarnya bergantung kepada usaha saya harap anda akan berjumpa dengan perniagaan impian masing-masing. Kepada yang ingin tahu apakah jenis perniagaan yang memiliki ciri-ciri seperti yang dinyatakan di atas bolehlah menghubungi saya untuk keterangan lanjut.

Kredit kepada sumber artikel

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

Sebarang komen yang mengganggu ketenteraman awam akan dibakul sampahkan dengan serta-merta tanpa sebarang notis pemberitahuan dari pihak penulis. Harap maklum.

Selamat berblogwalking.