Featured Articles

My little caliph in uniform. After a few couple of weeks, finally.

Semenjak dari daftar sekolah sampailah minggu lepas, budak-budak ni pakai baju bebas je pergi sekolah. Sebab? Uniform tak dapat lagi. Shafiq suka pakai baju hebat (t-shirt & seluar Lorax (jeans)), Shafiqah pula suka baju princess.

Cara nak register domain dengan blogspot

Ada banyak cara nak registerkan domain name tapi bagi saya, cara yang paling mudah sekali ialah menerusi google apps. Platform blog untuk google ialah blogspot. Kalau nak mudah cepat dan taknak pening kepala, registerkan sahaja domain anda menerusi google.

Pengalaman Menemani Isteri Bersalin di Dewan Bersalin Hospital PakarSultanah Fatimah (HPSF)

Wife aku dijangka akan melahirkan anak ke-3 kami pada 23/7/2014. Pabila tarikh yang diberikan doktor kunjung tiba tapi baby belum nak keluar lagi, doktor pun extend delivery due date kepada 30/7/2014. Kalau tarikh ni pun baby tak keluar lagi, induce akan terjadi pada 31/7/2014. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Buka Akaun Tabung Haji Sambil Daftar Haji

Kalau daftar haji sekarang agak-agak berapa tahun lagi kena Q untuk dipanggil tunaikan fardhu haji? 40 tahun? Tetttt... salah. 50 tahun? Tettttt... salah. 60 tahun? Tetttttt.... Salah jugak?! Abis tu berapa? Jawapannya ialah 76 tahun.

2013-04-30

Akhirnya.. Setelah penantian sekian lama

Saya bercadang untuk merakamkan perjalanan saya sepanjang mengusahakan perniagaan bersama isteri saya di dalam blog ini. sebelum ini masih tertanya-tanya apa benda nak ditulis dalam blog ini dan akhirnya persoalan ini terjawab.

Sengaja saya biarkan post saya yang terdahulu kekal di sini sebagai kenangan dan bukti betapa saya memang ternanti-nanti, tertangguh-tangguh dan mengapa saya melakukan sedemikan pun saya tak pasti. Saya sepatutnya harus lebih fokus membantu isteri dengan menghasilkan karya entry yang berkualiti didalam blog beliau namun diri saya seolah-olah ditahan oleh sesuatu. Benda yang menahan itu sebenarnya sifat malas yang terpendam dalam diri saya yang cukup tebal tak dapat nak diubati tapi boleh dilatih.

sejak dari mula isteri saya berkecimpung dalam perniagaan shaklee, saya amat menyokong penuh terhadap bisnes beliau. Akan saya ceritakan sedikit sebanyak pengalaman berbisnes bersama isteri untuk panduan pembaca semua. 

saya yakin, ramai orang di luar sana ingin sangat memiliki perniagaan sendiri tapi masih tercari-cari. Alhamdulillah, Allah telah ketemukan saya dan isteri dengan Shaklee dan sehingga hari ini segalanya berjalan lancar. 

Nanti ada masa saya ceritakan dengan lebih lanjut. Cukup sampai disini dahulu. Wassalam.