Featured Articles

My little caliph in uniform. After a few couple of weeks, finally.

Semenjak dari daftar sekolah sampailah minggu lepas, budak-budak ni pakai baju bebas je pergi sekolah. Sebab? Uniform tak dapat lagi. Shafiq suka pakai baju hebat (t-shirt & seluar Lorax (jeans)), Shafiqah pula suka baju princess.

Cara nak register domain dengan blogspot

Ada banyak cara nak registerkan domain name tapi bagi saya, cara yang paling mudah sekali ialah menerusi google apps. Platform blog untuk google ialah blogspot. Kalau nak mudah cepat dan taknak pening kepala, registerkan sahaja domain anda menerusi google.

Pengalaman Menemani Isteri Bersalin di Dewan Bersalin Hospital PakarSultanah Fatimah (HPSF)

Wife aku dijangka akan melahirkan anak ke-3 kami pada 23/7/2014. Pabila tarikh yang diberikan doktor kunjung tiba tapi baby belum nak keluar lagi, doktor pun extend delivery due date kepada 30/7/2014. Kalau tarikh ni pun baby tak keluar lagi, induce akan terjadi pada 31/7/2014. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Buka Akaun Tabung Haji Sambil Daftar Haji

Kalau daftar haji sekarang agak-agak berapa tahun lagi kena Q untuk dipanggil tunaikan fardhu haji? 40 tahun? Tetttt... salah. 50 tahun? Tettttt... salah. 60 tahun? Tetttttt.... Salah jugak?! Abis tu berapa? Jawapannya ialah 76 tahun.

2013-07-29

VLog: cara lain untuk promote blog dengan lebih berkesan

vlog epul jaguh project
VLOG

Melihatkan cara otai otai mencuba pelbagai cara untuk mempromosikan blog mereka membuatkan aku pun nak cuba juga.

Sebabnya, kalau ada search something kat google, yang match dengan title, boleh dapat keluar kat 1st page. memang mantap lah.


Gadget yang perlu ada:

nak start, kena la ada bajet sikit. dah nampak ok baru upgrade sikit-sikit.

1. camera/video cam. camera yang boleh record lagi bagus. since aku dah ada camera canon DSLR 600D. memang boleh sangat start vlog ni.

2. tripod. baru selesa nak bervlog. kita just focus kepada content. biar tripod yang pegangkan kamera untuk kita. nanti dah ada bajet, vlog dah mantap, upgrade kepada yang ni pulak.. MOGOPOD

3. microphone. beli microphone yang paling murah dulu, start recording dengan mic tu dan perbezaannya kita tengok dalam first vlog

4. speedlite. model yang sesuai untuk canon DSLR aku ni ialah Canon Speedlite 320 EX. 

ade 4 benda ni dah cukup untuk start buat vlog. bila nak start, tunggulah bila ada masa. ebook HTM2FIWS pun tak siap2 lagi..

EpulJaguh

2013-07-25

Customize Blog tab

Saya belajar benda baru lagi hari ni. customized blog tab dengan blog archives dan contact. links on the way. Ngantuk jugakla nak menyiapkan 2 benda baru kat tab tu. Almaklumlah, customized. Kalau pakai yang standard aje xnampaklah beza blog kita dengan jutaan blog yang ada diluar sana. Jadi kalau nak jadikan blog canggih sikit, benda-benda kecik macam ni kena ada kelainan sikit.

Dan satu lagi benda menarik yang saya jumpa ialah macamana nak customize icon yang keluar di tab sebelum nama blog kita. Itu namanya favicon. Kalau pakai standard favicon, kalau guna blogger dia akan keluar huruf B warna putih dengan background oren. Setakat ni favicon dah set tapi masih tak keluar jugak. nak kena check kenapa.

Kena cari aje kat google lagi, mesti jumpa tapi lepas beribu kali search kot.


2013-07-24

Cara nak register domain dengan blogspot

register blogspot dengan domain anda epul jaguh


Ada banyak cara nak registerkan domain name tapi bagi saya, cara yang paling mudah sekali ialah menerusi google apps. Platform blog untuk google ialah blogspot. Kalau nak mudah cepat dan taknak pening kepala, registerkan sahaja domain anda menerusi google. Untuk wordpress pun ada caranya tapi saya tak berapa pasti. Mungkin lebih mudah tapi saya terangkan untuk blogspot dahulu untuk artikel kali ini.

*Maaf sekiranya penggunaan bahasa melayu dan terma bahasa inggeris agak banyak dalam artikel ini kerana saya gagal mengalihbahasa terma tersebut dengan baik ketika itu.

Cara-caranya ialah:
1. Ada blog dengan blogspot dahulu.
Sebelum ada blog dengan blogspot, adalah lebih mustajab sekiranya email yang digunakan adalah email dari gmail. kenapa? sebab google punya services. better compatibality. maksudnya, dengan menggunakan akaun google; gmail, blogspot, youtube, webmaster tools, google drive, google search dan banyak lagi application google akan lebih mudah terurus. yang penting username & password google account tu kena simpan baik-baik.

blogger epul jaguh picture
www.blogger.com




2. Start free trial dengan google apps dan masukkan domain yang dikehendaki. kemudian ikut steps dan buat pembayaran kredit kad untuk membeli domain.

register free trial with google apps epul jaguh
Register with google apps


3. Register domain dengan hosting dari enom. Untuk bahagian ni jangan risau sebab dari google apps, semua steps dah diringkaskan. Kita cuma ikut saja dari google apps. Sebabnya dia dah mudahkan steps nak kesana kemari dari satu platform saja iaitu google apps.

4. Pastikan semua email untuk urusan pendaftaran blog dari awal hingga akhir disimpan
Selepas urusan pendaftaran selesai, rujuk semula email google yang mula-mula digunakan untuk register google apps. kerana anda akan menerima satu lagi email dari google apps selepas domain anda didaftarkan. dalam email tersebut ada dinyatakan username dan password untuk masuk ke akaun domain anda di enom.

5. Masukkan alamat redirect www dan generated hostname
Bbalik semula ke blogspot, menerusi setting>basic, di bahagian blog address, masukkan option redirect domain anda disitu. anda akan diminta untuk mengedit akaun domain anda dengan 2 address yang baru iaitu hostname = www, address = ghs.google.com. dan satu lagi name generated dari blogspot server. e:g; hostname = jjhuduaklsifqqiei , address = ghs.google.com.

domain name service account epul jaguh
Domain names service

6. Redirect blog ke domain 
Setelah kedua alamat ini dimasukkan kedalam domain service account, balik semula ke setting blogspot untuk confirmkan setting dan save.

blog setting basic redirect address epul jaguh
Blogspot setting > Basic > redirect


Dan blog anda yang dahulunya http://namabloganda.blogspot.com kini telah bertukar kepada http://www.namabloganda.com.

Selamat mencuba!

Epul Jaguh
Ada terfikir nak menawarkan servis pendaftaran domain dengan blogspot

2013-07-23

Sambung kerja-kerja pertukangan blog

Hari ini mata tak boleh nak lelap. Mungkin sebab pekena nescafe ais masa berbuka tadi. Dan memang ada kerja malam pun. Alang-alang nak stay-up, siapkan lah apa yang patut.

Ada 2 benda yang belum siap lagi. Nak beli domain tak beli-beli lagi dan satu lagi siapkan link About, Contact, Archive, Links dan sebagainya. Benda simple saja. Tapi nak menelaah html script tu yang membuatkan diri ni terasa sangatlah malas sangat.

Pasal domain tu, macam tak berapa reti sangat, nak tanya geng-geng ni karang nampak tak macho. Takpe, buat slow-slow. Ada masa kejap kita tengok camana cara nak beli pastu redirect ke domain kita tu. Pernah try beli domain dulu pakai google apps. Tapi ingat-ingat lupa. dia ada bagi free trial 14 hari rasanya. Masa tu tak berapa serius sangat, rasa nak buat testing saje, tu yang cancel. Sekarang ni macam dah ada keyakinan sikit, kena buat balik. Lepas ni boleh ajar orang on the spot.

Ok nak pergi beli domain sekarang.

[update: yes! akhirnya berjaya membeli domain dan redirectkan dari epuljaguh.blogspot.com ke epuljaguh.com]

Epul Jaguh

2013-07-22

ebook how to make 2 figure income with shaklee in progress

Fuh.. memang bersemangat waja betullah orang yang buat ebook. nak siapkan satu hal, nak cari sumber, telitikan, cantikkan ayat dan sebagainya satu hal lagi.

Pendek kata memang pening kepala. tapi pening-pening pun kena buatla sikit-sikit.

Kena start buat sekarang biar ada experience dulu. Kemudian lepas publish, walaupun dah melalui proses edit beribu kali, nak keluar versi kedua pun mesti kena edit beribu kali.

Cukup dulu sampai kat sini. nanti kita sembang lagi.


how to make 2 figure income with Shaklee epul jaguh


Epul Jaguh
Kat KWSP sekarang ni

2013-07-21

kerja-kerja menyiapkan blog sedang dilakukan

banyak benda nak kena sediakan sebelum blog epuljaguh.com ni jadi sepertimana yang saya mahukan. benda pertama yang dah siap ialah cari template yang sesuai dengan jiwa sanubari. ada banyak template rupanya kat website, pilih  mana yang berkenan. dulu tak berapa nak ambil tahu pasal template ni sebab tak pasti nak pakai wordpress ataupun blogspot. saya bermula dengan blogspot, tapi apabila master Zainul cakap wordpress lebih mesra SEO, hati ni jadi serba salah dibuatnya.


blog dalam proses bertukang picture
blog tengah bertukang

sehinggalah beberapa minggu lepas, setelah menjalankan beberapa ujikaji terhadap semua ciri-ciri yang terdapat dalam wordpress.com, setelah mengetahui selok belok cara untuk meletakkan host blog dalam bluehost menerusi wordpress.org, saya dapat membuat konklusi berikut; memang hebatlah orang yang boleh host blog sendiri, pandai cari SQL server sebagai tapak untuk isi kandungan blog, pandai cari webhosting untuk publishkan blog, pandai cari hosting segala macam perihal nak hosting, tapi saya tak mahu serabut kepala duduk memikirkan hal teknikal berkaitan blog, saya mahu tumpukan kepada isi kandungan blog yang hendak saya sampaikan kepada seluruh dunia. (ada bunyi macam poyo sikit di situ)

jadi, blog yang pernah dideletekan itu kini kembali beroperasi. nasiblah epuljaguh.blogspot.com. memang kejap delete, kejap undelete akibat nak uji sana uji sini untuk memuaskan hati mana satu platform yang bagus kononnya. Padahal ia terpulang pada citarasa individu. bagi saya, blogspot lagi mesra buta IT. maaf jika terasa. sebab saya pun buta IT juga. buta IT di sini bermaksud, malas nak serabut kepala.

dan satu lagi sebab mengapa saya macam beriya-iya nak mengupdate blog, selain sebab untuk mengejar cita-cita financial freedom melalui bisnes shaklee, saya tak mahu anak-anak bisnes cakap, dia suruh kita update blog, tapi dia sendiri tak update blog dia. pedih kalau terkena ayat ni. jadi untuk elakkan dari terkena, kena cepat-cepat buat satu blog. kira blog ini jadi mercu tanda sebelum anak-anak bisnes saya mengorak langkah yang lebih besar, kami kena mengorak seribu langkah terlebih dahulu. barulah sesuai dengan kata orang "lead by example".

Sekian coretan untuk kali ini. Semoga memberi manfaat untuk anda.

EpulJaguh
Baru lepas keluar dari persimpangan delima.

2013-07-19

Kejap Blogspot Kejap Wordpress, Mana satu ni?




Masuk ni dah dua kali undelete blog ni. layan wordpress macam susah aje. tak reti!

adoi. nampaknya terpaksalah import balik semua artikel dari wordpress tu masuk sini.

2013-07-07

Cerita disebalik Appreciation High Tea Bersama Jutawan Shaklee buat kami berdua terkejut



Appreciation High Tea ni adalah untuk mengumpulkan seluruh jaringan network dibawah Master Cery. banyak benda yang kami terkejut! dari terjumpa member ninja, tak sangka 3 orang yang sebelum ni jumpanya di gerai tepi jalan sebab sebelum ni kami memang dah kenal.

yang paling tak sangka sepupu isteri saya sendiri pun aktif mempromosikan produk Shaklee. kagum dan agak kecewa sikit. kagum sebab ada jugak dikalangan saudara mara terdekat yang terbuka hati untuk menjalankan bisnes Shaklee ini. Kecewa sebab? biasalah.. bukan kami yang membuka hatinya untuk menyertai bisnes ini. tapi tak mengapa, kami anggap ini semua suratan takdir. Allah Maha Mengetahui. setiap perkara yang terjadi itu ada hikmah disebaliknya.

Selain itu, pendapat peribadi saya sendiri mengenai High Tea ini adalah semestinya diadakan berkala dan tambahkan slot perkongsian dari master ataupun bakal master dengan tajuk yang pelbagai. hari ini semua macam sama saja, so agak keboringan sedikit. saya perasan ada master yang agak gugup ketika berucap di atas pentas. memang agak pelik kerana pada saya, level master ni setakat sembang kat atas pentas 10 minit ni macam 10 saat aje. maksudnya isi kandungan yang disampaikan sgtlah ditunggu-tunggu dan cara penyampaian mereka sangat tip-top. tapi inilah keunikan group ini. yg pada saya bagus kerana market penetration yang sangat bagus berbanding dengan group lain yang telah lama menjalankan perniagaan ini yg mementingkan aspek pembangunan individu sahaja tanpa menekankan aspek penjualan produk kepada open market.

sekian coretan untuk kali ini.

semoga anda mendapat manfaat dan darinya.

Wallahu 'alam.