Featured Articles

My little caliph in uniform. After a few couple of weeks, finally.

Semenjak dari daftar sekolah sampailah minggu lepas, budak-budak ni pakai baju bebas je pergi sekolah. Sebab? Uniform tak dapat lagi. Shafiq suka pakai baju hebat (t-shirt & seluar Lorax (jeans)), Shafiqah pula suka baju princess.

Cara nak register domain dengan blogspot

Ada banyak cara nak registerkan domain name tapi bagi saya, cara yang paling mudah sekali ialah menerusi google apps. Platform blog untuk google ialah blogspot. Kalau nak mudah cepat dan taknak pening kepala, registerkan sahaja domain anda menerusi google.

Pengalaman Menemani Isteri Bersalin di Dewan Bersalin Hospital PakarSultanah Fatimah (HPSF)

Wife aku dijangka akan melahirkan anak ke-3 kami pada 23/7/2014. Pabila tarikh yang diberikan doktor kunjung tiba tapi baby belum nak keluar lagi, doktor pun extend delivery due date kepada 30/7/2014. Kalau tarikh ni pun baby tak keluar lagi, induce akan terjadi pada 31/7/2014. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Buka Akaun Tabung Haji Sambil Daftar Haji

Kalau daftar haji sekarang agak-agak berapa tahun lagi kena Q untuk dipanggil tunaikan fardhu haji? 40 tahun? Tetttt... salah. 50 tahun? Tettttt... salah. 60 tahun? Tetttttt.... Salah jugak?! Abis tu berapa? Jawapannya ialah 76 tahun.

2013-07-23

Sambung kerja-kerja pertukangan blog

Hari ini mata tak boleh nak lelap. Mungkin sebab pekena nescafe ais masa berbuka tadi. Dan memang ada kerja malam pun. Alang-alang nak stay-up, siapkan lah apa yang patut.

Ada 2 benda yang belum siap lagi. Nak beli domain tak beli-beli lagi dan satu lagi siapkan link About, Contact, Archive, Links dan sebagainya. Benda simple saja. Tapi nak menelaah html script tu yang membuatkan diri ni terasa sangatlah malas sangat.

Pasal domain tu, macam tak berapa reti sangat, nak tanya geng-geng ni karang nampak tak macho. Takpe, buat slow-slow. Ada masa kejap kita tengok camana cara nak beli pastu redirect ke domain kita tu. Pernah try beli domain dulu pakai google apps. Tapi ingat-ingat lupa. dia ada bagi free trial 14 hari rasanya. Masa tu tak berapa serius sangat, rasa nak buat testing saje, tu yang cancel. Sekarang ni macam dah ada keyakinan sikit, kena buat balik. Lepas ni boleh ajar orang on the spot.

Ok nak pergi beli domain sekarang.

[update: yes! akhirnya berjaya membeli domain dan redirectkan dari epuljaguh.blogspot.com ke epuljaguh.com]

Epul Jaguh

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

Sebarang komen yang mengganggu ketenteraman awam akan dibakul sampahkan dengan serta-merta tanpa sebarang notis pemberitahuan dari pihak penulis. Harap maklum.

Selamat berblogwalking.