Featured Articles

My little caliph in uniform. After a few couple of weeks, finally.

Semenjak dari daftar sekolah sampailah minggu lepas, budak-budak ni pakai baju bebas je pergi sekolah. Sebab? Uniform tak dapat lagi. Shafiq suka pakai baju hebat (t-shirt & seluar Lorax (jeans)), Shafiqah pula suka baju princess.

Cara nak register domain dengan blogspot

Ada banyak cara nak registerkan domain name tapi bagi saya, cara yang paling mudah sekali ialah menerusi google apps. Platform blog untuk google ialah blogspot. Kalau nak mudah cepat dan taknak pening kepala, registerkan sahaja domain anda menerusi google.

Pengalaman Menemani Isteri Bersalin di Dewan Bersalin Hospital PakarSultanah Fatimah (HPSF)

Wife aku dijangka akan melahirkan anak ke-3 kami pada 23/7/2014. Pabila tarikh yang diberikan doktor kunjung tiba tapi baby belum nak keluar lagi, doktor pun extend delivery due date kepada 30/7/2014. Kalau tarikh ni pun baby tak keluar lagi, induce akan terjadi pada 31/7/2014. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Buka Akaun Tabung Haji Sambil Daftar Haji

Kalau daftar haji sekarang agak-agak berapa tahun lagi kena Q untuk dipanggil tunaikan fardhu haji? 40 tahun? Tetttt... salah. 50 tahun? Tettttt... salah. 60 tahun? Tetttttt.... Salah jugak?! Abis tu berapa? Jawapannya ialah 76 tahun.

2013-09-12

Wardah Aina buat Lasik bersama Prof. Dr. Muhaya - Part 1

Bermula dengan sembang-sembang dalam facebook, kebetulan sideline-sideline dalam group Shaklee isteri saya sedang mengumpulkan sekurang-kurangnya 10 orang untuk mendapatkan harga promosi Lasik bersama Dr. Muhaya. Promosi tamat pada hujung tahun ini.

Kos Pembedahan Mata Rawatan Lasik di Lasik Center, Prince Court Medical Center (PCMC)

Harga sebenar RM 6990. Pesakit berusia lebih 35 tahun, tambahan RM 1000. Harga promosi group registration lebih 10 orang ialah RM 6110. Alhamdulillah group isteri saya ada lebih 20 orang yang confirm nak buat Lasik dalam tahun ini juga.

Cas untuk assessment bernilai RM 600 lebih. Lulus tak lulus lepas bayar terus burn. Kalau lulus sedaplah. Yang tak lulus tu redha sahajalah.

Kronologi 30 Ogos 2013

Tanggal 30 Ogos 2013 merupakan hari yang mendebarkan buat kami berdua. Isteri saya nak buat Lasik, dan prosesnya ada dua iaitu Assesment & Operation. Kalau lulus proses yang pertama, maknanya bolehlah teruskan ke peringkat seterusnya. Kalau tak lulus, kena terima hakikat kena pakai cermin mata atau lense sampai bila-bila. Ada beberapa benda yang boleh kita elak kalau nak lulus seperti dalam tempoh sepuluh hari sebelum menjalani assesment, jangan pakai contact lense.

Seawal jam 6:00 pagi selepas usai solat subuh, saya dan isteri terus mengejutkan anak-anak dan siapkan mereka. Budak-budak belum sekolah tak pernah bangun awal kasihan bila ditengokkan mereka kena bangun awal. Since kitorang tak ada pembantu rumah, semua pun kena buat sendiri. Kami bertolak dari rumah ke PCMC lebih kuran jam 8:00 pagi. Kebetulan pada hari tersebut pejabat saya cuti. Cuti Merdeka dibawa ke hari Jumaat.

Trafik agak lancar, terima kasih kepada Waze. Bila nak dekat sampai tu macam keliru dengan jalan kat sana. Agaknya terlupa baca doa naik kenderaan masa nak bertolak tadi. Tu yang rasa ada kesulitan sikit.

Masuk parking, terus ke B3, kemudian naik ke Level 1. Memang kagum dengan binaan bangunan PCMC. jelas nampak tak macam hospitalnya. Macam ofis Telenor masa aku training kat Bergen dulu pun ada. Sambil menunggu isteri selesai urusan pendaftaran kali pertama di PCMC, tangan liar amik gambar sekitar PCMC. gambar anak-anak la most of the time.

Selesai proses pendaftaran, terus kami naik ke tingkat 3. Cari punya cari tak jumpa perkataan lasik kat notice board depan lif. main agak-agak aje ke kanan wing bangunan sebab ada tulis dermatology, oftalmoglogi semua logi-logi kat belakang tu. Ye lah kot, kalau ke kiri ke Operation Theatre OT konfirm bukan tempat buat Lasik.

Sampai hujung wing baru nampak board bertulis "LASIK center". Daftar lagi apa yang patut, sementara tunggu dipanggil masuk, aku macam biasalah babysitter bertauliah jaga anak-anak. Dalam hati berdoa aje harap-harap anak-anak kekal behave sampai mama setel assesment.

Ku sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Ingatkan sebelum pukul 1:00ptg boleh setel assessment Lasik ni. Rupanya melarat sampai ke petang!.Anak-anak gagal mengawal perasaan mereka. Sebab duduk terperuk lama sangat di kawasan tu. Rasa mengantuk nak tidur pun ada. Shafiq dah tidur sejak jam 12:00 tadi. Kasihan dia tidur atas kerusi panjang sahaja. Shafiqah dah gelisah macam ayam nak bertelur. Dia tak boleh tidur sendiri sebab mesti nak mengempeng baru boleh lelap. Dalam mesej dari wife. Katanya Dr Muhaya komen kat assesment "Perfect eye for Lasik". Gembira dalam takut agaknya dia masa tu. Aku balas dengan ringkas dengan ucapan tahniah.

12:30tgh hari wife keluar dari klinik, katanya lama lagi. ada benda yg tak setel lagi. dia datang jenguk anak-anak dan hubby dia ok ke tak. So sweet. Jatuh cinta sekali lagi. Di ambilnya Shafiqah ikut masuk semula ke dalam klinik. Sambil bf sambil berjalan. Memang supermom.

Jam dah pukul 1:15ptg, kejap lagi azan Zohor, hari ini Jumaat pulak. Shafiq sedap tidur. Kalau angkat sure terjaga. Handphone berbunyi, panggilan dari my wife. Katanya tinggal proses yang last. Boleh sambung lepas Jumaat. Angkat Shafiq terus cari dia ke hujung bangunan sana sebab LASIK Center kat belah nun. Tak terjaga pulak budak ni. Penat main sepanjang sampai tadi sampai tengah hari.

Sampai di level B3, bayar parking RM8 terus ke kereta, anak-anak dah bangun. Check Wazer, lokasi masjid terdekat, keluar Masjid Besar UTMKL. Pecut terus ke sana.

Mujur trafik lancar. Sesampai simpang masuk ke Masjid Besar UTMKL, dari luar nampak jemaah masih duduk. Khutbah pun belum habis. Parking takda! nun jauh hujung baru jumpa ruang kosong area dekat-dekat rumah PAI banglo Al-Firdaus. Parking di bahu jalan saja. Berlari ke Masjid. Nasib baik sempat solat Jumaat hari tu.

Dalam hati memang ada rasa kagum dengan perubahan kat masjid tu. Apa tak nya, tahun 2000 masa daftar diploma dulu masjid tu kayu lagi. kalau berjalan dari saf depan ke saf belakang, lantainya berbunyi-bunyi macam nak runtuh. Kalau berlari, boleh bergegar satu masjid. Teringat pernah ikut banyak program rohani kat situ, qiamulail, ceramah, program kolej, program persatuan, MHS...  Kenangan sahaja semua tu. Sekarang Masjid Besar UTMKL memang betul-betul dah besar dan sangat-sangat selesa. Syukur Alhamdulillah.

Sambung cerita Lasik. 

Lepas usai solat Jumaat, perut memang rasa bergoncang minta diisi. Lalu area Kampung Baru. Lagi kenangan menusuk kalbu. Teringat first time moment ditinggalkan famili sorang-sorang di kota Metropolitan Kuala Lumpur. Tapi tinggalkan depan pintu kolej kediaman luar UTMKL Kolej Ketiga Kampung Baru. Teringat perasaan sayu masa tu. Memang terasa semacam menusuk dalam hati. Bimbang pun ada. Mujur ada abang-abang AJK Kolej yang baik. Abang Dayat, Abang Jep, lagi sorang tak ingatlah pulak. Banyak peribadiku terbentuk dalam tempoh setahun di kolej ni kekal hingga kini.

Pusing punya pusing habis semua jalan aku lalu sambil tengok-tengok keadaan Kampung Baru sekarang. Ada perubahan tapi tak banyak. Aku rasa baik dikekalkan begitu. Akhirnya kami berenti makan di salah sebuah kedai makan dalam Kampung Baru tu juga. Pemandangan cantik. Berlatar belakangkan KLCC. Makan sambil menikmati pemandangan indah. Alhamdulillah..

Selesai makan, menuju ke PCMC semula dalam pukul 3:00 ptg. Kali ni hanya wife yang naik ke atas selesaikan urusan assesment peringkat terakhir. Aku dengan anak-anak duduk dalam kereta dengan harapan dorang boleh behave sampai mamanya setel. Tak sanggup nak bawak dorang keluar.

Tak sampai 30 minit, hujan pun turun. Anak-anak tak boleh tahan, start meragam. si kecik mula panggil mama.. mama.. kemudian nangis tunjuk-tunjuk arah Hospital. yang abang rilek aje tengok Miki Maus. dekat sejam jugaklah adik nangis on and off. Dan dekat pukul 5 baru semuanya setel.

Hari Jumaat, pukul 5:00ptg dari KL. dalam hati adui.. meredah jem la jawabnya nanti. Mau sampai rumah pukul 7. solat asar belum lagi ni. Wazer, kaulah penyelamat. Perjalanan balik pun lancar sahaja. Sampai rumah jam 6:15ptg.

Sekian
Wardah Aina buat Lasik bersama Prof. Dr. Muhaya - Part 1
Finished.



1 comment:

  1. Power.... dah tak pakai spek....

    Dulu-dulu rasa cool jer kalau pakai spek.... lama-lama rasa rimas plak... hehe....

    ReplyDelete

Apa kata anda?

Sebarang komen yang mengganggu ketenteraman awam akan dibakul sampahkan dengan serta-merta tanpa sebarang notis pemberitahuan dari pihak penulis. Harap maklum.

Selamat berblogwalking.