Featured Articles

My little caliph in uniform. After a few couple of weeks, finally.

Semenjak dari daftar sekolah sampailah minggu lepas, budak-budak ni pakai baju bebas je pergi sekolah. Sebab? Uniform tak dapat lagi. Shafiq suka pakai baju hebat (t-shirt & seluar Lorax (jeans)), Shafiqah pula suka baju princess.

Cara nak register domain dengan blogspot

Ada banyak cara nak registerkan domain name tapi bagi saya, cara yang paling mudah sekali ialah menerusi google apps. Platform blog untuk google ialah blogspot. Kalau nak mudah cepat dan taknak pening kepala, registerkan sahaja domain anda menerusi google.

Pengalaman Menemani Isteri Bersalin di Dewan Bersalin Hospital PakarSultanah Fatimah (HPSF)

Wife aku dijangka akan melahirkan anak ke-3 kami pada 23/7/2014. Pabila tarikh yang diberikan doktor kunjung tiba tapi baby belum nak keluar lagi, doktor pun extend delivery due date kepada 30/7/2014. Kalau tarikh ni pun baby tak keluar lagi, induce akan terjadi pada 31/7/2014. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Buka Akaun Tabung Haji Sambil Daftar Haji

Kalau daftar haji sekarang agak-agak berapa tahun lagi kena Q untuk dipanggil tunaikan fardhu haji? 40 tahun? Tetttt... salah. 50 tahun? Tettttt... salah. 60 tahun? Tetttttt.... Salah jugak?! Abis tu berapa? Jawapannya ialah 76 tahun.

2013-10-13

Amalan kerohanian yang menjemput rezeki

Berikut adalah amalan yang biasa kita buat. Dalam sedar atau tidak rezeki mudah untuk hinggap kepada kita sekiranya ada usaha untuk melaksanakannya dan kekal istiqomah dalam perlaksanaannya.



1. Solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu. Solat sunat selepas Isyak ialah solat sunat muaqqad.
2. Solat hajat selepas solat fardhu Maghrib setiap hari mohon dimurahkan rezeki.
3. Solat dhuha selepas minum pagi di pejabat.
4. Solat tahajjud apabila terjaga di waktu malam.
5. Sedekah RM50 ke tabung masjid setiap hari Jumaat.
6. Sedekah semudah mungkin kepada ibu tunggal, anak yatim dan kawan-kawan yang memerlukan.
7. Hulurkan wang belanja RM200 kepada kedua ibubapa dan kedua mertua setiap seorang.

Semoga membawa manfaat kepada semua pembaca.

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

Sebarang komen yang mengganggu ketenteraman awam akan dibakul sampahkan dengan serta-merta tanpa sebarang notis pemberitahuan dari pihak penulis. Harap maklum.

Selamat berblogwalking.