Featured Articles

My little caliph in uniform. After a few couple of weeks, finally.

Semenjak dari daftar sekolah sampailah minggu lepas, budak-budak ni pakai baju bebas je pergi sekolah. Sebab? Uniform tak dapat lagi. Shafiq suka pakai baju hebat (t-shirt & seluar Lorax (jeans)), Shafiqah pula suka baju princess.

Cara nak register domain dengan blogspot

Ada banyak cara nak registerkan domain name tapi bagi saya, cara yang paling mudah sekali ialah menerusi google apps. Platform blog untuk google ialah blogspot. Kalau nak mudah cepat dan taknak pening kepala, registerkan sahaja domain anda menerusi google.

Pengalaman Menemani Isteri Bersalin di Dewan Bersalin Hospital PakarSultanah Fatimah (HPSF)

Wife aku dijangka akan melahirkan anak ke-3 kami pada 23/7/2014. Pabila tarikh yang diberikan doktor kunjung tiba tapi baby belum nak keluar lagi, doktor pun extend delivery due date kepada 30/7/2014. Kalau tarikh ni pun baby tak keluar lagi, induce akan terjadi pada 31/7/2014. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Buka Akaun Tabung Haji Sambil Daftar Haji

Kalau daftar haji sekarang agak-agak berapa tahun lagi kena Q untuk dipanggil tunaikan fardhu haji? 40 tahun? Tetttt... salah. 50 tahun? Tettttt... salah. 60 tahun? Tetttttt.... Salah jugak?! Abis tu berapa? Jawapannya ialah 76 tahun.

2014-03-19

Laksa Kluang di Kluang Station

Bismillah.

Kalau wife korang mengidam nak makan laksa kluang, boleh cari dekat sini. Roti jala pun ada. Air minuman yang dijual dekat sini memang terhad. Fresh oren pun tak ada. Padahal kalau aku pergi makan kat mana-manapun, fresh oren memang menjadi pilihanku kalau malas sangat nak go through semua menu yang ada. 

Inilah rupa bentuk laksa kluang yang popular tu. 

Ini pula mee rebus yang memang banyak sampai 2 orang pun makan tak habis-habis. 

Rasanya cukup setakat di sini. Ada umur kita sambung lagi. 

2014-03-17

picknik republika review

semalam tetiba wife ajak dinner kat picknik. katanya member dia makan kat situ macam best aje. pada aku, yg best best conform mahal. walaupun ada yg murah dan best tapi faktor lain mcm keselesaan tempat, parking kereta, ambien dan sebagainya turut mempengaruhi. 

sampai aje kat publika ni, jam dah pukul 7:15mlm. first, cari picknik dulu, pastu tanya kat budak kaunter pertanyaan kat mana surau. 

directionnya kalau nak diceritakan kat sini risiko untuk korang gagal menemuinya adalah sangat tinggi. Dari picknik keluar pintu kecik lalu dapur sebuah restoran. Lalu pintu sebelah nandos melewati tandas lelaki perempuan dan baby room. kemudian teruskan perjalanan mencari surau yg diidamkan di pintu kecil sebelah money changer.  

setel solat maghrib semua masa untuk makan. boleh tahan la tempat tu. lantai letak karpet. macam kat rumah pulak. menu memang bombastik. aku tak pernah tengok pun ada. nak sebut pun xreti maklumlah orang kampung. 

memang favorite aku suka makan kambing, ada 2 shortlist utk kambing. mula-mula nak ambil lamb shank tah hapekebende, atau pun nak amik cutlet lamb juga lah. bila tanya waiter mana satu yg sedap, dia tunjuk yg ada kaler merah. buat pengetahuan semua, kaler merah dalam menu tu maknanya rekomended. Dan aku pun pilih la cutlet lamb ntah ape ntah perkataan satu lagi kat belakang aku pun dah lupa. canggih sangat namanya. Wife aku pilih chicken ntah apekebenda. semua apekebenda adoi. 

cutlet lamb ..

chicken mushroom ..

coconut shake vanilla jadi pilihan aku sebagai ganti rasa rindu kat coconut shake pantai klebang. wife macam biasa la milo dinosour juga pilihannya. 


2014-03-16

Jom Hebat Mega 2014 dari perspektif diriku

Bismillah. Semalam pergi menyertai program Jom Hebat Mega 2014 anjuran leader iReach previously known as Lady Boss. Umumnya, ia merupakan sebuah program yang bagus selain dapat mengeratkan hubungan persaudaraan sesama SID. 

Kandungan program yang mantap. Walaupun dah beberapa kali dengar cerita pasal mak bintang, cerita dia penuh inspirasi. syabas mak bintang. sori  xsempat nak snap gambar. sebab terkesima dgn isi kandungan yang disampaikan.

Pada saya, berat sungguh ilmu yang dapat semalam. satu pengalaman baru. lama dah tak dengar ceramah motivasi. Memang saya akui, motivational speech dari Amin Idris sedikit sebanyak mencetus idea dan tenaga untuk lebih fokus kepada matlamat dan impian dan cita-cita dan visi dan misi dan objektif dan wawasan dan sebagainya. 





Selain tu, dapat berkumpul bersama-sama geng ASB memang something yang best. Ada sahaja benda yg boleh disembangkan. 







Semoga kita dapat bertemu lagi pada masa hadapan! Selamat maju jaya wahai sahabat!






2014-03-12

#PrayforMH370 - Ulasan Teknikal Bersulam Tauhid yang sangat menarik oleh Kapten Norudin

Ulasan Teknikal Bersulam Tauhid yang sangat menarik oleh Kapten Norudin - Pedoman begini yang kita cari

Atas permintaan ramai selepas kami upload rakaman wawancara ulasan Kapten Nurudin bhg 2, kami upload rakaman penuh beliau pada hari sebelumnya. kami panggil ini bhg 1.

Ya, Dapatan kami, dan kami yakin sebahagian jauh di sudut hati ramai daripada kita semua juga sama tepat dengan pencerahan oleh Kapten Norudin ini. 

Sebelum ini TV3 ada menemuramah seorang lagi pesara Juruterbang yang memberikan kesimpulan yang seakan-akan sama, namun dengan lontaran yang agak ‘reserved’, tidak terus terang seperti ulasan beliau ini.

Ulasan yang bercirikan tauhid dari bekas ketua juruterbang berpengalaman ini sangat membahagiakan kami.

Kapten Norudin dengan berani mengatakan, perlaksanaan perintah Allah telah dengan angkuh didustakan oleh manusia yang merasakan telah cukup hebat dengan ilmunya. Kami perhatikan scenario alam maya ini, yang angkuh itu kebanyakannya hanya tahu sedikit, yang sudah ‘masak’ ilmunya mendiam diri dan semakin tuntuk. Itulah ‘resmi padi’ pada sifat manusia.

Alhamdulillah janji Allah itu benar. Kami yang mengkaji tentang rahsia al-Kahfi amat yakin bahawa Allah tidak tinggalkan kita dari sumber cahayaNya yang asal dan benar. Allah yang telah menurunkan ketetapan dalam kitab itu, dan Allah juga yang memeliharanya melalui rijalul ghaib, para penjaga agama. Mereka sekadar ‘tidur’ dari bertutur kata dan tindak tanduk mereka. Mereka tidak termakan kebatilan yang dibuat manusia atas dasar sunatullah, sunnah alam, kerana situasi tidak membenarkan.

Tragedi MH370 ini telah sedikit sebanyak membuka mata manusia yang selama ini bukan sekadar menutup ‘sebelah mata seperti Dajjal’ malah sudah sampai tahap menutup kedua-dua belah mata terhadap petunjuk dan arahan Allah. Kita sering lihat perintah Allah dinafikan mentah-mentah.

Buat masa ini kita fokus saja untuk berdoa dengan penyerahan sepenuh-penuhnya bagi mengharapkan pertolongan Allah agar misteri MH370 segera terjawab.

‪#‎PRAY4MH370‬ ‪#‎PrayForMh370‬ ‪#‎MH370‬ ‪#‎DoaUntukMH370‬‪#‎doakanMH370‬