Featured Articles

My little caliph in uniform. After a few couple of weeks, finally.

Semenjak dari daftar sekolah sampailah minggu lepas, budak-budak ni pakai baju bebas je pergi sekolah. Sebab? Uniform tak dapat lagi. Shafiq suka pakai baju hebat (t-shirt & seluar Lorax (jeans)), Shafiqah pula suka baju princess.

Cara nak register domain dengan blogspot

Ada banyak cara nak registerkan domain name tapi bagi saya, cara yang paling mudah sekali ialah menerusi google apps. Platform blog untuk google ialah blogspot. Kalau nak mudah cepat dan taknak pening kepala, registerkan sahaja domain anda menerusi google.

Pengalaman Menemani Isteri Bersalin di Dewan Bersalin Hospital PakarSultanah Fatimah (HPSF)

Wife aku dijangka akan melahirkan anak ke-3 kami pada 23/7/2014. Pabila tarikh yang diberikan doktor kunjung tiba tapi baby belum nak keluar lagi, doktor pun extend delivery due date kepada 30/7/2014. Kalau tarikh ni pun baby tak keluar lagi, induce akan terjadi pada 31/7/2014. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Buka Akaun Tabung Haji Sambil Daftar Haji

Kalau daftar haji sekarang agak-agak berapa tahun lagi kena Q untuk dipanggil tunaikan fardhu haji? 40 tahun? Tetttt... salah. 50 tahun? Tettttt... salah. 60 tahun? Tetttttt.... Salah jugak?! Abis tu berapa? Jawapannya ialah 76 tahun.

2014-04-14

penulis jemputan untuk blog baru

Dapat jemputan dari isteri saya untuk menjadi penulis jemputan untuk blog baru beliau iaitu www.shaina-shop.net. 



memandangkan kami rasa dah terhantuk dinding terlalu lama di rank Senior Coordinator, dan berikutan dari kehadiran nya dalam Kelas Asas Blog yang saya buat tempoh hari, datang semangat beliau untuk tulis blog. 

OK lah tu.

Saya setuju untuk menjadi penulis jemputan tapi dengan syarat, tulisan blog mestilah ikut style saya! tak ada ayat skema berita dunia jam 10. tak ada saya awak saya awak. awww macam best aje

Apepun, memang saya akui, kami telah berada di rank Senior Coordinator Shaklee terlalu lama. (kalau dibandingkan dengan pengedar-pengedar yang kurang setahun dah naik Master Coordinator lah)
Nak juga merasa bonus Key Coordinator pula. 

Harap-harapnya lah, dengan adanya blog baru, maka dapatlah kami menjemput lebih ramai muka baru yang fresh. Memang target kami untuk membawa orang baru yang tak tahu apa-apa pasal Shaklee ke dalam Shaklee. Mudah mengajar mereka kalau nak dibandingkan dengan orang yang dah tepu. 


Belanja sikit motor impian.. Naik rank Master Coordinator besok, memang aku sambar GTR 1400 ni. Ko tunggu lah!

Yang dah panas bontot,

Epul Jaguh

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

Sebarang komen yang mengganggu ketenteraman awam akan dibakul sampahkan dengan serta-merta tanpa sebarang notis pemberitahuan dari pihak penulis. Harap maklum.

Selamat berblogwalking.