Featured Articles

My little caliph in uniform. After a few couple of weeks, finally.

Semenjak dari daftar sekolah sampailah minggu lepas, budak-budak ni pakai baju bebas je pergi sekolah. Sebab? Uniform tak dapat lagi. Shafiq suka pakai baju hebat (t-shirt & seluar Lorax (jeans)), Shafiqah pula suka baju princess.

Cara nak register domain dengan blogspot

Ada banyak cara nak registerkan domain name tapi bagi saya, cara yang paling mudah sekali ialah menerusi google apps. Platform blog untuk google ialah blogspot. Kalau nak mudah cepat dan taknak pening kepala, registerkan sahaja domain anda menerusi google.

Pengalaman Menemani Isteri Bersalin di Dewan Bersalin Hospital PakarSultanah Fatimah (HPSF)

Wife aku dijangka akan melahirkan anak ke-3 kami pada 23/7/2014. Pabila tarikh yang diberikan doktor kunjung tiba tapi baby belum nak keluar lagi, doktor pun extend delivery due date kepada 30/7/2014. Kalau tarikh ni pun baby tak keluar lagi, induce akan terjadi pada 31/7/2014. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Buka Akaun Tabung Haji Sambil Daftar Haji

Kalau daftar haji sekarang agak-agak berapa tahun lagi kena Q untuk dipanggil tunaikan fardhu haji? 40 tahun? Tetttt... salah. 50 tahun? Tettttt... salah. 60 tahun? Tetttttt.... Salah jugak?! Abis tu berapa? Jawapannya ialah 76 tahun.

2014-05-04

Kembara ASB: Ipoh Mali Kelas Asas Blog

Macam biasa aku memang suka jalan-jalan cari makan. 

Sambil kembangkan bisnes Shaklee, sambil ajar anak cucu buat bisnes dengan betul, sambil menikmati makanan tempatan yang aku lawati, sambil menikmati keindahan alam ciptaan tuhan. 


Aku tak tahu kenapa baru-baru ini aku jadi suka dengan makanan. Pembawakan budak ke? Haha Wallahu 'alam. Naik jugaklah berat badan aku sebelum ni susah nak lepas 75kg sekarang maintain 77-78. Ke sebab aku ada amik set tambah berat badan shaklee? Jadi selera makan bertingkek-tingkek sampai berat badan naik dalam masa beberapa hari. Suatu breakthrough testimonial peribadi yang boleh dikomersilkan nampaknya. 

Setakat yang aku dah rasa sepanjang trip ke Ipoh setakat ini. 





Kami stay di De Botani Hotel. Rate murah sangat. Hotel baru. RM108 untuk king bed. Tilam nun hujung sana dengan nun hujung sini. selesa banget. 

Orait. Sekarang dah sampai masa untuk menuntut ilmu. 




Ada umur nanti kita sambung.

2014-05-02

Picnic Geng ASB: mak mak duduk kat chalet jaga anak, bapa-bapa nak ber'ATV challenge'

Bismillah. Alhamdulillah dapat sekali lagi mengisi ruang untuk menulis. Segala pujian hanyalah bagiNya. Semoga kita sentiasa dirahmatiNya.

Geng ASB dengan julung kalinya menganjurkan piknik di Chalet Kemensah belakang Zoo Negara. 

lebih kurang sepuluh keluarga telah berkumpul pada hari tersebut. Semuanya adalah dari susur galur anak cucu cicit piut miut Master Lyna Noh & Zainul Anuar dibawah empayar keluarga Shaklee iReach. 


ketua penggerak program yang sangat best ini telah dijanakan oleh saudara munzir dari auravitamin.com. Kami yang lain telah membahagi-bahagi tugas apa keperluan untuk BBQ dan piknik santai dan nampaknya semua kelengkapan lengkap dibawa oleh setiap keluarga. Satu kejayaan besar pada saya. 

Sesampainya di jalan masuk ke Zoo Negara, perjalanan diteruskan ke dalam lagi sehingga lebih kurang 10 minit dalamnya. Sebelum ini aku memang tak pernah sampai ke dalam sana. Langsung tak ada idea ape benda yg ada dalam tu. Abam Munzir kata "terussss saja nanti ko jumpa signboard ATV Challenge ko ikut signtboard tu" kemudian signal pun lost. Memang kat dalam sana line yg ada cuma line Celcom. totally disconnected. 

Sampai kawasan chalet aku memang kagum gila dengan tempat tu. Kawasan sekitar memang bersih. Chalet betul-betul sebelah sungai. Siap tandas yang agak selesalah kalau dalam hutan tu. bagi aku it is well maintained. Sampai disitu lebih kurang jam 9:30 pagi. orang belum ramai. ada banyak lagi chalet dalam tu. bila dah dekat tengahhari, parking mula berlapis-lapis. walaupun tinggal no hp depan dashboard pun xguna sebab tak ada line!

Pagi tu memang terus bakar ayam BBQ, daging, kambing, sosej, nugget. haha nugget pun dibelasahnya bakar. Memang happening sungguh. Dengan anak-anak dah start minta nak mandi sungai. si Shafiqah dah mula minta nak swimming. tapi bila dah masuk dalam air nangis-nangis nak keluar pula. 

Lepas dapat rendam sikit anak dalam air bagi dia rasa, masa untuk bapa-bapa gi ber ATV. tinggallah anak-anak dengan mak-mak. haha

Naik kereta Q dan Munzir, seramai 10 jejaka bukan pertabi memulakan perjalanan ke tapak trail ATV. first time ni. 

Sampai tempat ATV isi borang declare, diberi taklimat ringkas cara mengendalikan ATV, dan safety apa-apa yang patut. Instructor tu cerita ATV boleh tergolek camana la, ini la itula haha.. Siot betul. Hati mula risau kang jadi apa-apa kang susah pula. tapi redah ajelah. 

First round ATV test pusing dua-tiga kali tempat testing. Kemudian 2 orang guide antara kami 5 orang utk make sure perjalanan smooth. 

First time bawak ATV, memang jakunlah. Masa nak pergi memang kecut sikit nak-nak masa nak tengok Abam Munzir sangkut tak boleh nak naik bukit. Guide kena turun & tolak dia tolong amik lajak bagai. haha. memang thrill. 


Sampai kat hujung trail ATV tu ada air terjun pulak! memang superb! dengan kasut-kasut aku mandi air terjun situ. Abam Munzir sempat rakam video & gambar dengan go pro yg baru dibeli semalam. Pendek kata kat situ memang sangat best. Jauh dari family, terlupa kejap beban tanggungjawab yang dipikul. kahkahkah!

Masa nak balik masing-masing dah expert. Laju je sampai. Memang suatu pengalaman yang baru buat diriku. Next time boleh try lagi dengan trail yang lebih mencabar. Katanya trail ni cabaran level tahap amatur! wth! Wak Zainul punya ATV tergolek-golek kot sebab Fahmy Shuhaimi layan naik bukit slow. Nak mengelakkan dari terlanggar, langsung tersilap langkah. Nasib baiklah takde yang patah-patah.

Balik ke chalet, perut lapar. makanan sumer dah abis dikerjakan dek mak-mak dan anak-anak yang tinggal. Kelam kabut goreng nugget buat alas perut. Sambil-sambil kemas, makan burger. Mujur ade jual kat depan pintu masuk sebelum chalet. lega sikit perut ni. 

Sebelum balik wak ajak gi minum-minum dulu. biasalah, time ni mesti ada hal serius yang nak dibincangkan. Maka perjalanan diteruskan ke publika belakang masjid Wilayah Persekutuan. 

Fahmy dah rindu nak dukung baby. Aku doakan tercapailah hasrat ko untuk tambah family member tahun depan. Amin.


Gitulah cerita 1 Mei 2014. 

Semoga ketemu lagi di lain masa.