Featured Articles

My little caliph in uniform. After a few couple of weeks, finally.

Semenjak dari daftar sekolah sampailah minggu lepas, budak-budak ni pakai baju bebas je pergi sekolah. Sebab? Uniform tak dapat lagi. Shafiq suka pakai baju hebat (t-shirt & seluar Lorax (jeans)), Shafiqah pula suka baju princess.

Cara nak register domain dengan blogspot

Ada banyak cara nak registerkan domain name tapi bagi saya, cara yang paling mudah sekali ialah menerusi google apps. Platform blog untuk google ialah blogspot. Kalau nak mudah cepat dan taknak pening kepala, registerkan sahaja domain anda menerusi google.

Pengalaman Menemani Isteri Bersalin di Dewan Bersalin Hospital PakarSultanah Fatimah (HPSF)

Wife aku dijangka akan melahirkan anak ke-3 kami pada 23/7/2014. Pabila tarikh yang diberikan doktor kunjung tiba tapi baby belum nak keluar lagi, doktor pun extend delivery due date kepada 30/7/2014. Kalau tarikh ni pun baby tak keluar lagi, induce akan terjadi pada 31/7/2014. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Buka Akaun Tabung Haji Sambil Daftar Haji

Kalau daftar haji sekarang agak-agak berapa tahun lagi kena Q untuk dipanggil tunaikan fardhu haji? 40 tahun? Tetttt... salah. 50 tahun? Tettttt... salah. 60 tahun? Tetttttt.... Salah jugak?! Abis tu berapa? Jawapannya ialah 76 tahun.

2014-07-31

Pengalaman Menemani Isteri Bersalin di Dewan Bersalin Hospital PakarSultanah Fatimah (HPSF)

Salam sejahtera buat semua pembaca.

Sementara tunggu wife nak masuk wad, aku yang tercongok kat luar dewan bersalin spital ni dah lama gatal tangan nak update blog. Lama dah tak update, so hari ini hallo world! I'm back!

Wife aku dijangka akan melahirkan anak ke-3 kami pada 23/7/2014. Pabila tarikh yang diberikan doktor kunjung tiba tapi baby belum nak keluar lagi, doktor pun extend delivery due date kepada 30/7/2014. Kalau tarikh ni pun baby tak keluar lagi, induce akan terjadi pada 31/7/2014. Semoga dipermudahkan segala urusan. 

Maklum sahajalah bila overdue+hari raya semua topik perbualan menjurus kepada soalan bila nak bersalin, bila nak bersalin, dan bila nak bersalin. Tiap kali soalan tersebut diajukan kepada kami, wife aku memang dah sediakan template skema jawapan. Hanya bacakan skrip skema tersebut kepada mereka yang bertanya. Mudah cepat dan jitu. Hahaha

Pintu masuk hadapan Dewan Bersalin (Labor Room)

Tarikh yang ditunggu akhirnya muncul jua. 30/7/2014 selepas selesai lunch dan solat zohor, kami terus ke dewan bersalin Hospital Pakar Sultanah Fatimah. Parking tak susah sangat hari ini sebab raya ke-3 orang masih mood raya. 
Sentiasa ramai orang

Lepas meng'check-in'kan wife aku kat Labour Room, aku kena register bahagian hasil di Kaunter 6, bersebelahan Unit Kecemasan. 

Sembang punya sembang dengan akak kaunter tu, dia pun ceritalah rate masuk hospital siap cas perubatan sakit puan sekian sekian amaun. 
Rate Wad Kelas 1, Kelas 2 dan Kelas 3

Deposit daftar masuk untuk orang awam, since aku kerja swasta dan wife bukan lagi kakitangan awam, maka amaun yg perlu dibayar adalah RM800. Cash only. Credit card tak mau. Untuk kelas pertama ada 3 jenis. Kelas 1A - Bilik Seorang hawa dingin, Kelas 1B - Bilik Berdua hawa dingin dan Kelas 1C - Bilik Berempat hawa dingin.

Untuk kes ibu yang bersalin Kelas 1B not applicable kat Wad 13. Wad lain ada. Wad ni takda kelas 1B tu. Aisehmen, baru nak pilih kelas tu. Bincang punya bincang last last pilih yang kelas 1C duduk berempat. Time malam takdelah sunyi sangat. Duduk seorang atau berdua atau berempat semuanya tak boleh ditemani sesiapa pada waktu malam. So, aku pilih satu bilik berempat. Meriah sikit. Takdelah wife tinggal sorang-sorang waktu malam. 

Selain tu, ada wad kelas kedua dan ketiga. Bagi aku not recomended sebab pesakit dalam wad tu akan duduk dalam satu kubical. satu kubical ada 6 katil. Ada kipas sahaja. Kalau time melawat tu, susah nak jaga aurat. Dan takde aircond. Kalau ada duit lebih, terus amik First Class. Regardless ada GL ke tidak, untuk kebaikan masa depan wife & bayi yg bakal lahir nanti. 

Usha waktu melawat pulak:



Dari pintu masuk hadapan

Waktu melawat Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor

Ahad - Khamis
12:30-2:30 ptg
4:30-7:30 mlm

Cuti Umum
12:30-7:30 mlm

Selain waktu melawat memanglah tak boleh nak melawat. Baru nak jengah muka kat depan pintu pun dah kena halau dengan pak guard & mak guard. Aku assume level sekuriti kat spital ni tahap dewa dewi. So kena preparekan diri nak melawat tengahhari kena siap-siap dari pukul 12:00. Kalau nak melawat waktu petang pukul 4:00 dah gerak dari rumah. Solat Asar kat Surau Hospital. 




Lokasi surau dengan Dewan Bersalin sangatlah dekat. Berhadapan atau bersebelahan surau adalah Kedai Serbaneka Hospital. Keluar dari dewan bersalin belok kanan, turun tangga dan kedai serbaneka disebelah kanan. 

Kat Hopital kerajaan ni kena sabar. sebab  selalu jadi penunggu. Lama wife duduk dalam wad bersalin tu tunggu giliran untuk doktor check. 

Dari membuang masa termenung tengok orang lalu lalang, capai henfon, sambung tulis ape yang korang baca ni. 

Tiba-tiba wife keluar dgn seorang doktor perempuan muda. Kat tangannya ada sehelai kertas. Taklimat ringkas katanya. 

Since wife dah overdue, dan doktor bagi extend due date dari 23/7 kepada 30/7. doktor bagi taklimat ringkas pasal masuk ubat dalam pangkal rahim untuk trigger contraction - induce. Dia cerita pasal risiko-risiko induce lebih 3 kali kalau failed gak kena buat emergency ceaser. Lagi risiko ceaser pulak bleeding, terpotong organ macam pundi kencing atau usus. Aduh seram pulak dengar. Moga dijauhkanlah semua tu. Semoga sekali induce aje terus buka jalan, baby dah ready nak keluar. Sebab kalau induce banyak kali dia akan tekan kepala baby then risiko baby lemas dan takut jantung baby tak berapa cantik untuk menjalani proses kelahiran normal, ceaser jugak.  Doktor tambah lagi katanya induce akan start jam 6:30 pagi 31/7/2014 (esoknya) kalau malam ni baby still tak nak keluar. Huhu.. Seram gak ni. Dalam hati tak berhenti berdoa moga dipermudahkanlah urusan kelahiran baby ni. Suspen betul. 

Lepas sign kertas tu, macam akuan sedia menerima segala risiko worst case bagai, wife aku pun ditolak masuk ke dalam dewan bersalin semula. Aku pun sambung tugas jadi penunggu. 

Tunggu.. tunggu.. dan tunggu..

Dapat whatsapp dari wife, katanya lepas doctor check sebentar tadi, jalan dah buka 4cm. So, tak payah induce! Tunggu sakit contraction sahaja. Alhamdulillah! syukur padaMu. Tak perlu induce pun suatu rahmat!



Sudah masuk Wad 13 tingkat 2, bilik 13 katil 1

Tak lama lepas tu wife ditolak dengan kerusi roda keluar dari dewan bersalin untuk menuju ke Wad. Masa tu dalam pukul 6:30 petang. Lokasi wad ialah Wad 13 Obstetrik Tingkat 2, Bilik 3, Katil 1. 

Sesampai di katil, kemaskan barang-barang, adjust katil semua kami sembang pasal situasi terkini. 

Pak mertuaku datang bawa makanan. Kebetulan wife tak sempat makan dalam dewan bersalin tadi, dapat lah alas perut dengan makanan dari rumah ni. Aku stay temankan wife sampai pukul 7:45 malam sampai dihalau. 

Tamat cerita 30/7/2014 hari kena masuk wad. Dengan bukaan jalan sebanyak 4cm agak-agaknya malam nanti kot bersalinnya. Wife aku pulak kata esoklah sebab malam ni nak tidur puas-puas. Apepun aku standby aje balik nanti. Ringtone set paling tinggi. Ape-apehal dapat call aje terus shoot ke Hospital. 

*********

Esoknya (hari ini) 31/7/2014 dalam pukul 5:55 pagi henfonku memainkan nada ringtone yang sangat aku kenali. Ya.. ketika aku sedang asyik melayan tidurku yang lena tiba-tiba aku terjaga dek deringan tersebut lantas aku segera mencapai henfon itu. 

"Assalamualaikum..", aku memulakan bicara.

"Wa'alaikumussalam.. Abang, Aina dah sakit kerap ni. Perut dah mengeras 5 minit sekali. Doktor kata nak induce pulak, semalam kata tak payah sebab dah buka 4cm. Mana satu ni? Nanti doktor datang nak Aina confirmkan balik kena induce tak. Dengar nak kena induce terus hilang mengantuk", isteriku menerangkan dengan panjang lebar. 

Aku tenangkan dia. Nanti bagitahu balik doktor semalam kata tak payah induce sebab jalan dah terbuka. Mungkin ada kesilapan teknikal di situ. Usah risau. Lepas talian dimatikan aku plan apa nak kena buat lepas ni. mandi, solat, sarapan, terus gerak ke spital. 

Aku hanya mampu berdoa. 

Selesai mandi & solat subuh & sarapan jemput-jemput mak mertuaku, aku siap-siap untuk ke hospital. Jam 7.35 pagi trafik lancar dan setibanya di hospital, parking masih banyak. 

Terus ke Labor Room, tekan loceng, seorang nurse keluar memberitahu isteriku baru sahaja masuk ke dalam setelah ditanyakan status isteriku kepadanya. Tambahnya sebentar lagi ada prosedur yang perlu dilakukan dahulu sebelum suami dibenarkan masuk. Jam ketika itu baru pukul 8:00 pagi. 

Jam 9:00 pagi aku dipanggil masuk ke dalam Bilik 7, Dewan Bersalin. Bilik dimana bayi kami akan dilahirkan. Sejam jugak menunggu tu. 

Perasaan berdebar-debar campur gembira melihat wajah isteriku. Berkerut dahinya sedang menahan sakit yang semakin kerap. Katanya tak payah induce. Kan betul berlaku kesilapan di situ. 

Pukul 9:30 pagi doktor pakar datang, lepas check perut, katanya wife akan diberikan ubat untuk mempercepatkan sakit contraction datang sebab progress contraction agak perlahan. Lepas kena masuk ubat tu wife mula rasa sakit teramat sangat. Beberapa kali aku kena panggil nurse untuk tolong tengokkan. 

Pukul 10:00 pagi sakitnya makin kerap. Kalau sebelum ni setiap 5 minit perut akan mengeras, sekarang ni kurang 2 minit ia sakit dan mengeras. Aku peratikan CTG tu bila wife kata sakit, jantung baby turun ke 100. Kalau masa tak sakit bacaan jantung baby dalam 120. Bila tiba-tiba naik 140 tu maknanya sekejap lagi mesti nak sakit. Memang itulah cyclenya. Bila nurse datang check, aku kena duduk luar sekejap. Dah setel check, dipanggilnya aku masuk. Sekejap masuk, sekejap keluar. Bila nak bersalinnya? 

Dalam pukul 10:15 pg macamtu wife kata dah tak tahan sakit. Rasa dekat nak bersalin sangat rasanya. macam sekarang dah sampai waktunya. Aku keluar panggil nurse. Nurse minta aku ke sebelah kanan wife aku dan ampu kepalanya bila nak push nanti. Dan bagi semangat sikit masa nak push nanti. Nurse ajar bila rasa sakit, tarik nafas dalam-dalam, kemudian teran sekuat hati. Kalau habis nafas, tarik nafas sekejap dan teran lagi. Bila hilang rasa sakit, rehat sekejap. Tambah nurse lagi suami bantu isteri tarik nafas. Aku angguk aje le. Camana nak bantu tarik nafas? Ajar tarik nafas bolelah. 

Tiba-tiba aku tengok wife start meneran. lama dia meneran kemudian tarik nafas sekejap dan teran lagi. Aku dengar sesuatu dan bila aku paling muka ke nurse... "Alhamdulillah! Baby dah selamat lahir" Aku cium dahi wife banyak kali. Air matanya bergenang. Syukur Alhamdulillah. 2 kali teran aje! Mudah proses kelahiran baby ketiga kami. Berkat doa keluarga dan kawan-kawan, memang berbeza dengan kelahiran kali ini. Setiap anak lain pengalamannya. Apepun, aku bersyukur dipermudahkan proses kelahiran anakku kali ini. 

Jam 10.27 pagi puteri kedua iaitu anak ke-3 kami seberat 4.0kg selamat dilahirkan. Nama bayi comel ini akan diisytiharkan pada hari ketujuh kelahirannya. 

Syukur Alhamdulillah. 

Aku disuruh tunggu diluar sehingga baby selesai dibersihkan. Jam menunjukkan 10:30 pagi. Kata nurse lepas bayi dibersihkan nanti baru boleh diazan dan diqamatkan. Aku pun keluar dari dewan bersalin. terus ambil wudhu dari tandas berhampiran. siap-siap kejap lagi nak azankan baby. 

Jadi penunggu lagi aku depan dewan bersalin. Jenguk punya jenguk, tanya punya tanya, belum siap lagi. Kata nurse lain yang keluar masuk kat situ, hari ini banyak kes dan staff masih ramai yang bercuti. 



Tanda 'rite' tu maknanya sudah bersalin

Hampir penuh tapi sebenarnya kat dalam memang dah penuh. Tak ada katil kosong. Yang dah bersalin dihantar ke wad tak lama lepas tu ada lagi ibu yang dah sakit nak bersalin masuk. 

Hoho. hari-hari macam ni memang salute kat akak akak nurse dan doktor dalam tu. 

Lepas sejam setengah pun belum panggil lagi. Bila aku tanya nurse kata harini Labor Room sangat sibuk. Belum setel lagi. Hmm.. lama sangat ni. Masa kat hospital Melaka Shafiq lepas lahir terus azan dalam bilik bersalin tu jugak. 

Tunggu lah lagi..

Waktu zohor azan tengah berkumandang tiba-tiba aku dipanggil. Terus masuk ke dalam dukung baby untuk diazankan. 

Baby dah bersih. Wangi. 

Masa aku dukung ia menangis sampai keluar air mata. Sambil mengingati Panduan Menyambut Kelahiran dari modul Keluarga Sakinah, aku praktiskan satu-satu. rujuk di sini kalau nak tahu lebih lanjut. 

Selesai tahnik, aku baru perasan wife ada kat belakang. berkerusi roda. bersiap untuk dihantar ke wad. 

Syukur Alhamdulillah. 

Baby dah kencing & berak masa sampai di wad. esok baru boleh discas. tidur satu malam lagi. 

esoknya 1/8/2014 dah boleh discas lepas doktor round check ibu dan baby. Sebelum tu kena ambil ubat di farmasi dan setelkan bayaran di kaunter 6. dalam bil ada balance yang hospital kena refund. 

Selesai urusan dgn hospital, jumpa dengan nurse wad 13 untuk taklimat ringkas dan terus berangkat pulang. 




Jumlah kos rawatan dan perubatan melahirkan anak di Hospital Pakar Sultanah Fatimah. Ada balance yang pihak hospital akan refund sebanyak RM223. 

Alhamdulillah. Berbaloi melahirkan anak di hospital kerajaan.

Sekian. 

BR/
Epul Jaguh
@hpsf

2014-07-30

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir & Batin

Saya ingin mengambil kesempatan sempena bulan Syawal yang penuh berkat dengan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir & Batin. Maafkan andai berlaku salah dan silap serta terlanjur kata sepanjang coretan saya di dalam blog ini. Semoga amalan kita semua sepanjang bulan Ramadhan yang lalu diterima Allah SWT dan diberikan keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

Selamat Hari Raya
Satu pesan buat semua pembaca, sempena musim hari raya ini, sama-samalah kita berpesan di antara kita untuk melaksanakan perintah dan menjauhi laranganNya. Sebagai suami, jagalah aurat isteri & anak-anak semasa berkumpul dan berjumpa sanak saudara. Lagi satu, bersalaman dengan saudara mara juga perlu dijaga, jangan main salam aje. Tak penat ke pulun buat amalan banyak-banyak masa bulan Ramadhan, time raya dosa pun bertimpa-timpa datang.


 


Renung-renungkan dan selamat beramal. 

BR/
Epul Jaguh
@Beraya & Beramal

2014-07-22

Iftar Supermom Ramadhan 1435 Hijrah 21/7/2014

Selesai urusan pos barang kepada pelanggan hari ini aku terus terdampar di rumah. Kebetulan wife ada beritahu ada majlis iftar hari ini dan Mami Hadhatina jemput leader supermom untuk sama memeriahkan.

On the spot terus aku pm Faiz Said, bertanyakan location menerusi whatsapp. On the spot juga dia share location. Hmmm 8.1km. Pusat Belia Negeri Selangor Seksyen 7. Bolehlah..

15 minit perjalanan menaiki motobike akhirnya sampai ke destinasi. First time menjejakkan kaki di sini. Cari port parking moto yang paling baik dan terus menuju masuk ke dalam bangunan. Nampak kelibat Dedi MKB dari dalam. Sedih aje nampaknya. Aku agak mesti tak ramai yang datang sebab tu dia sedih. Yelah. Kalau aku buat event, ramai yang confirm nak datang, last minute cancel memangla rasa tak sedap sangat. Spekulasi aku aje ni.. Tapi mungkin dia sedih sebab lain kot.. 

Masuk dalam aje terus aku bagi salam kat tengah-tengah dewan makan. Macam tetamu baru masuk rumah, lebih kurang camtu lah. Salam dengan tuan rumah, AJK iftar, geng supermom, kemudian kitorang start sembang cerita terkini masing-masing. 

Layan menu berbuka puasa, sambil layan soalan geng supermom pasal wife aku yang bakal bersalin tak lama lagi. to be exact, due date hari rabu ini 23/7/2014. Lain dari abang & kakaknya awal 9 hari dan 4 hari dari due date, baby S ni belum jumpa jalan keluar. Syok duduk dalam perut maknya kot. Selesa. Tak eksaited pun dengan abang & kakaknya yang riuh kat luar tu. Hehehe.

Sedikit gambar sepanjang majlis iftar supermom 2014

Ucapan dari Dedi MKB





Persembahan dari Faiz ninja!

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata.


Apepun, diucapkan jutaan terima kasih kepada Dedi MKB & Mami Hadhatina yang sudi menjemput hamba yang lemah ini untuk sama memeriahkan majlis iftar yang ringkas tapi penuh makna ini. 

Ape taknya, kita ni dah la sorang-sorang aje kat Subang Jaya ni. Anak bini semua kat kampung dah. Bila dapat berkumpul dengan teman-teman seperjuangan Shaklee kadang-kadang dapat mengubat duka sales yang kadang-kadang drop kadang kadang up. tapi banyaknya drop dari naik gitu. 

Mami ade sisipkan 'amanat raya' dalam sampul duit raya untuk kami. InshaAllah, memang itulah target dan segala usaha kami sedang difokuskan ke arah matlamat tersebut. 


Cenderamata kepada semua leader supermom yang hadir bersama 'amanat raya' tersimpan di dalam sampul. Tak berani nak buka sampul time tu. Nanti-nantilah baru buka. Hehe


Time sahur esoknya baru datang keberanian ittew.

InshaAllah mami :-)

Ok sekian sahaja coretan hari ini. 

BR/
Epul Jaguh
@Mandara

2014-07-20

Menelaah blog penternak kambing - alwi goat farm

Selepas sahur semalam aku capai balik blog yang aku dah mark untuk go through satu satu entri dalamnya.

personally aku mmg rasa blog alwi goat farm tu mengandungi info, pengalaman, tips, isu semasa dan 360 pasal dunia penternakan kambing. 

penulisnya adalah pengembala kambing. dan sejak 2005 hampir semua pengalamannya dalam hal ehwal kambing dicatatkan di situ. 

cerita pasal kambing pun ada follower. it attract its own circle. truly it is really inspiring story. 

aku akui ada beberapa entri yang buat aku baca 2-3 kali untuk hadam. best sangat. boleh dijadikan mentor. 

Now aku rasa makin confident dengan industri kambing tempatan. As long as you keep the basic on top, yang lain akan mudah. tak mudah sangatlah tapi dari segi kepuasan, keberadaan diri dalam kerja sunnah, penyerahan diri kepada tuhan... memang betul teruji. but i believe it is really worth to fight for. 

So, sekarang aku kena kental sikit dengan Shaklee. Target jejak aje income 50k stable for a few months terus prepare balik kampung. Citer banyak takde. Sementara aku dah tahan lama dah sabar ni. hahaha. Dah lama aku buang masa kat kota metropolitan yang sentiasa sibuk dan melalaikan ini. Masa untuk mengisi sisa hidup dengan aktiviti yang lebih adventurous lebih didambakan. InshaAllah urusan family pandailah aku manage. 

BR/
Epul Jaguh
@mengutip sisa semangat yang hilang

Kisah Menyayat Hati di Proton COE

Arini 18/7/2014 bawak exora gi servis kat tempat biasa. aku bukannya suka tempat ni tapi mengenangkan malas nak pening kepala aku tabahkan juga hantar kereta servis kat sini

Aku nak try buat appointment beberapa hari sebelum ni tapi no yg aku save selama ni rasanya dah tak boleh pakai lagi. so, Jumaat 9:00pg aku walk in lah dengan selambanya harap-harap sempat siap sebelum petang sbb nak balik Muar ni. 

Sampai sana parking untuk servis dah penuh. kena jalan jauh sikit. 

sampai reception aku cakap walk-in xde appointment si receptionist buat muka kelat. aku cakap nak servis aje. takkan xsempat? aku xnak servis kat luar, aku dah datang sini just nak servis pun ko xnak? customer centric zero. Kalau aku boss minah receptionist ni dah lama aku pecat. xde budi bicara langsung, tak ada sense appreciate customer. bagi bad experience lagi ade lah. 

setel dapat no, lepas sejam baru no aku dipanggil. memang diorang layan dulu customer yang dah buat appointment fine lah. mmg itu aku accept. tapi bayangkan lah. sejam beb. sejam dari ko dapat no, dan no kat tangan ko tu akhirnya dipanggil selepas 60minit. memang sungguh membuang masa. Hei sepanjang masa menunggu sambil tengok berita pasal Nahas MH17 sambil hati panas je dengan Proton COE punya servis cenggini rupa. Nasib baik lah bulan puasa. Aku cuba gak sejukkan hati ni. 

Bila no aku dipanggil, citer aku nak servis ape kira kira kira ambik ko. RM1300. major servis tukar timing belt 90,000km. aku tengok servis advisor tu dah terkebil-kebil aku tenangkan dia, cakap baik-baik slow talk, aku xkisah berapa kena bayar, aku nak petang ni kereta aku mesti siap. Nak balik Muar sebab wife dah nak bersalin. Dan memang dia ada adjust priority Smart Pro program hapentah yg bahagian labor servis lagi tinggi rate lagi priority task utk job tu. Ah janji kereta aku siap. banyak kali aku pesan kat dia. 

Setel serah kunci semua, aku gi balik kat receptionist utk panggilkan teksi. Lagi sekali receptionist ni buat hal. setengah jam teksi tak sampai. aku sound dia, terus download apps MyTeksi. Register sikit-sikit pastu dengan 2-3 tap aje terus dapat teksi. demit bagus gila apps MyTeksi ni. siap boleh track teksi tu dan boleh call driver on the spot. kagum gak lah. aku bg RM10 kat driver. 

Minta hantarkan ke rumah, aku gi pos barang, balik sambung tidur. malam tadi kerja malam beb. mata rabak. hati panas. kang kejap lagi nak Jumaat pulak. 

Lepas solat jumaat, bawak moto gi mandi, siap wax sekali. hasilnya mmg superb. macam moto baru. syukur. RM30 siap ada sedekah dalam tu. penat dia buat kerja pukul 2:30ptg panas-panas kilatkan moto aku. 

Gi ofis, setelkan routine job. tengok apa lagi benda yang boleh setelkan. lepas solat asar minta tolong Faridz hantarkan ke Proton semula. Tq Faridz, semoga Allah membalas jasamu. Moga beroleh Anak-anak dan keluarga yang bahagia aku doakan untuk ngko. 



Sampai kat tempat servis nampak kereta aku tengah bersidai lagi kat atas jack. Confirm lambatni. Slow talk dgn servis advisor, katanya mechanic akan setelkan arini sampai setel OT. apeapelah janji siap. 

So skrg aku tengah tunggu kereta aku siap. 
RM1300 terbang arini....

BR/
Epul Jaguh
@Proton COE 
Terima kasih atas pengalaman yang tidak menggembirakan. Next servis no more. Next car definitely not Proton. 

2014-07-19

Bulan Ramadhan di Surau Nurul Hidayah Batu 3, Shah Alam

Memang hidup roh Ramadhan kat Surau Nurul Hidayah Batu 3 ni.

AJK masjid yang mentadbir surau ni memang aku salute habis.

Teraweh standard 8 sahaja. Tambah Witir 3 rakaat. 

Lepas 4 rakaat teraweh, berhenti sekejap dengar tazkirah. 30 minit sahaja. Biasanya dalam pukul 9:30mlm selesai 4 rakaat tu. Setiap hari lain-lain ustaz yang beri tazkirah. Hebat belaka pulak tu.  



Kemudian pukul 10:00mlm sambung teraweh sampai habis witir relax aje dalam pukul 10:30mlm habis. 

Lepas setel semua, moreh pulak. Memang kalau follow dari berbuka sampai le setel moreh, pukul 11:00mlm baru sampai rumah. 

Apepun, pengalamanku dengan Surau Nurul Hidayah sepanjang Ramadhan 1435 ni adalah suatu benda yang baru dalam hidup aku.

BR/
Epul Jaguh
@Surau Nurul Hidayah
Batu 3, Shah Alam

2014-07-17

TTS ASB @rasta TTDI

start dengan "jom malam ni" dari Masta Z, terus aku pun on. Sepanjang waktu siang aku rasa ngantuk especially masa dalam meeting dengan HOD, mata aku memang tak boleh tahan nak lelap aje.

Lepas sahur, mandi, subuh & terus bergerak ke ofis dan terus sambung buat kerja walaupun jam baru pukul 8:45pg. 

As expected, balik dari cuti yang panjang banyak kerja yg nak kena catch up, So ngadap ajelah. Apo nak buekkan ekau tu makan gaji laie. 

Lepas habis waktu kerja, setel cod, setel pos barang kat Glenmarie, terjumpa abam munzir sembang sikit pasal jadi ke tidak nak turun TTS ASB malam nanti. Macam aritu xbest sgt sbb bertiga aje. haha. Ramai pulak orang kat Glenmarie aku tak perasan Fauziah Gous pun ade nak pos barang gak. Ntah ape yang dibising-bising promote produk ape ntah bunyinya macam sedap la ini la itula dan ulang aje perkataan sedap tu banyak-banyak sampai naik menyampah pun ade. Sementara nak tunggu orang beratur depan aku yang ada 40 orang lagi aku pun tahankan aje. 

Setel urusan pos, terus ke HQ Shaklee utk restok. Mujur orang tak ramai, sampai kat rumah naik tangga rasa penat sangat. Letih weh seharian buat kerja tak berenti. Tapi aku suka buat banyak kerja. Rasa puas. Ke sana ke mari setel banyak benda buat aku rasa fully utilize dan terasa kenikmatannya untuk menyelesaikan sesuatu. Masing-masing punya satisfaction. 

Dekat nak waktu berbuka terus bergerak ke Surau Nurul Hidayah Bt. 3. Tak nampak AK masa berbuka. Nasi pulak xcukup arini ade orang dapat lauk lain. 

AK sampai lambat katanya isyak rakaat ke-2 baru masuk jemaah. Masa nak dah habis solat teraweh 4 rakaat dan masuk masa tazkirah, aku habiskan 11 rakaat sampai witir. 

Dalam kepala dah asyik teringat lamb chop kat Rasta. haha adui. Memang susah nak fokus solat kalau perut lapar. 

Sampai kat sana tengok Naja Superbvitamin dah sampai. lagi awal dia dari aku. dan lepastu sorang sorang sampai. 

Maka bermulalah sesi mengeratkan silatulrahim sesama geng ASB



Dah dekat pukul 1:30pg, baru siap selesai makan kerang bakar, lamb chop, mee sup daging, chicken chop dan bergelas-gelas air penghilang dahaga sebab cakap banyak sangat. 

Apepun, terima kasih Master Zainul sudi payung kitorang malam tadi. 


Sempoi betul naik beskal aje. 

BR/
Epul Jaguh
@rasta TTDI

2014-07-16

Balik ke Shah Alam lepas lama duduk kampung

Khamis lepas telah berlangsungnya kursus yang dipanggil Rakan Suami anjuran Wad O&G Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor khas untuk para bapa menemani isteri yang sedang sakit bersalin di labour room. Ceramah rakan bapa kat hospital ni terbahagi kepada 2 bahagian. First diorang cerita pasal keadaan dalam labour room, ape peraturan semua, dibawa gi melawat, soal jawab dan segala hal berkaitan dengan proses nak melahirkan kat hospital ni.

Part yang kedua yang sangat aku tunggu-tunggu iaitu Keluarga Sakinah. Program ni memang terbaik. Ada penceramah yang akan cerita panjang lebar tentang panduan kelahiran menurut Islam secara praktikal. Siap datang rumah untuk cukur rambut bayi pada hari ke-tujuh dan disertakan dengan selawat. Macam majlis ringkas tetapi penuh bernilai.

Harap-harap contact no kat bawah ni betul untuk hubungi Ustaz masa cukurkan Shafiqah dulu..
http://www.ypkdt.org.my/ypkbm/index.php?option=com_content&view=article&id=96&Itemid=530

Itu cerita pasal kursus rakan bapa.

Jumaat sambung cuti. Alang-Alang dah kat kampung.

Sabtu pulak balik rumah mak di Melaka. First time berbuka puasa utk ramadhan tahun ini dengan mak dan abah. Stay kat melaka sampai hari Isnin, lepas berbuka baru gerak semula ke Muar.

Semalam, Selasa 15/7/2014 bersamaan 17 Ramadhan 1435 Hijrah adalah cuti Nuzul Qur'an. Stay lagi di Muar. Mengidam pulak nak makan steam bot kat tepi jambatan Muar. Sampai sana tutup pulak. Nasib baik ada pengganti tapi kurang sedap sikit lah.. Menung panjang sambil dating dgn puan wife. Fikir jauh ke depan. Lepas ngidam, balik lah. Anak-anak semua tidur awal so bolehlah kami pergi keluar makan berdua sekejap. Minta tolong atuk ba & atuk ma diorang tolong tengokkan.

Jadi pagi tadi lepas sahur dan selesai solat subuh, terus menuju ke Shah Alam. Ngantuk sikit tapi still manageable.




2014-07-15

Planning untuk masa hadapan

Tiba-tiba hari ini rasa macam ada suatu semangat waja semakin meningkat di dalam diri.

Orang kata, kalau nak tahu siapa kita 3 tahun akan datang, adalah siapa rakan-rakan kita sekarang. Siapa orang yang dalam circle kita sekarang. Siapa mereka yang influence kita sekarang.

Baik, antara benda yang dalam fikiran aku pagi tadi ialah.. ape aku nak buat lagi beberapa tahun lagi? Takkan makan gaji dengan DiGi kot sampai ke tua? Pada pandangan aku lah, hidup kat Malaysia ni kalau setakat makan gaji aje memanglah tak cukup. no offence. maaf kengkawan ofis. tapi itulah kenyataan. nak selesa sikit kena terjun bidang bisnes.

Aku tengah puasa tetiba boleh pulak buka website resipi kambing. tengok-tengok gambar masakan kambing, aduh... resipi kambing golek siap perap dengan dia punya bahan siap pula final dishes memang buat aku rasa macam best je jadi tukang masak. Memang kegemaranku suka makan, nak buat macamana kan? Kambing memang favourite akulah. Kalau gi Restoran JM Bariani confirm Kambing yang aku pilih. Kalau makan western memang lah kambing steak ke, kambing chop ke, dah semua jenis masakan western kambinglah mesti aku rasa. huhu.. syoknya kambing.

Kemudian boleh pulak aku terkenangkan tanah-tanah bapak aku dan tanah-tanah bapak mertua aku yang sedia mula terbiar sejak dulu lagi.. Kalau macam bapak aku tu, tanah di sekitar Ayer Molek memang dikerjakannya seorang. Tapi itulah, kesian aku tengokkan, tiada siapa yang membantu beliau menguruskan. Umurnya pun dah semakin lanjut, takkan nak harapkan adik-beradik & sepupu-sepupu yang lain, aku rasa macam suatu beban yang tertanggung kat belakang bahu aku ni selagi tanah-tanah ini tidak dapat diusahakan. hurmm.... termenung panjang gak aku pagi ni.

Besday ke 32 tak lama lagi. aku nak tunggu berapa lama lagi sampai tercapai hasrat naluri sanubariku yang ingin berbudi ditanah ibu pertiwi. Emakku memang sentiasa menyokong usaha aku. Alhamdulillah. Aku target, tahun hadapan, naiklah aku jadi Master Coordinator Shaklee supaya aku boleh fokuskan kepada usaha membangunkan tanah-tanah peninggalan dari arwah datuk aku, Haji Abdul Basid Bin Haji Tahir. Semoga hasrat aku dimakbulkan Ilahi. Amin.

Hari ini juga aku sempat browse ke blog-blog pengusaha dan penternak dan juga pengembala kambing. Jenuh gak lah nak scroll blog dorang yang start dari tahun 2005 tu. Seronok sangat baca kisah dorang. macam timeline facebook pulak. Gambar details pasal kambing makan, kandang, kambing beranak, makanan, aduh! penuh info.

ni dia blog pasal penternakan kambing yang best tu. Semoga suatu hari nanti dapat aku menjadi sebahagian dari circle dorang.

http://alwigoatfarm.blogspot.com/
http://projekkambingmuda.blogspot.com/

Student Pertanian & Dr Tajul dari UKM

Majulah penternakan kambing demi ummat sejagat!

Cukup sampai ini untuk kali ini.

Kita sambung lain kali.

Assalam alaikum wbt.

BR/
Epul Jaguh


2014-07-11

Penyakit Malas Update Blog Menjejaskan Kreativiti

Memang dah berbulan-bulan rasanya tak jengah blog ni. bertuah punya budak. 

nak tulis blog kena ada plan sebenarnya. kalau terlintas baru nak tulis mmg tunggu idea datang dari langitlah jawabnya. kalau gifted tak apa. laju je nak tulis apa.

ok. bab planning... adui malas-malas..

planning seterusnya nak buat macam ni lah. gi kedai makan atau restoran mana-mana yang best, amik gambar menu, review sikit rasa. bgtau range harga camana. akses ke surau atau fasiliti lain sikit lebih kurang pastu selfie selfie sikit. dah. ok tak? saje nak amik mood sebelum start tulis content yang berat-berat.

itu aje kot untuk kali ni. 

sambung next time. 

kbai