Featured Articles

My little caliph in uniform. After a few couple of weeks, finally.

Semenjak dari daftar sekolah sampailah minggu lepas, budak-budak ni pakai baju bebas je pergi sekolah. Sebab? Uniform tak dapat lagi. Shafiq suka pakai baju hebat (t-shirt & seluar Lorax (jeans)), Shafiqah pula suka baju princess.

Cara nak register domain dengan blogspot

Ada banyak cara nak registerkan domain name tapi bagi saya, cara yang paling mudah sekali ialah menerusi google apps. Platform blog untuk google ialah blogspot. Kalau nak mudah cepat dan taknak pening kepala, registerkan sahaja domain anda menerusi google.

Pengalaman Menemani Isteri Bersalin di Dewan Bersalin Hospital PakarSultanah Fatimah (HPSF)

Wife aku dijangka akan melahirkan anak ke-3 kami pada 23/7/2014. Pabila tarikh yang diberikan doktor kunjung tiba tapi baby belum nak keluar lagi, doktor pun extend delivery due date kepada 30/7/2014. Kalau tarikh ni pun baby tak keluar lagi, induce akan terjadi pada 31/7/2014. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Buka Akaun Tabung Haji Sambil Daftar Haji

Kalau daftar haji sekarang agak-agak berapa tahun lagi kena Q untuk dipanggil tunaikan fardhu haji? 40 tahun? Tetttt... salah. 50 tahun? Tettttt... salah. 60 tahun? Tetttttt.... Salah jugak?! Abis tu berapa? Jawapannya ialah 76 tahun.

2014-08-18

Buat peminat ikim fm yang ada smartphone tapi tak ada apps ikimfm

Dalam perjalanan menuju ke tempat kerja, ikim fm lah channel yang menjadi peneman setia dari keluar pintu gate rumah sampailah ke tempat parking faveret. 

Waktu pagi ada rancangan warna pagi. kadang-kadang topik best, jarang topik tak best. Petang dalam pukul 5:00ptg-7:00mlm paling best. Rancangan apa aku xsure tapi hari jumaat Usrah Nurani. ni paling best. Hari lain tak pasti pula apekenamanya. 

Pabila cerita tengah best tengah ON-AIR

Kadang-kadang dah sampai rumah atau ofis bila topik best nak sambung dengar walaupun dah keluar dari kereta. Kadang-kadang tu sanggup tunggu 5-6 minit lagi dalam kereta sebab nak sambung dengar topik yang sedang dibincangkan. 

Macamana nak buat?

Yang tak ada smartphone minta maaf lah tak dapat den nak nolong. 

Yang ada, boleh download apps ikim fm 

Aplikasi IKIMfm Radio di App Store untuk iOS

yang guna iphone, search: ikimfm radio

lepas download, cenggini rupanya kat screen. 

IKIMfm App setelah download succesful


setel.

Tiada lagi masalah kena stay dalam kereta kalau tengah follow topik yang best atau tengah dengar ustaz yang best tengah berceramah. 

Semoga bermanfaat!

BR/
Epul Jaguh
@dokong baby

2014-08-11

Cuti Sudah Habis Bro... Back tu werk

Cuti raya seminggu, cuti paternity seminggu. Cuti lama-lama memang best. Cuti terus lagi best.

Masuk ofis check email yang bersaiz 33MB sambil melayan office mate yang menyinggah dengan ucapan tahniah. Lepas sarapan baru sambung dengan rutin harian. Check server sana, check server sini. Yang ada problem direpair-repairkan. User request yang datang bertingkek-tingkek tu lepas lunch lah aku tengokkan. 

Ingatkan 2 minggu tak ngadap kerja merapulah kot kerja aku arini rupanya tak. 4 tahun mengadap benda yang sama setakat tinggal 2 minggu tu masih laju je aku setelkan semua benda rutin. huhu. 

Disebabkan pagi tadi masa sampai rumah takde elektrik entah berapa lama aku pun tak pasti. Yang pastinya makanan basah n kering separa basah dalam peti sejuk sah-sah kena masuk tong sampah. keropok lekor yang aku kirim dgn Arzani DE ade 3 bungkus lagi semua kena buang. adoi. sahayangnya!
Apo nak buekkan jang.. takdo rezeki namoeh. 

Seminggu kat rumah godang sorang-sorang. Apo nak buek ni. Takkan nak hapdet blog Shaklee yo. Bondo lain nak kono dibuekkan jugak. 

Jumaat balik Melaka amik Shafiq pastu balik Muar. Ahad balik semula ke Subang. Ke.. Isnin? 

BR/
Epul Jaguh
@Mandara 27

2014-08-06

Panduan menyambut kelahiran bayi

Panduan ni aku dapat dari Ceramah Rakan Suami anjuran Wad O&G Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) tahun 2011. First time aku gunakan panduan ni masa hari lahirnya Nur Shafiqah di HPSF. Sekarang panduan yang sama aku gunakan untuk anak ketiga, Nur Shafiyah binti Mohd Shaiful. 

Hari Pertama:
1) Azan telinga kanan
2) Iqamat telinga kiri

3) membaca ayat:
Al-Qadar 3x telinga kanan
Al-Ikhlas 3x telinga kiri

4) Bertahnik - Bersihkan jari manis dari kotoran
- Gunakan kurma @ madu 
- Masukkan dlm mulut bayi & sampai ke lidah
- bayi akan hisap manisan (kurma @ madu) hingga habis
- kemudian baca surah al-insyirah diikuti surah Toha ayat 25-28

5) Menanam uri
cuci bersih2 & tanam dikawasan rumah

Hari ke-7
1) Aqiqah kambing - anak lelaki 2 ekor kambing, anak perempuan 1 ekor kambing
2) Bercukur - bermula hari ketujuh, rongga kepala terbuka, cepat berfikir, melihat, mendengar, otot aktif

3) Timbang & nilai rambut , sedekah

4) Memberi nama & isytihar nama anak

Panduan ini mungkin berbeza dengan panduan menyambut kelahiran yang korang biasa amalkan. Ambillah mana yang tidak membebankan. Kita raikan perbezaan pendapat.

BR/
EpulJaguh
@Taman Sri Temenggong