Featured Articles

My little caliph in uniform. After a few couple of weeks, finally.

Semenjak dari daftar sekolah sampailah minggu lepas, budak-budak ni pakai baju bebas je pergi sekolah. Sebab? Uniform tak dapat lagi. Shafiq suka pakai baju hebat (t-shirt & seluar Lorax (jeans)), Shafiqah pula suka baju princess.

Cara nak register domain dengan blogspot

Ada banyak cara nak registerkan domain name tapi bagi saya, cara yang paling mudah sekali ialah menerusi google apps. Platform blog untuk google ialah blogspot. Kalau nak mudah cepat dan taknak pening kepala, registerkan sahaja domain anda menerusi google.

Pengalaman Menemani Isteri Bersalin di Dewan Bersalin Hospital PakarSultanah Fatimah (HPSF)

Wife aku dijangka akan melahirkan anak ke-3 kami pada 23/7/2014. Pabila tarikh yang diberikan doktor kunjung tiba tapi baby belum nak keluar lagi, doktor pun extend delivery due date kepada 30/7/2014. Kalau tarikh ni pun baby tak keluar lagi, induce akan terjadi pada 31/7/2014. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Buka Akaun Tabung Haji Sambil Daftar Haji

Kalau daftar haji sekarang agak-agak berapa tahun lagi kena Q untuk dipanggil tunaikan fardhu haji? 40 tahun? Tetttt... salah. 50 tahun? Tettttt... salah. 60 tahun? Tetttttt.... Salah jugak?! Abis tu berapa? Jawapannya ialah 76 tahun.

2014-08-06

Panduan menyambut kelahiran bayi

Panduan ni aku dapat dari Ceramah Rakan Suami anjuran Wad O&G Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) tahun 2011. First time aku gunakan panduan ni masa hari lahirnya Nur Shafiqah di HPSF. Sekarang panduan yang sama aku gunakan untuk anak ketiga, Nur Shafiyah binti Mohd Shaiful. 

Hari Pertama:
1) Azan telinga kanan
2) Iqamat telinga kiri

3) membaca ayat:
Al-Qadar 3x telinga kanan
Al-Ikhlas 3x telinga kiri

4) Bertahnik - Bersihkan jari manis dari kotoran
- Gunakan kurma @ madu 
- Masukkan dlm mulut bayi & sampai ke lidah
- bayi akan hisap manisan (kurma @ madu) hingga habis
- kemudian baca surah al-insyirah diikuti surah Toha ayat 25-28

5) Menanam uri
cuci bersih2 & tanam dikawasan rumah

Hari ke-7
1) Aqiqah kambing - anak lelaki 2 ekor kambing, anak perempuan 1 ekor kambing
2) Bercukur - bermula hari ketujuh, rongga kepala terbuka, cepat berfikir, melihat, mendengar, otot aktif

3) Timbang & nilai rambut , sedekah

4) Memberi nama & isytihar nama anak

Panduan ini mungkin berbeza dengan panduan menyambut kelahiran yang korang biasa amalkan. Ambillah mana yang tidak membebankan. Kita raikan perbezaan pendapat.

BR/
EpulJaguh
@Taman Sri Temenggong

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

Sebarang komen yang mengganggu ketenteraman awam akan dibakul sampahkan dengan serta-merta tanpa sebarang notis pemberitahuan dari pihak penulis. Harap maklum.

Selamat berblogwalking.