Featured Articles

My little caliph in uniform. After a few couple of weeks, finally.

Semenjak dari daftar sekolah sampailah minggu lepas, budak-budak ni pakai baju bebas je pergi sekolah. Sebab? Uniform tak dapat lagi. Shafiq suka pakai baju hebat (t-shirt & seluar Lorax (jeans)), Shafiqah pula suka baju princess.

Cara nak register domain dengan blogspot

Ada banyak cara nak registerkan domain name tapi bagi saya, cara yang paling mudah sekali ialah menerusi google apps. Platform blog untuk google ialah blogspot. Kalau nak mudah cepat dan taknak pening kepala, registerkan sahaja domain anda menerusi google.

Pengalaman Menemani Isteri Bersalin di Dewan Bersalin Hospital PakarSultanah Fatimah (HPSF)

Wife aku dijangka akan melahirkan anak ke-3 kami pada 23/7/2014. Pabila tarikh yang diberikan doktor kunjung tiba tapi baby belum nak keluar lagi, doktor pun extend delivery due date kepada 30/7/2014. Kalau tarikh ni pun baby tak keluar lagi, induce akan terjadi pada 31/7/2014. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Buka Akaun Tabung Haji Sambil Daftar Haji

Kalau daftar haji sekarang agak-agak berapa tahun lagi kena Q untuk dipanggil tunaikan fardhu haji? 40 tahun? Tetttt... salah. 50 tahun? Tettttt... salah. 60 tahun? Tetttttt.... Salah jugak?! Abis tu berapa? Jawapannya ialah 76 tahun.

2014-11-21

Muharram 1436H Tiba!


بسم الله الرحن الرحيم

Muharram tiba lagi, tahun silih berganti dengan cepatnya, kita semakin menghampiri kiamat.

Sudah bersediakah kita dengan bekalan amalan?

Dalam persediaan itu jangan pula kita tersalah jalan tersasar dari yang sahih sehingga merugikan...

Ramai daripada kalangan masyrakat yang bertanya:

Benarkah sebaran mengenai catatan amalan ditutup pada akhir tahun, dibuka pada awal Muharram?

Dan benarkah ganjaran orang memperingatkan tentang Muharram?


Ada beberapa perkara yang agak keliru dikaitkan dengan bulan Muharram.


Antaranya, hijrah Rasulullah s.a.w dikatakan berlaku pada 1 Muharram.

Membaca doa awal tahun dan buku catatan amalan ditutup dan dibuka yang baru.




HIJRAH:

Hijrah Rasulullah s.a.w ke Madinah bermula pada bulan Safar. Manakala sahabat-sahabat lain ramai yang berhijrah beberapa bulan sebelum Baginda.

Baginda sampai di Madinah pada bulan Rabi'ul Awwal. [Lihat al-Rahiqal-Makhtum, kitab sirah karangan Safiy al-Rahman al-Mubarakfuri] Bukan bulan Muharram.

Muharram adalah bulan pertama dari 12 bulan dalam perkiraan orang-orang Arab sejak zaman jahiliyyah. Namun mereka tidak ada sistem tahun seperti sekarang. Maka khalifah Umar al-Khattab ra memutuskan, selepas perbincangan dengan para sahabat yang lain, perkiraan tahun bagi umat Islam ialah bermula pada tahun hijrah Rasulullah saw. Pada tahun Rasulullah berhijrah itu, Baginda berhijrah dari tempoh bulan Safar hingga Rabiul Awwal, bukan dalam 1 Muharram.


DOA AWAL TAHUN (DAN BERANGKAI DENGAN DOA AKHIR TAHUN)

Doa itu ibadah, begitu juga memohon ampun, boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai.

Termasuklah doa kita contohnya, "Ya Allah, semoga bermula tahun baru hijrah ini, bertambah iman dan ilmuku, dan semakin baik amalanku."

Namun doa awal tahun dan akhir tahun, yang dibaca dengan kaifiyyat tertentu dikritik oleh para ulama’, kerana ia disandarkan kepada sebuah riwayat yang antaranya; ‘Menganjurkan dibaca doa itu 3 kali, dan syaitan pun dikatakan kecewa tidak dapat menggo
danya pada tahun itu.'

Riwayat ini tidak ditemui asal usulnya oleh para ulama’. Ia dikemukakan dalam buku tertentu tanpa dinyatakan sanad dan sumber.

Tiada dalam kitab-kitab hadis mu'tabarah, dan diputuskan sebagai riwayat yang batil.

Jadi, tidak boleh kita yakini bahawa ia adalah anjuran dalam agama Islam.


CATATAN AMALAN

Dakwaan yang mengatakan catatan amalan ditutup pada akhir Zulhijjah, dan dibuka pada awal Muharram tidak didasari dengan dalil al-Quran, tidak juga daripada hadis Nabi s.a.w.

Hadis-hadis yang sahih / thabit menyebut bahawa amalan kita dibentangkan pada:

1. Setiap hari (setiap pagi dan petang).

2. Dua kali setiap minggu (setiap Isnin dan Khamis)

3. Setiap tahun, iaitu pada bulan Syaaban. (Bukan nisfu Sya'ban. -Hadis yang tidak sahih juga banyak berkisar tentang nisfu Sya'ban-)


Hadis-hadis sahih / thabit bagi setiap kategori adalah seperti berikut:


✅1. Amalan diangkat/dibentang 2 kali setiap hari:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " يَتَعَاقَبُونَ فِيكُمْ مَلاَئِكَةٌ بِاللَّيْلِ وَمَلاَئِكَةٌ بِالنَّهَارِ، وَيَجْتَمِعُونَ فِي صَلاَةِ الْفَجْرِ وَصَلاَةِ الْعَصْرِ، ثُمَّ يَعْرُجُ الَّذِينَ بَاتُوا فِيكُمْ، فَيَسْأَلُهُمْ وَهْوَ أَعْلَمُ بِهِمْ كَيْفَ تَرَكْتُمْ عِبَادِي فَيَقُولُونَ تَرَكْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ، وَأَتَيْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ ".

Rasulullah saw bersabda, maksudnya:

"Para malaikat (syif) malam dan malaikat (syif) siang silih berganti turun kepada kalian. Mereka berkumpul pada setiap waktu Subuh dan setiap waktu Asar. Kemudian, malaikat yang menjaga kalian (jika waktu Subuh, malaikat malam, jika waktu Asar, malaikat siang) naik ke atas. Allah pun bertanya kepada malaikat-malaikat itu - walhal Dia lebih mengetahui tentang hamba-hamba-Nya:

{Dalam keadaan bagaimana kamu semua tinggalkan hamba-hamba-Ku itu?}

Jawab para malaikat: 'Kami tinggalkan mereka dalam keadaan mereka sedang solat. Begitu juga ketika kami datang kepada mereka, mereka sedang solat.'

[Sahih al-Bukhari, Kitab Waktu-Waktu Sembahyang, Bab Fadilat Semba
hyang Asar].

Berbahagialah bagi mereka yang menunaikan solat Subuh dan solat Asar, lebih-lebih lagi di awal waktu.


✅2. Amalan juga diangkat setiap Isnin dan Khamis, dua kali seminggu:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: "تُفْتَحُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ يَوْمَ الاِثْنَيْنِ وَيَوْمَ الْخَمِيسِ فَيُغْفَرُ لِكُلِّ عَبْدٍ لاَ يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا إِلاَّ رَجُلاً كَانَتْ بَيْنَهُ وَبَيْنَ أَخِيهِ شَحْنَاءُ فَيُقَالُ أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا "


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Amalan-amalan manusia dibentangkan setiap minggu pada hari Isnin dan Khamis. Allah mengampunkan dosa setiap hamba-Nya yang beriman, kecuali hamba yang saling bermusuhan. Lalu dikatakan kepada para malaikat, 'Tinggalkan dahulu mereka berdua ini, sehinggalah mereka berdamai."

[Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, Bab Larangan Saling Bermusuhan Dan Saling Tidak Mempedulikan].


✅3. Amalan dibentangkan setiap tahun, pada bulan Syaaban. (Bukan Nisfu Syaaban)

عن زيد بن أسامة رضي الله عنهما قال: قلت: يا رسول الله لم أرك تصوم من شهر من الشهور ما تصوم في شعبان؟ قال: ذلك شهر يغفل الناس عنه بين رجب ورمضان، وهو شهر ترفع فيه الأعمال إلى رب العالمين، فأحب أن يرفع عملي وأنا صائم.

Usamah bin Zaid ra meriwayatkan, katanya, "Saya pernah bertanya, 'Wahai Rasulullah, mengapa saya tidak pernah lihat tuan berpuasa dalam bulan lain, sebanyak puasa tuan dalam bulan Syaaban?'

Jawab Rasulullah s.a.w, "Itulah bulan yang ramai manusia lalai, antara bulan Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkatkan amalan kepada Tuhan sekelian alam, dan saya suka amalan saya diangkat dalam keadaan saya sedang berpuasa." [Musnad Imam Ahmad No. 21753 - Hadis Hasan-]


BENARKAH ANJURAN MEMPERINGATKAN?

Tentang hadis anjuran supaya memperingatkan bulan Muharram, dengan ganjaran tidak dibakar api neraka. Tidak dapat dikesan dari mana datangnya hadis itu.

Agak pelik bila lafaz yang sama juga disebarkan untuk bulan2 lain.

"
Barangsiapa yang memperingatkan bulan Sya'ban...."

"Barangsiapa yang memperingatkan bulan Zulhijjah...."

"Barangsiapa yang memperingatkan bulan Rajab..."


Berdasarkan panduan para ulama’ dalam mengenali hadis palsu, dan jika kita biasa dengan hadis-hadiis yang sahih, hadis ini perlu kita tawaqquf (jangan sebar, jangan beramal kerana hadis itu tidak jelas dan sahih sumbernya). Sebarkanlah penjelasan tentangnya.


Kesimpulan:

Sedaya upaya yang mungkin, kita cuba pastikan sebaran yang dibuat menepati saranan hadis sahih:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ " بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً، وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَلاَ حَرَجَ، وَمَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ


Nabi saw bersabda, maksudnya,

"Sampaikanlah daripadaku walau satu ayat. Ceritakanlah tentang Bani Israel dan tidak mengapa (jika kamu tidak menyampaikannya atau jika kamu menyampaikannya). Dan sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka biar dia sediakan tempatnya dalam neraka."

[Sahih Bukhari, Kitab Ahadis al-Anbiya', Bab Ma Zukira Banu Israil.)

والله اعلم .
Dr Abdul Basit Abdul Rahman
(Abu Anas Madani, 27 Zulhijjah 1435H)

Tazkirah di atas mungkin dapat memenuhi permintaan tuan-tuan

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

Sebarang komen yang mengganggu ketenteraman awam akan dibakul sampahkan dengan serta-merta tanpa sebarang notis pemberitahuan dari pihak penulis. Harap maklum.

Selamat berblogwalking.