Featured Articles

My little caliph in uniform. After a few couple of weeks, finally.

Semenjak dari daftar sekolah sampailah minggu lepas, budak-budak ni pakai baju bebas je pergi sekolah. Sebab? Uniform tak dapat lagi. Shafiq suka pakai baju hebat (t-shirt & seluar Lorax (jeans)), Shafiqah pula suka baju princess.

Cara nak register domain dengan blogspot

Ada banyak cara nak registerkan domain name tapi bagi saya, cara yang paling mudah sekali ialah menerusi google apps. Platform blog untuk google ialah blogspot. Kalau nak mudah cepat dan taknak pening kepala, registerkan sahaja domain anda menerusi google.

Pengalaman Menemani Isteri Bersalin di Dewan Bersalin Hospital PakarSultanah Fatimah (HPSF)

Wife aku dijangka akan melahirkan anak ke-3 kami pada 23/7/2014. Pabila tarikh yang diberikan doktor kunjung tiba tapi baby belum nak keluar lagi, doktor pun extend delivery due date kepada 30/7/2014. Kalau tarikh ni pun baby tak keluar lagi, induce akan terjadi pada 31/7/2014. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Buka Akaun Tabung Haji Sambil Daftar Haji

Kalau daftar haji sekarang agak-agak berapa tahun lagi kena Q untuk dipanggil tunaikan fardhu haji? 40 tahun? Tetttt... salah. 50 tahun? Tettttt... salah. 60 tahun? Tetttttt.... Salah jugak?! Abis tu berapa? Jawapannya ialah 76 tahun.

2015-11-19

Myrelo syarikat perkhidmatan pindah rumah paling profesional

Proses nak pindah rumah adalah suatu tempoh yang sangat stress terutama sekali bila nak pindah rumah ketika anak-anak masih kecil. Pengalaman 2 kali pindah rumah menggunakan khidmat cari nombor sewa lori tepi jalan sangat-sangat menyedihkan. Barang rosak semasa proses mengendali masuk keluar lori, mula-mula setuju dengan amaun tertentu kemudian bila on that D-day kena tambah lagi sampai double memang taubat la kalau ko nak rekemen kat aku ntah sesapa pun.

Next pindah aku tekad, amik relocation service dari company terus. Walaupun sedar kosnya jauh lebih mahal tapi yang penting sepanjang proses pindah tu ko tak pening kepala. 

Bermula dengan riki riki survey ape company relocation yang paling best maksud best kat sini menepati bajet dan tuan rumah jadi mandur. Takyah susah-susah sibuk-sibuk hangkut barang masuk lori. Tetapkan masa, tetapkan tarikh, sain borang mana-mana yang patut, pada hari kejadian monitor je. Tak ke best camtu! Idaman para ketua keluarga beb.

Tempoh berbincang dengan in charge dari myrelo ni Saudari Fizah Kamal. Walaupun ada beberapa company yang dishortlistedkan, akhirnya setelah hampir 2 bulan tanya itu tanya ini, myrelo juga menjadi pilihan hati. 

Myrelo akan datang buat survey barang-barang dalam rumah; untuk keluarkan quotation dan tentukan saiz lori yang tepat supaya kisah "mula-mula ingat 1 trip cukup last-last kena bayar untuk 2 trip" jilake betul. 

Siap decide tarikh, bank in utk book tarikh, pilih nak amik insuran atau tak semua tu dah dibereskan 1 minggu sebelum hari pindah. Memang hectic juga tapi puas hati. 

Akhirnya hari yang ditunggu menjelang tiba. Sehari sebelum terima panggilan dari in charge katanya pekerja takde job hari ni boleh la datang untuk packing mana-mana barang dalam wardrobe dan 
dalam kitchen cabinet masuk dalam kotak nanti esoknya dah jimat masa dan boleh terus bertolak awal ke destinasi. Saya setujukan aje. Padahal hari yang sama ada banyak benda nak settle; nak tanggalkan astro, nak terminate unifi. Haa baru dapat tahu trick camana nak terminate unifi tanpa kena penalti RM500 boleh baca kat sini. Pastu nak pindah sikit barang kat bilik sewa dan nak amik report kad anak! Memang pack sangat hari tu. Tapi Alhamdulillah lah semuanya berjalan lancar. 




Esoknya Myrelo datang lagi untuk habiskan packing mana yg xsempat dibuat semalamnya, pastu terus masuk lori 10 tan. Padat sampai ke pintu belakang! 



Diorang datang 2 lori. Lori 10 tan dan lori 3 tan. Yang 3 tan tu untuk bawak barang sampah atau yg tak diperlukan. 10 tan bawak yg perlu aje. Tu pun nasib baik muat. 5 orang pekerja semua ada tugas masing-masing. Asyik tengok cara diorang bekerja. Memang dah biasa hari-hari bungkus barang jadi semua kerja-kerja fizikal nampak mudah aje. Padahal aku nak angkat palang katil pun dah berpeluh-peluh! 

Sedang elok aje semua. Jumaat dorang sampai pukul 10pagi packing sampai pukul 12:30tgh hari. Sabtu dorang pun sampai pukul 10:00pg sambung kemas masuk barang dalam lori dan bergerak dari Shah Alam pukul 2:00pm. Dalam pukul 5:00pm lori pun sampai memang sedang elok aku selesai azankan penjuru rumah yang terakhir. 

Time tu hujan lebat. So unpacking pula 4 orang sahaja yang terlibat. Habis masukkan barang ke rumah tepat jam 8:00malam. Diorang akan tolong pasangkan perabot macam katil, sofa, meja, almari yang diorang buka dari rumah lama. Selebihnya, bungkus! So malam tu ape lagi sampai tengah malam unpacking kotak kotak yang banyak tu. 


Besok lusa aku tambah lagi.. kalau ada sesiapa yang terbaca artikel ni komen something untuk aku sambung cerita details lagi pasal myrelo ni. aku public kan lagi quotation yg dia bagi. kalau aku tunjuk gambar tapi tak tau ade orang ke tak yang tengok gambar tu buat apa nak letak kan?

Tulis panjang-panjang sapa yang baca agaknya?















2015-07-01

Salam pagi julai yang #ceria #twitter


Salam pagi julai yang #ceria #twitter July 01, 2015 at 08:18AM via Instagram http://ift.tt/1LGCwcu Pertanyaan untuk pembelian sms/whatsapp: 016-2223767 Regards, EpulJaguh dot com

2015-06-30


June 30, 2015 at 04:34PM via Instagram http://ift.tt/1BT3zOG Pertanyaan untuk pembelian sms/whatsapp: 016-2223767 Regards, EpulJaguh dot com

2015-06-28

Tips untuk hilangkan hingus meleleh-leleh tidak terkawal. Selalu jadi kat #abgpul time pagi-pagi lepas mandi nak siap-siap time sikat rambut hensem-hensem depan cermin tiba-tiba... ahcomm!! Terus memancar cecair dari dalam hidung. Huhu Tanpa buang masa lepas lap cermin itu lantas terusku sambar 1 tablet vitamin C ke dalam mulut. Tak telan. Kemam je...sampai habis. Tak sempat habis pun hidung dah rasa selesa. Tak ada lagi rasa hingus nak meleleh tanpa kawalan. SMS/WHATSAPP: 016-2223767 untuk #COD #vitamin C #shaklee sustained release sekitar #usj #subangjaya #puchong #shahalam ataupun yang ingin dapatkan #bestprice #register #daftar #membership #agent #reseller #twitter Fb: ShAina Shop www.shaina-shop.net


Tips untuk hilangkan hingus meleleh-leleh tidak terkawal. Selalu jadi kat #abgpul time pagi-pagi lepas mandi nak siap-siap time sikat rambut hensem-hensem depan cermin tiba-tiba... ahcomm!! Terus memancar cecair dari dalam hidung. Huhu Tanpa buang masa lepas lap cermin itu lantas terusku sambar 1 tablet vitamin C ke dalam mulut. Tak telan. Kemam je...sampai habis. Tak sempat habis pun hidung dah rasa selesa. Tak ada lagi rasa hingus nak meleleh tanpa kawalan. SMS/WHATSAPP: 016-2223767 untuk #COD #vitamin C #shaklee sustained release sekitar #usj #subangjaya #puchong #shahalam ataupun yang ingin dapatkan #bestprice #register #daftar #membership #agent #reseller #twitter Fb: ShAina Shop www.shaina-shop.net June 28, 2015 at 11:52PM via Instagram http://ift.tt/1HoyT8l Pertanyaan untuk pembelian sms/whatsapp: 016-2223767 Regards, EpulJaguh dot com

2015-06-25

Tengah puasa bila demam datang menyerang memang scary. Lepas berbuka telan #Nutriferon #Garlic #VitaminC barulah rasa lega badan mula berpeluh seram sejuk mulai hilang. Alternatif buat mereka yang nak elak makan #ubat tahan sakit bahan kimia sintetik. SMS/WHATSAPP: 016-2223767 untuk #COD #vitamin #shaklee #bestprice untuk #demam #seram #sejuk sekitar #usj #subangjaya #puchong #shahalam #twitter Fb: ShAina Shop www.shaina-shop.net


Tengah puasa bila demam datang menyerang memang scary. Lepas berbuka telan #Nutriferon #Garlic #VitaminC barulah rasa lega badan mula berpeluh seram sejuk mulai hilang. Alternatif buat mereka yang nak elak makan #ubat tahan sakit bahan kimia sintetik. SMS/WHATSAPP: 016-2223767 untuk #COD #vitamin #shaklee #bestprice untuk #demam #seram #sejuk sekitar #usj #subangjaya #puchong #shahalam #twitter Fb: ShAina Shop www.shaina-shop.net June 25, 2015 at 11:11PM via Instagram http://ift.tt/1eJbiot Pertanyaan untuk pembelian sms/whatsapp: 016-2223767 Regards, EpulJaguh dot com

2015-06-24

Tips meningkatkan daya tahan kanak-kanak agar tidak mudah jatuh sakit


Tips meningkatkan daya tahan kanak-kanak agar tidak mudah jatuh sakit. Multivitamin untuk anak-anak. Sedap dikunyah. Rasa anggur dan mereka pasti sukakannya.

SMS/WHATSAPP: 016-2223767 untuk #COD #multivitamin #chewable #shaklee #bestprice untuk #children sekitar #usj #subangjaya #puchong #shahalam #twitter #healthy #info #tips Fb: ShAina Shop www.shaina-shop.net June 24, 2015 at 06:36AM via Instagram http://ift.tt/1JhtYZ3

Pertanyaan untuk pembelian sms/whatsapp: 016-2223767

Regards,
EpulJaguh dot com

2015-06-23

Tips menjaga kesihatan hati agar tubuh badan sihat sentiasa


Hati adalah pintu masuk segala makanan ke dalam tubuh badan. Dalam zaman yang penuh segala #pencemaran bahan kimia ini, sistem perkumuhan #hati sangat mudah dijahanamkan fungsi optimumnya. Ambil #DTX Complex #Shaklee setiap hari untuk kesihatan hati insan yang anda sayang.
via Instagram http://ift.tt/1Gw5lRy

SMS/WHATSAPP: 016-2223767 untuk #COD sekitar #usj #puchong #shahalam #subangjaya dan dapatkan #bestprice dengan menjadi #member #twitter
Fb: Shaina Shop
www.shaina-shop.net

Pertanyaan dan pembelian boleh berhubung dengan cara SMS/WHATSAPP: 016-2223767

BR/
EpulJaguh dot com

2015-06-18

Persiapan melaksanakan ibadat puasa di bulan Ramadhan dengan tenang


Sihat dan ceria sepanjang Ramadhan dapat membantu anda melaksanakan ibadah puasa dengan aman dan tenteram. 

Bancuh ketiga-tiga produk shaklee dibawah ketika bersahur.
1. #performance #drink 
2. #esp 
3. #mealshakes 
Segar bertenaga 6-8 jam.

Ketahui cara-cara yang tepat untuk memaksimakan khasiat kombinasi produk tersebut dari Certified Product Trainer. 

Hantar SMS/whatsapp/PM: 016-2223767 untuk menikmatinya #COD sekitar #subangjaya #usj #shahalam dan #puchong. #twitter 
Fb: shaina shop 
www.shaina-shop.net 
via Instagram http://ift.tt/1Bq6y0N

2015-06-16

Tips mereka yang susah tidur nak tidur lena walaupun sudah beriadah cukup banyak pada siang hari.


Anda perlu aktif pada waktu siang untuk mendapatkan tidur yang berkualiti (#deep #sleep) pada malam hari. #Tidur yang berkualiti juga disokong oleh bekalan #kalsium & vitamin D yang mencukupi; ia bersamaan 4 gelas #susu. Ambil 4 biji #Ostematrix #Shaklee sebelum tidur sebagai alternatif kalau nak telan segelas susu pun rasa dah nak termuntah hijau. Masalah #osteoporosis juga dapat diatasi. SMS/WHATSAPP/PM: 016-2223767 untuk #COD sekitar #USJ #SUBANGJAYA #PUCHONG &  #SHAHALAM.  #twitter fb: shaina shop www.shaina-shop.net via Instagram http://ift.tt/1GbKeUn

2015-05-22

Majlis pengijazahan graduan Shaklee University - Certified Nutritionist

Selasa lepas kami berdua selamat dianugerahkan certified product trainer oleh Shaklee Malaysia. 2 semester dalam course train the trainer - product trainer.

Pada aku baguslah Shaklee perkenalkan course TTT- product trainer ni sebab SID yang  ramai diluar sana boleh refer kepada certified product trainer sekiranya ada percanggahan fakta mengenai produk. Selain menambah nilai Shaklee Independent Distributor (SID) untuk menjadikan mereka lebih bersedia menghadapi cabaran open market, pelanggan juga lebih yakin dengan produk beserta konsultasi yang mereka boleh dapatkan. 

Inilah salah satu sebab aku galakkan sapa-sapa yang nak buat bisnes part time atau full time, pilih Shaklee. 

Beberapa keping gambar aku kongsikan kat sini untuk tatapan korang. 


Ada sesi Family Foto siap bagai. Mula-mula nak tinggal double S dgn babysitter, last-last bawa juga diorang sama. 


Itenary hari itu:
TTT graduation ceremony today (19 may);

10am-12pm- collection of academic dress (for those who didn't collect yesterday)
4pm- 6pm: Free family photography session 
6pm- 7pm: Registration& collection of call card and briefing on recognition session
7pm-8pm: refreshment at 14 floor 
8pm-10pm: recognition session
10pm-11pm: return off academic gown


Ucapan ringkas 1 minit. Cakap aje la apa-apa. Ucapan terima kasih semua pihak. Cabaran yang dihadapi. Harapan masa akan datang. Setel. 

That's it!

Bak kata seorang sahabat saya "title comes with responsibility" so my power promise untuk this title ialah berkongsi manfaat 1 produk shaklee setiap hari. 

Doakan aku kuat dan tabah menjalani cabaran seharian. 

Epul




2015-05-12

Update Akhir Tahun 2014 last Quarter in 2014

Entri ni patutnya di publishkan pada bulan Disember. Tapi entah macamana aku boleh terlupa sampailah hari ini baru ingat nak publish. Bulan Mei tahun berikutnya baru ingat nak publish! memang perghhh!!

Selamat membaca..
1... 2... Mula!


Macam-macam cerita penutup akhir tahun 2014 ni. Kalau dok baca dalam whatsapp (ade gak yang rajin kumpul cerita dari awal tahun sampai akhir tahun) memang sayu hati ini.

Overall yang boleh disummarizekan (campur rojak dah BM BI aku ni) tahun ini merupakan tahun yang penuh cabaran, penuh ranjau dan emosi berdukacita sepanjang masa. Walaupun ada masa-masa gembira tapi kadar tak gembira lagi lebih. Bila banyak benda tak gembira yang berlaku boleh jejas motivasi beb.

So kena amik tindakan-tindakan yang perlu untuk mengatasi masalah down dan seterusnya mengekalkan motivasi level ke paras yang memuaskan.

So! Back to topic, last quarter 2014 updates!

Selamat tinggal 2014. Bak kata sorang member dari Iran, we have reach the peak point of this job. It cannot be worst than this.

Diiringi dengan gelak tawa.

Hopefully betullah kata engkau.

Epul Jaguh

2015-05-11

Back to basic.. Sucikan kolam jiwa

Haiya allassolah..
Haiya allal falah..

Tunaikan kewajipan solat tepat pada waktunya, kejayaan akan datang kepadamu.

Sentap. Termenung.

Selama ni walau macamana aku pandang ibadat solat itu, perlaksanaannya masih huru hara. Walaupun tahu solat di awal waktu untuk mencari keredhaan Allah, solat di akhir waktu untuk mencari keampunanNya tapi masih tiada rasa dan kekuatan untuk mendapatkan keredhaanNya.

Itu tanda diri sudah makin hanyut. Dibuai ujian nikmat dunia. Langsung lalai dengan tanggungjawab.

Astagfirullah..

Ampunkan aku..

Sekarang masa untuk review diri sendiri. Formulanya back to basic. Even dah advance sangat pun basic kena kemas. Tersimpan dari dalam kepala. Tersemat rapi dalam dada.

Another side of it, sucikan kolam jiwa. Kolam jiwa dah berkeladak. Tu la... masa bersih dulu tak nak jaga, dibiarkan macam tu aja. Bila dah kotor nak bersihkan punyalah payah. Lebih banyak masa, usaha dan tenaga yang diperlukan untuk membersihkan ia. Kalau sentiasa maintain istiqomah bersihkan kolam jiwa selalu memang tak susah sangat nak 'up'kan tahap kebersihan kolam jiwa itu.

Tapi...

Bila dah kotor macam ni memang makan banyak masa nak bersihkan semula. Dalam proses nak bersihkan tu confirm macam-macam benda yang keluar, macam-macam masalah yang kena harung. huhu.

Tabahlah..

Sabarlah..

Bulatkan tekad. Teruskan berusaha. Kita cuma mampu berusaha. Allah yang tentukan nasib kita. Allah telah tetapkan takdir kita. Kita yang perlu memilih jalan yang sebenar-benarnya... Jalan yang terbaik untuk diri kita. Walaupun mungkin kita tak suka jalan yang dipilih itu.

"Tunjukkan aku jalan yang lurus. Iaitu jalan yang Engkau redhai dan jalan yang orang-orang beriman lalui sebelumku"

Amin..

2015-05-10

Malas. Perangai buruk yang selalu kita buat.

Termasuklah aku. Sekapal dengan golongan orang malas. Malas nak update blog. Malas nak edit video. Malas nak stay up buat research pasal next entri. Semuanya malas.

Walaupun nampak dihujung hasil setiap benda yang dirancang bila dapat hasilnya nanti sangat wow effect, tapi bila berdepan dengan saat memulakan sesuatu jadi sangat-sangat menolak. Seolah ada satu daya beban yang menghempap atas kepala langsung meniupkan rasa 'nantilah' yang sangat tinggi. 

Motivasi level sangat rendah. 

Rindu nak rasa diri termotivasi macam dulu-dulu. Highly motivated in all aspects of involvement. Semua tu dah hilang. 

Soalnya kenapa ye!?

Apa dah jadi dengan aku sekarang? I lost myself!

Allah... kuatkan semangat aku untuk menang dalam mengharungi cabaran yang engkau telah tetapkan untuk aku. Bantu aku untuk kuat menghadapinya. Bantu aku untuk aku bersemangat menghadapinya.

Kadang terfikir bantuanNya pasti akan sampai cuma perbuatan kita sendiri yang menyebabkan bantuan itu sampai tersekat-sekat. Semoga hari jumaat yang indah ini segala perkara yang menyekat bantuan Allah tiba kepadaku tanpa sebarang sekatan.

Bersihkan kolam jiwaku...

2015-05-09

Anak-anak sebagai push factor untuk terus berusaha mengembangkan bisnes

Aku teringin nak pencen awal supaya dapat luangkan masa 100% untuk keluarga. Untuk anak-anak. Hantar diorang pergi sekolah balik berjemput. Ajar diorang sampai pandai. Gilap skill dan kreativiti diorang. Pendek kata, ilmu duniawi dan akhirat yang ada dalam diri ni, dapat dijadikan panduan buat mereka.

Tapi...

Kalau aku nak buat semua tu ada benda yang terpaksa dikorbankan. Aku kena lipat gandakan usaha mengumpul capital yang mencukupi untuk menampung kos meraliasisasisasisasasikan keinginan berpencen awal tersebut. Kalau sekarang ni main source of income datang dari kerja makan gaji dengan salah sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di negara ini, secondary income datang dari hasil menjadi delivery boy, blogger, advisor, website designer untuk syarikat isteri aku.

Umum pun tahu kalau kerja gila-gila teruk gila tapi tak sampai nak gila kat makan gaji sampai ke tua lah tak kaya dan berjaya. Kerja makan gaji ni simple je. Lebih banyak masa yang diluangkan untuk mensetelkan lebih banyak masalah di tempat kerja = lebih cerah peluang untuk naik dalam bidang makan gaji. Ini satu daripada benda yang aku rasa kena korbankan. Pada aku, option ini adalah big NO kalau matlamat berpencen awal tu masih menjadi objektif utama.

Nak tak nak memang kena majukan, kembangkan, cantikkan, besarkan, gandakan usaha dan fokus kepada bisnes. Rasa malas mengulit diri sebab dah terperangkap dalam comfort zone. Nak keluar punya la susah! Nak keluar sendiri susah, nak paksa diri nak keluar pun susah. Terus terang, aku perlukan bantuan. Bantuan dariNya.. tapi menerusi siapa? Siapakah yang bakal Dia hantar untuk menyentapkan aku lantas tersedar dari ulitan mimpi comfort zone dan bergegas melipat gandakan usaha mengembangkan bisnes isteri tercinta?

Siapa?





2015-05-08

Bawa anak naik motor pusing taman

Petang tadi bawak anak dara jalan-jalan pusing taman. Shafiqah suka sangat naik motor. Menyanyi sepanjang jalan. Happy la tu. Siap berdiri lagi.

Abangnya pula takut. Dulu kecik-kecik dia suka. Mungkin sebab kejadian dia jatuhkan motor atuk dia kat kampung terus sampai sekarang fobia nak naik motor. Harap-harap bila kau dah besar sikit hilanglah takut tu. Tak macho langsung boy takut naik motor. 

Bila anak dah 3 orang ni tak sempat dah nak join konvoi sana sini. Niat tu ada tapi buat masa sekarang ni priorities lebih kepada family. Besok lusa kalau panjang umur anak-anak dah besar, boleh la join geng motor gi konvoi sana sini bawak girlfriend (a.k.a. B1N1). Barula mengimbau kenangan lama. Fewwittt!!

Piya dah pandai jalan besok papa cemar duli ok? Semua anak-anak papa musti pandai bawak motor! Baru la jawa mix!




2015-03-04

Zaman kejatuhan semangat, jati diri, motivasi...

Salam alaikum & salam sejahtera buat pembaca setia. Maafkan pul sebab lama tak update blog sejak kebelakangan ini. Percayalah dalam hati ni memberontak nak tulis tapi jari jemari ni terasa sangat berat nak mengetuk-ngetuk papan kekunci keyboard yang dah hilang huruf-hurufnya. Aku dapat rasa sekarang ni zaman yang sangat-sangat down. Saat-saat kejatuhan yang sangat-sangat... tersungkur.. terduduk.. terjelepuk.. sampai nak bangkit pun rasa tak boleh. Sebelum ia terus berkubur, aku harap sempat aku rakamkan sedikit perasaan, emosi saat yang terpaling kebawah ini buat pengajaran dan peringatan buat pembaca yang setia..

Jalan hadapan cuma satu persimpangan yang sangat jelas. Sama ada situasi emosiku lebih teruk dari sekarang, atau sinar mentari harapan yang lebih cerah menyelubungi diriku ini..

Itulah.. tengah feeling down-down cenggini kalau dilayankan je mesti lagi hanyut. gampunk betul. Nak ngadu kat sape lagi selain yang Maha Kuasa... geng-geng yang sama frekuensi lah jawabnya. tengok sikit dorang komen apa.. haha

banyak benda datang dalam kepala sampai serabut. sampai tak sempat nak buat..sampai rasa.. ahhhh lantaklah apa nak jadi.. perkara ni jadi hari-hari sampai jadi habit sampai jadi benda negatif dah ni.. langsung menular jadi ignorance.. takpelah.. tak kisahlah... sikap acuh tak acuh.. aduhai..

Sape baca sampai habis dia mesti tak faham.

Memanglah sebab ini dia emosi orang tengah down. orang tengah serabut.

Jangan ikut.

Cuma luahan hati seorang insan yang tulus mulus.

2015-02-16

My little caliph in uniform. After a few couple of weeks, finally.

Semenjak dari daftar sekolah sampailah minggu lepas, budak-budak ni pakai baju bebas je pergi sekolah. Sebab? Uniform tak dapat lagi. Shafiq suka pakai baju hebat (t-shirt & seluar Lorax (jeans)), Shafiqah pula suka baju princess. Asal baju labuh ade bunga-bunga sikit..pincess la tu. (sumer budak perempuan pun suka jadi princess).

Disebabkan uniform dah dapat. Kenalah pergi sekolah pakai uniform kan? Maka pagi tadi, berlangsunglah acara melalak berirama oleh apiq & piqa. Sorang nangis tak nak pergi sekolah. Sorang lagi nak pakai baju princess tak dapat. Sebenarnya memang minggu lepas tiap-tiap hari layan nangis. Sambung minggu ni pula.

Pung.. pang.. pung... Pang.. bersiap nak gerak. Cabaran betul nak menyiapkan diri dan anak-anak. Kalau zaman bujang dulu 5 minit bersiap mandi sikat bagai pun sempat. Dah ada family 2 jam baru confirm semua benda dah masuk kereta dan tak ada yang tertinggal. Baru boleh keluar dari rumah.

Dulu fasa zaman bujang. Kemudian fasa zaman berdua. Sekarang fasa membesarkan anak-anak. Lain fasa, lain zaman, lain cabaran dan dugaannya. Layankan je. Besok lusa fasa mengahwinkan anak-anak lain pula cabarannya nanti.

Orait.. Sambung balik topik hangat hari ini. Ni gambar dah siap. Gambar first day dalam entri ni:
http://www.epuljaguh.com/2015/01/tadika-little-caliph-first-day-untuk.html

Little Caliph uniform
Piqa as always. fotogenik

Sorang dah start buat muka.


Sorang ok lagi. Jangan sorang startkan menangis. Sorang lagi mesti ikut. Macam kembar. Kepalanya piqa. kena make sure mood piqa ok. Maka mood abgnya pun mesti ok. Kalau abgnya mood tak ok takpe lagi. Tahap kesusahan melayan karenah Shafiq lagi senang sebab dia ada secret weapon; Selimut hikmat sakti (selimut busuk) boleh tahan dari nangis. Dekat tangga sambung nangis lagi. Takpe. Layankan je..

budak hebat ni zikir pagi-paginya ialah.. taknak pergi sekolah.. hmm.

Selimut busuk mesti pegang lepas turun dari kereta. 

Semoga anak-anak ini diberikan kesihatan yang baik sepanjang zaman. Cerdas akal dan fikiran, memiliki akhlak terpuji. Ya Allah hiasilah mereka dengan sifat Mahmudah, hindarilah mereka dari sifat Mazmumah. Semoga zuriatku dan seluruh zuriat keturunanku diberkati hidupnya di dunia dan akhirat. Amin.

Epul Jaguh. 



2015-01-17

Ikuti tips berikut kalau nak jadikan kulit bayi gebu fluffy sedap dipeluk

Kali ni kita tulis artikel lain dari yang lain. Jangan tak percaya.. Tips utk baby. Of coursela baby takkan tau tips ni. Mak bapak diorang yang kena tau camana nak jadikan kulit baby sihat, gebu dan fluffy sampai sedap dipeluk. Bapak-bapak yang terjumpa artikel ni kasi klik share satu kali siap tag bini masing-masing. Sharing is caring kan? Kata sayang bini. Biar dorang baca sekali.Tips khas untuk ibu-ibu muda yang baru dapat baby anak sulung. Atau sulong? Mana satu ejaan yang betul ni? Sulung atau sulong? Cikgu BM yang terbaca tolong betulkan ye. Terimasih..

Sama ada lambat kahwin ataupun kahwin dah lama tapi baru dapat cahaya mata. Ataupun mungkin sebab diorang baru terjumpa dengan Set Kesuburan Suami Isteri Shaklee barulah fungsi pembiakan pasangan masing-masing terimprove conditionnya. Kalau baru-baru lepas kawin terus sambar set kesuburan tu ntah-ntah dah berderet macam botol kicap anak diorang sekarang ni. Hmm..

Tips dia mudah aje. Ambil perhatian ibu-ibu yang mengandung.. Nanti lepas bersalin, make sure baby tu diberikan susu badan eksklusif 6 bulan. Teruskan penyusuan sehingga 2 tahun. Bapak-bapak pula main peranan sediakan keperluan dan kemudahan untuk ibu tu menyusukan baby. Kerjasama. Tu aje.

Biar betul tu aje caranya! Ingatkan kena bagi baby makan ape ke baru boleh dapat kulit gebu gebas rupanya bagi breastfeed aje. Kalau lepas cuti bersalin dah abis, susu badan mula kurang, makan Set Menyusu Shaklee. Ingat eh, baby dibawah 1 tahun tak boleh diintroducekan apa-apa produk makanan. Diorang selayaknya minum susu ibu aje. Itula makanan dia, minuman dia, panadol dia, candu penghilang ngantuk dia, pendek kata, tetek mak dialah sumber kepada segala keperluan baby tersebut sehingga dia dah berumur 2 tahun. Cuba cari kat mana-mana supermarket, susu formula pun dia tulis above 1 year. Sapa baru tahu info ini sila buat muka berkerut dan terus ke supermarket berhampiran.

Cuba tengok kat sekeliling kita. Berapa ramai baby yang betul-betul fully breastfeed 2 tahun? Banyak hikmahnya kalau dapat susukan bayi sampai 2 tahun. Yang jelas nampak kat kulit. Fluffy. Yang kurang jelas tapi tak ramai orang perasan, baby sihat dan susah dapat sakit. Kalau sakit pun, sekejap aje. Orang dah terbiasa sangat dengar ala budak sakit biasalah. Ya betul budak sakit memang biasa, sebab diorang nak build up sistem imun. Tapi kalau ditonggang dengan susu formula sahaja pun tunggulah hasilnya patblas tahun lagi.

Ni lagi satu tips, kalau baby demam, biasalah bawak gi jalan sikit, balik rumah start selesema pastu demam. Tak payah gi jumpa doktor. Diorang pun bukan boleh buat apa. Bagi je susu badan banyak-banyak. Kerapkan penyusuan. Kejap-kejap susu. Kejap-kejap susu. Biar kembung perut baby dgn susu ibu. Kalau terlebih susu diorang akan keluarkan balik masa sendawa. Orang jawa panggil blukek. Dalam BM tak tahu nak sebut camana. Tapi camtulah. Hmm..

So tu ajelah ceritanya. Belanja sikit gambar baby yang breastfeed eksklusif 155 hari (lebih kurang 5 bulan lebih) sebagai penutup tirai artikel kali ini.
tips jadikan kulit baby lebih gebu
Bambam pipinya
cara mudah jadikan baby sihat dan berkulit halus
Nur Shafiyah dengan bapanya
Semoga anda dapat mengamalkan tips yang sampaikan. Juga jangan lupa sampai-sampaikan kepada mereka yang masih tak tahu tips yang simple gile ini sebab yang tak semua tahu tu ramai sebenarnya. Yang dah tahu ada, tapi yang tak tahu lebih ramai. Manalah tahu mungkin dengan sharing anda itu menjadi sebab mereka dapat manfaat hasil dari tindakan anda. Mesti best kan?

Sekian.

Epul Jaguh
Bapak anak 3.
1 susu formula (sebab ilmu tak cukup lagi)
2 susu badan (Alhamdulillah)

2015-01-15

Mendalam sungguh maksud Antara Dua Cinta. Nasyid dari kumpulan Raihan dari album Allahu

Dalam perjalanan menuju ke sekolah tadika anak aku untuk hantar mereka, sambil-sambil cari stesen radio selain ikim.fm, tetiba terdengar nasyid Raihan ni. Ikim.fm still the bestla kan. Bukan dah tak suka ye.. Kadang-kala nak tukar angin sikit. Bak kata orang jawa keluar dari comfort zone. Melalut pulak. Yup. Antara 2 cinta. Sayu je dengar liriknya. Mula-mula tak tahu ape tajuknya, lepas google satu rangkap liriknya yang memang rasa tepat tertusuk di kepala; dunia ibarat air laut, diminum hanya menambah haus... baru tau tajuk nasyid ni.

Antara dua cinta - Allahu
Raihan - Allahu
Hayati bait-bait lirik nasyid yang memberikan kesan yang agak dalam jugaklah dalam hati aku pagi tu. Termenung panjang sampai bini aku panggil 2-3 kali pun tak sedar. Otak tetiba blank. Tapi bukanla blank terus. Macam roh tetiba keluar dari badan. ahh susah pulak nak explain. Haa sampai macam tu sekali la rasanya. Ni ha aku gigih cari video dan lirik khas untuk tatapan anda.

Raihan - Antara Dua Cinta



Album : Allahu
Munsyid : Raihan

apa yang ada jarang disyukuri
apa yang tiada sering dirisaukan
nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang
apa yang diburu timbul rasa jemu
bila sudah di dalam genggaman

dunia ibarat air laut
diminum hanya menambah haus
nafsu bagaikan fatamorgana
di padang pasir

panas yang membahang disangka air
dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan.. leraikanlah dunia
yang mendiam di dalam hatiku
kerana di situ tidak ku mampu
mengumpul dua cinta
hanya cintaMu ku harap tumbuh
dibajai bangkai dunia yang kubunuh

sumber rujukan: http://liriknasyid.com/index.php/lirik/detail/736/raihan-antara-dua-cinta.html

Jangan tanya aku ape maksud Munsyid. aku pun tak tahu. google kan hado..

Dari kecil sampai dewasa sekarang ni dah banyak benda yang dah aku kejar di dunia nan fana ini. Ada yang dapat digenggam erat kemas, ada yang tak dapat.. emosi bila dapat biasalah gembira, ceria, kalau tak dapat pulak sebaliknya. Huhu.. Jadi kesahnya sekarang ni kalau dapat aku analogikan diri aku dalam cerita Matrix tu, aku macam Neo. Bukan sebab nakkan awek cun macam Trinity tapi .. Aku ni ibarat sebiji bateri yang dah tersedar dari tidur. Mind dah disconnected dari software dunia yang kononnya selama ini dianggap realiti.

Mula sedar dan jelas benda yang aku telah kejar selama ini... Dan mula tertanya-tanya pada diri sendiri benda yang aku masih kejar sekarang adakah ia betul benda yang betul-betul aku perlukan dan masih wajar untuk aku kekalkan momentum pengejaran ini atau ia hanya sia-sia semata dan aku harus tinggalkan seperti dumpkan awek tanpa sebarang kata putus "sampai sini saja hubungan kita. Mulai hari ni kita clash" haa cenggitu la contohnya. CONTOH aje tu..

Kesahnya sekarang..

Refokus balik apa yang penting dan perlu untuk dikejar. Selebihnya tolak tepi sampai masuk bakul sampah. Ikat letak tepi, kejap lagi buang dalam tong sampah besar.

Kutip balik semangat... Cari balik kekuatan dalaman.. Mengadu kepadaNya.. bercakap denganNya..

Semoga diberikan kekuatan menempuhi ujianNya.

Ikhlas,
EpulJaguh
Antara 2 Cinta

2015-01-07

Tarbiah Sentap: ALLAH AKAN UJI KITA DENGAN BENDA YANG PALING KITA LEMAH

Memang sentap dia punya tarbiah. Bagaikan terkena sniper headshot di kepala.

Tarbiah sentap Allah uji kita dengan benda kita yang paling lemah
A time to reflect

1) Mungkin kau bab-bab solat jemaah ni kau okay.
Dapat pergi surau 5 waktu semua. Tapi, jangan ingat kau hebat. Mungkin kau tak lemah bab solat jemaah, kau lemah bab tak boleh tahan nafsu dengan perempuan. Maka, Allah akan uji kau dengan PEREMPUAN!
Sejauh mana kau boleh tahan dengan ujian tu? Ikhtilat, cinta, couple, video lucah dan sebagainya? Selagi kau tak settle bab tu, kau jangan rasa kau hebat dan jangan sesekali puas!
2) Mungkin, bab-bab tutup aurat sempurna, pakai tudung labuh semua, kau okay.
Tapi, jangan ingat kau hebat. Mungkin kau tak lemah bab-bab aurat. Tapi, kau lemah bab obsess artis! Maka, Allah akan UJI kau dengan artis!
Sejauh mana kau boleh tahan dengan ujian tu? Kpop, Justin Bieber, One dorection, Lee Min Ho, drama korea jepun bagai. Sebab tu, ramai je orang tudung labuh, tapi bab ni tak settle. Selagi kau tak settle bab ni, jangan ingat kau hebat, dan jengan sesekali puas!!
3) Mungkin, kau, bab-bab akhlak semua kau okay.
Akhlak kau baik, sopan, pemaaf, peramah dan sebagainya. Tapi, bab aurat kau lemah. Maka, Allah akan uji kau bab aurat!
Sejauh mana kau boleh tutup aurat sempurna? Tudung labuh tutup dada dan bahu, takde senggul, tak jarang, warna tak menarik perhatian dan lain-lain?? So, jangan mendabik dada dan puas dengan akhlak kau. Kerana tu bukan kelemahan kau!
4) Mungkin kau ni lelaki yang langsung tak tergoda bila tengok perempuan-perempuan seksi.
Kau langsung tak tertarik. Soleh la katakan. Tapi, seperti biasa, Allah akan uji dengan benda yang kau lemah! Maka, Allah akan datangkan perempuan yang bertudung labuh sempurna untuk uji kau!
Sebab tu wujud post-post kat FB dan twitter lelaki yang bajet soleh, yang berbunyi:
“Subhanallah! Sejuknya mata memandang wanita bertudung labuh. Moga kalian istiqomah!!”
“Seindah hiasan adalah wanita solehah. Tenang hati melihat perempuan-perempuan bertudung labuh ni…..”
Hancur! Tudung labuh ke tak, tunduk pandangan la kawan!
*****************************************************************************************************************************
Banyak lagi contoh.
Tapi, masing-masing ada kelemahan masing-masing. At one point, kita jangan rasa diri kita hebat dengan sesuatu perkara dan merendahkan orang lain, kerana kita mampu buat perkara tu kerana itu bukan kelemahan kita!
Orang yang beriman adalah, dia mampu atasi segala ujian yang Allah beri, termasuklah mengatasi ujian menyelesaikan segala kelemahan-kelemahan yang kita ada.
Ingat, Allah akan uji kita dengan benda yang paling kita lemah.

2015-01-03

Biodata Nabi Muhammad sempena maulidur rasul 12 Rabiul Awal 1436bersamaan 3 Januari 2015

Nama: Muhammad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab 

Nama-nama lain : 
Ahmad, Al-Mahi, Al-Hasyir, Al-A’qib, Al-Mutawakkil.

Nama-nama Gelaran : 
• Abu Qasim, Al-Amin.

Bangsa : 
• Arab Quraisy

Agama : 
• Islam

Tarikh Lahir : 
• Hari Isnin
• 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal )
• Bersamaan 20 April 571 Masihi.

Bidan Nabi : 
• Ummu Mas’ud.

Tempat Lahir : 
• Di Syua’ib Bani Hashim di Makkah.

Bilangan Adik-beradik : 
• Anak tunggal [ anak yatim ].

Nama Ibu : 
• Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab.

Nama Ibu Susuan : 
• Thuwaibah [ hamba Abu lahab ], Halimah bt. Abu Zuaib as-Sa’diah.

Nama-nama Pengasuh : 
• Aminah, Thuwaibah, Halimatun as-Sa’diyah, Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW.

Nama-nama Isteri : 
• Khadijah bt. Khuwailid, Saudah, A’isyah bt. Abu bakar, Hafsah bt. Umar, Zainab bt. Khuzaimah, Hindun bt. Abi Umaiyah, Zainab bt. Jahsyi, Juwairiah bt. Al-Haris, Ramlah bt. Abi Sufian, Sufiah bt. Huyi, Maimunah bt. Al-Haris.

Nama-nama Anak :
• Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummu Kalsum, Ruqayyah.

Nama-nama Bapa Saudara : 
• Hamzah, Al-Abbas, Abu Talib, Abu Lahab, Az-Zubir, Abdul Ka’bah, Al-Muqawim, Dhirar, Qusam, Al-Mughirah, Al-Ghaidak.

Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa : 
• Sufiah, A’tikah, Barrah, Urwa, Umaimah, Ummu Hakim Al-Baidha’.

Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam : 
• Hamzah, Al-A’bbas.
• Sufiah, Urwa.

Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan : 
• Mariah al-Qibtiah, Raihanah.

Nama-nama Hamba Lelaki : 
• Aslam, Abu Rafi’, Sauban, Abu Kabsyah Sulaim, Syurqan, Yasar Nubi.

Nama Anak Angkat : 
• Zaid bin Harithah bin Syarahil.

Nama-nama Khadam : 
• Anas bin Malik, Abdullah bin Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amir, Asla’ bin Syarik, Bilal bin Rabah, Abu Zar al-Ghiffari.

Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran : 
• Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Zubir, Amir, Amru Al-‘As, Zaib bin Thabit, Muawiyyah, Ubai bin Kaa’b, Abdullah bin Rawa.

Setiausaha Sulit : 
• Huzaifah b. Yaman.

Sifat Fizikal : 
• Badan tinggi sedang.
• Rambut ikal mayang.
• Muka bulat, putih kemerahan, mata hitam gelap.
• Bulu dada nipis, keseluruhan badan tidak berbulu.
• Bulu mata panjang, suara kasar, gigi hadapan renggang.

Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Nabi: 
• Siddiq [ benar ], Amanah [ jujur], Tabligh [ menyampaikan ], Fatanah [ bijkasana ].

Sifat-sifat Yang Mustahil:
• Kazib [ dusta ], Khianah [ pecah amanah], Kitman [ menyembunyikan ], Baladah [ bodoh].

Sifat-sifat Yang Harus : 
• Makan, minum, tidur, berkahwin, sakit, demam.

Pendidikan : 
• Al-Ummiy [ tidak pandai membaca dan menulis ].

Pekerjaan : 
• Gembala Kambing.
• Berniaga.

Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul 
 • Umur 40 tahun di Gua Hira’.

Guru Pertama : 
• Malaikat Jibril ‘Alaihi Salam.

Tugas Utama : 
• Menyeru manusia menyembah Allah SWT.

Jawatan Yang Diamanahkan :
• Menjadi Nabi.
• Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin .
• Ketua Pemerintah kerajaan Islam di Madinah.

Keistimewaan : 
• Sebaik-baik makhluk yang dicipta.
• Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-Qur’an.
• Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [ Khatamun Nabiyyin ].
• Manusia pertama masuk Syurga.

Gelaran Dari Kalangan Nabi : 
• Ulul ‘Azmi أولوالعزم [ banyak menempuhi ujian berat daripada Allah ].
• صلى الله عليه وسلم

Kenangan Manis :
• Dibawa melancong dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Kenangan Pahit : 
• Diusir oleh penduduk Ta’if.
• Semasa peperangan Uhud.

Pengalaman Pertama Menerima Wahyu
• Turunnya al-Quran Ayat Iqra’ [1-5 ayat, di Gua Hira’] pada 12 Rabiu’l Awal.

Pengalaman Yang Paling Menakutkan : 
• Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril a.s. di ruang angkasa.

Hijrah ke Madinah 
• Umur 53 tahun ditemani Abu Bakar as-Siddiq, sampai Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 24 September 622M.

Orang Yang Pertama Didakwah Dan Memeluk Islam : 
• Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq.
• Perempuan Dewasa : Khadijah [ isteri Nabi ].
• Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib.
• Hamba : Zaid bin Harithah.

Sahabat-sahabat Kanan :
• Abu bakar as-Siddiq.
• Umar al-Khattab.
• Uthman bin Affan.
• Ali bin Abu Talib.

Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat : 
• Abu Bakar dan Umar [ mertua ].
• Uthman dan Ali [ menantu ].

Berita Yang Mengembirakan : 
• Keislaman Umar bin al-Khattab.

Berita Yang Menyedihkan : 
• Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi].
• Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
• Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].

Peristiwa Yang Mengembirakan : 
• Pembukaan Kota Mekah.

Penglibatan Dalam Peperangan : 
• Peperangan Badar , Uhud , Khandak , Khaibar , Al-Fath , Hunain , Tabuk.

Nama Tempat Yang Pernah Dilawati : 
• Syam , Baitul Maqdis [ Palestin ].

Catat Rekod Dunia : 
• Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha bermula selepas waktu Isya’ hingga sebelum masuk waktu Subuh [ Isra’ & Mi’raj ].

Isteri Yang Paling Disayangi : 
• ‘Aisyah [ ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup ].

Anak Yang Paling Disayangi : 
• Fatimah.

Cucu Yang Paling Disayangi : 
• Hassan bin Ali.
• Hussin bin Ali.

Sahabat Yang Paling Disayangi : 
• Abu Bakar.  

Nasihat Nabi : 
• “Jadikanlah kamu sebagai orang musafir yang sedang dalam perjalanan.”

Wasiat Nabi : 
• Dalam Khutbah Wida’ [ Khutbah Selamat Tinggal ] “Aku tinggalkan dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.”

Syafaat Nabi : 
• Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya.

Tarikh Wafat : 
• Waktu pagi hari Isnin.
• 12 Rabiu’l Awal 11 H bersamaan 8 Jun 632M
• Umur 63 tahun , 4 hari.


Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

2015-01-02

Tadika Little Caliph first day untuk tahun ini dan kisah poket kopak di Kawasaki HQ

Walaupun ada lagi dekat tadika little caliph ni dengan rumah yang aku duduk sekarang, tapi aku sengaja pilih yang jauh sikit sebab bilangan murid yang jauh lebih sedikit dan suasana persekitaran yang lebih selesa. Walaupun dengan kadar yuran yang sama!

Pilihan di tangan kita. Tepuk dahi fikir panjang-panjang.

Ni gambar sekitar.


anak-anak ke tadika

Semoga bermanfaat.

Balik dari tadika terus hantar ninja 250r gi service. Last service 33,000km. Sekarang dah 38,000km. Bawak pun dah tak sedap. Kasi Major service kat Kawasaki HQ Glenmarie.

Tinggalkan motor kat Kawasaki HQ katanya boleh ambil semula petang nanti. So, kitorang pun berdesup ke Shaklee HQ. 

Sesampai kat tempat parking ternampak ada satu parking yang kosong betul-betul sebelah pintu masuk lif. Khas Untuk expecting mom. Canggih Sunway Pinnacle ni ade parking khas utk pregnant mom. Tak lama lepas tu berdesup kereta Perodua Alza masuk parking kat situ. 

Saje tunggu kejap nak tengok betul ke yang keluar kereta tu pregnant mom. Sekali Master Lydzar Rusman! Haha Tegur dia tanya "Tgh pregnant ke?"

Terus jadi bahan. 
Masa kat HQ sementara tunggu bini aku siap tulis borang vitamin apa nak diborong terserempak dengan Kak Capt. Vitamin. Sampai setel urusan di HQ kitorang sembang menjalin ukhuwwah. 

Maklumlah kat dalam seminar ASB 2.0 Penang nampak Kak Capt. dari jauh je. Nak tegur takde point nak sembang. 

Moga rezeki murah tahun ini. Dah ada COD 2 tempat untuk hari ini. Pos pun ada. 

Setelkan urusan pos lepas amik balik motor kat kawasaki HQ. Kopak RM424. 

Pomen cakap ada beberapa lagi yang nak kena repair. Worst case overhaul dan tukar 2-2 fork depan. Budget dalam RM4500. Perghhhhh!! Baru ninja 250r kot. Kalau GTR 1400 tak tahulah berapa. 

awal tahun dah kopak

Sekian catatan hari ini. Moga bermanfaat buat pembaca. 

EpulJaguh
2/1/2015

2015-01-01

Berakhir sudah 2014. Selamat datang 2015

Kepada semua pembaca budiman, maafkan ketidak-update-an blog ini buat kesekian kali. Nampaknya tahun 2014 yang penuh mencabar telah berlalu. Sekarang kita buka buku baru.

Selamat datang 2015
Selamat tahun baru 2015
Azam baru aku untuk blog ini sempoi je. Setiap hari mahu kasi update. Dah. pendek je. senang je (kot?) Agak selari dengan azam untuk perniagaan family aku tahun ini. Semoga Allah permudahkan perjalanan kami untuk mencapai peringkat tertinggi dalam perniagaan kami. Amin.

Apepun dah masuk tahun yang dijangka lebih mencabar dari 2015 satu sahaja yang daku harapkan; lebih besar cabaran dan ujian yang datang, lebih besar rahmat dan berkat rezeki yang datang mencurah-curah. Sunnahnya begitu.

Jadinya itu sahaja untuk kali ini. Idea nak menulis belum sampai lagi walaupun ade sekerat dua tapi nantilah dulu. Kumpul biar cukup satu artikel baru aku publishkan sekaligus.

Marilah sama-sama kita doakan tahun ini akan memberikan 1001 kejayaan lebih bermakna kepada kita semua. Sihat, kaya dan berjaya dunia akhirat.

Sekian.

Ikhlas dari,
Epul Jaguh
1/1/2015