Featured Articles

My little caliph in uniform. After a few couple of weeks, finally.

Semenjak dari daftar sekolah sampailah minggu lepas, budak-budak ni pakai baju bebas je pergi sekolah. Sebab? Uniform tak dapat lagi. Shafiq suka pakai baju hebat (t-shirt & seluar Lorax (jeans)), Shafiqah pula suka baju princess.

Cara nak register domain dengan blogspot

Ada banyak cara nak registerkan domain name tapi bagi saya, cara yang paling mudah sekali ialah menerusi google apps. Platform blog untuk google ialah blogspot. Kalau nak mudah cepat dan taknak pening kepala, registerkan sahaja domain anda menerusi google.

Pengalaman Menemani Isteri Bersalin di Dewan Bersalin Hospital PakarSultanah Fatimah (HPSF)

Wife aku dijangka akan melahirkan anak ke-3 kami pada 23/7/2014. Pabila tarikh yang diberikan doktor kunjung tiba tapi baby belum nak keluar lagi, doktor pun extend delivery due date kepada 30/7/2014. Kalau tarikh ni pun baby tak keluar lagi, induce akan terjadi pada 31/7/2014. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Buka Akaun Tabung Haji Sambil Daftar Haji

Kalau daftar haji sekarang agak-agak berapa tahun lagi kena Q untuk dipanggil tunaikan fardhu haji? 40 tahun? Tetttt... salah. 50 tahun? Tettttt... salah. 60 tahun? Tetttttt.... Salah jugak?! Abis tu berapa? Jawapannya ialah 76 tahun.

2015-02-16

My little caliph in uniform. After a few couple of weeks, finally.

Semenjak dari daftar sekolah sampailah minggu lepas, budak-budak ni pakai baju bebas je pergi sekolah. Sebab? Uniform tak dapat lagi. Shafiq suka pakai baju hebat (t-shirt & seluar Lorax (jeans)), Shafiqah pula suka baju princess. Asal baju labuh ade bunga-bunga sikit..pincess la tu. (sumer budak perempuan pun suka jadi princess).

Disebabkan uniform dah dapat. Kenalah pergi sekolah pakai uniform kan? Maka pagi tadi, berlangsunglah acara melalak berirama oleh apiq & piqa. Sorang nangis tak nak pergi sekolah. Sorang lagi nak pakai baju princess tak dapat. Sebenarnya memang minggu lepas tiap-tiap hari layan nangis. Sambung minggu ni pula.

Pung.. pang.. pung... Pang.. bersiap nak gerak. Cabaran betul nak menyiapkan diri dan anak-anak. Kalau zaman bujang dulu 5 minit bersiap mandi sikat bagai pun sempat. Dah ada family 2 jam baru confirm semua benda dah masuk kereta dan tak ada yang tertinggal. Baru boleh keluar dari rumah.

Dulu fasa zaman bujang. Kemudian fasa zaman berdua. Sekarang fasa membesarkan anak-anak. Lain fasa, lain zaman, lain cabaran dan dugaannya. Layankan je. Besok lusa fasa mengahwinkan anak-anak lain pula cabarannya nanti.

Orait.. Sambung balik topik hangat hari ini. Ni gambar dah siap. Gambar first day dalam entri ni:
http://www.epuljaguh.com/2015/01/tadika-little-caliph-first-day-untuk.html

Little Caliph uniform
Piqa as always. fotogenik

Sorang dah start buat muka.


Sorang ok lagi. Jangan sorang startkan menangis. Sorang lagi mesti ikut. Macam kembar. Kepalanya piqa. kena make sure mood piqa ok. Maka mood abgnya pun mesti ok. Kalau abgnya mood tak ok takpe lagi. Tahap kesusahan melayan karenah Shafiq lagi senang sebab dia ada secret weapon; Selimut hikmat sakti (selimut busuk) boleh tahan dari nangis. Dekat tangga sambung nangis lagi. Takpe. Layankan je..

budak hebat ni zikir pagi-paginya ialah.. taknak pergi sekolah.. hmm.

Selimut busuk mesti pegang lepas turun dari kereta. 

Semoga anak-anak ini diberikan kesihatan yang baik sepanjang zaman. Cerdas akal dan fikiran, memiliki akhlak terpuji. Ya Allah hiasilah mereka dengan sifat Mahmudah, hindarilah mereka dari sifat Mazmumah. Semoga zuriatku dan seluruh zuriat keturunanku diberkati hidupnya di dunia dan akhirat. Amin.

Epul Jaguh.