Featured Articles

My little caliph in uniform. After a few couple of weeks, finally.

Semenjak dari daftar sekolah sampailah minggu lepas, budak-budak ni pakai baju bebas je pergi sekolah. Sebab? Uniform tak dapat lagi. Shafiq suka pakai baju hebat (t-shirt & seluar Lorax (jeans)), Shafiqah pula suka baju princess.

Cara nak register domain dengan blogspot

Ada banyak cara nak registerkan domain name tapi bagi saya, cara yang paling mudah sekali ialah menerusi google apps. Platform blog untuk google ialah blogspot. Kalau nak mudah cepat dan taknak pening kepala, registerkan sahaja domain anda menerusi google.

Pengalaman Menemani Isteri Bersalin di Dewan Bersalin Hospital PakarSultanah Fatimah (HPSF)

Wife aku dijangka akan melahirkan anak ke-3 kami pada 23/7/2014. Pabila tarikh yang diberikan doktor kunjung tiba tapi baby belum nak keluar lagi, doktor pun extend delivery due date kepada 30/7/2014. Kalau tarikh ni pun baby tak keluar lagi, induce akan terjadi pada 31/7/2014. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Buka Akaun Tabung Haji Sambil Daftar Haji

Kalau daftar haji sekarang agak-agak berapa tahun lagi kena Q untuk dipanggil tunaikan fardhu haji? 40 tahun? Tetttt... salah. 50 tahun? Tettttt... salah. 60 tahun? Tetttttt.... Salah jugak?! Abis tu berapa? Jawapannya ialah 76 tahun.

2015-03-04

Zaman kejatuhan semangat, jati diri, motivasi...

Salam alaikum & salam sejahtera buat pembaca setia. Maafkan pul sebab lama tak update blog sejak kebelakangan ini. Percayalah dalam hati ni memberontak nak tulis tapi jari jemari ni terasa sangat berat nak mengetuk-ngetuk papan kekunci keyboard yang dah hilang huruf-hurufnya. Aku dapat rasa sekarang ni zaman yang sangat-sangat down. Saat-saat kejatuhan yang sangat-sangat... tersungkur.. terduduk.. terjelepuk.. sampai nak bangkit pun rasa tak boleh. Sebelum ia terus berkubur, aku harap sempat aku rakamkan sedikit perasaan, emosi saat yang terpaling kebawah ini buat pengajaran dan peringatan buat pembaca yang setia..

Jalan hadapan cuma satu persimpangan yang sangat jelas. Sama ada situasi emosiku lebih teruk dari sekarang, atau sinar mentari harapan yang lebih cerah menyelubungi diriku ini..

Itulah.. tengah feeling down-down cenggini kalau dilayankan je mesti lagi hanyut. gampunk betul. Nak ngadu kat sape lagi selain yang Maha Kuasa... geng-geng yang sama frekuensi lah jawabnya. tengok sikit dorang komen apa.. haha

banyak benda datang dalam kepala sampai serabut. sampai tak sempat nak buat..sampai rasa.. ahhhh lantaklah apa nak jadi.. perkara ni jadi hari-hari sampai jadi habit sampai jadi benda negatif dah ni.. langsung menular jadi ignorance.. takpelah.. tak kisahlah... sikap acuh tak acuh.. aduhai..

Sape baca sampai habis dia mesti tak faham.

Memanglah sebab ini dia emosi orang tengah down. orang tengah serabut.

Jangan ikut.

Cuma luahan hati seorang insan yang tulus mulus.

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

Sebarang komen yang mengganggu ketenteraman awam akan dibakul sampahkan dengan serta-merta tanpa sebarang notis pemberitahuan dari pihak penulis. Harap maklum.

Selamat berblogwalking.