Featured Articles

My little caliph in uniform. After a few couple of weeks, finally.

Semenjak dari daftar sekolah sampailah minggu lepas, budak-budak ni pakai baju bebas je pergi sekolah. Sebab? Uniform tak dapat lagi. Shafiq suka pakai baju hebat (t-shirt & seluar Lorax (jeans)), Shafiqah pula suka baju princess.

Cara nak register domain dengan blogspot

Ada banyak cara nak registerkan domain name tapi bagi saya, cara yang paling mudah sekali ialah menerusi google apps. Platform blog untuk google ialah blogspot. Kalau nak mudah cepat dan taknak pening kepala, registerkan sahaja domain anda menerusi google.

Pengalaman Menemani Isteri Bersalin di Dewan Bersalin Hospital PakarSultanah Fatimah (HPSF)

Wife aku dijangka akan melahirkan anak ke-3 kami pada 23/7/2014. Pabila tarikh yang diberikan doktor kunjung tiba tapi baby belum nak keluar lagi, doktor pun extend delivery due date kepada 30/7/2014. Kalau tarikh ni pun baby tak keluar lagi, induce akan terjadi pada 31/7/2014. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Buka Akaun Tabung Haji Sambil Daftar Haji

Kalau daftar haji sekarang agak-agak berapa tahun lagi kena Q untuk dipanggil tunaikan fardhu haji? 40 tahun? Tetttt... salah. 50 tahun? Tettttt... salah. 60 tahun? Tetttttt.... Salah jugak?! Abis tu berapa? Jawapannya ialah 76 tahun.

2015-05-09

Anak-anak sebagai push factor untuk terus berusaha mengembangkan bisnes

Aku teringin nak pencen awal supaya dapat luangkan masa 100% untuk keluarga. Untuk anak-anak. Hantar diorang pergi sekolah balik berjemput. Ajar diorang sampai pandai. Gilap skill dan kreativiti diorang. Pendek kata, ilmu duniawi dan akhirat yang ada dalam diri ni, dapat dijadikan panduan buat mereka.

Tapi...

Kalau aku nak buat semua tu ada benda yang terpaksa dikorbankan. Aku kena lipat gandakan usaha mengumpul capital yang mencukupi untuk menampung kos meraliasisasisasisasasikan keinginan berpencen awal tersebut. Kalau sekarang ni main source of income datang dari kerja makan gaji dengan salah sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di negara ini, secondary income datang dari hasil menjadi delivery boy, blogger, advisor, website designer untuk syarikat isteri aku.

Umum pun tahu kalau kerja gila-gila teruk gila tapi tak sampai nak gila kat makan gaji sampai ke tua lah tak kaya dan berjaya. Kerja makan gaji ni simple je. Lebih banyak masa yang diluangkan untuk mensetelkan lebih banyak masalah di tempat kerja = lebih cerah peluang untuk naik dalam bidang makan gaji. Ini satu daripada benda yang aku rasa kena korbankan. Pada aku, option ini adalah big NO kalau matlamat berpencen awal tu masih menjadi objektif utama.

Nak tak nak memang kena majukan, kembangkan, cantikkan, besarkan, gandakan usaha dan fokus kepada bisnes. Rasa malas mengulit diri sebab dah terperangkap dalam comfort zone. Nak keluar punya la susah! Nak keluar sendiri susah, nak paksa diri nak keluar pun susah. Terus terang, aku perlukan bantuan. Bantuan dariNya.. tapi menerusi siapa? Siapakah yang bakal Dia hantar untuk menyentapkan aku lantas tersedar dari ulitan mimpi comfort zone dan bergegas melipat gandakan usaha mengembangkan bisnes isteri tercinta?

Siapa?





No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

Sebarang komen yang mengganggu ketenteraman awam akan dibakul sampahkan dengan serta-merta tanpa sebarang notis pemberitahuan dari pihak penulis. Harap maklum.

Selamat berblogwalking.