Featured Articles

My little caliph in uniform. After a few couple of weeks, finally.

Semenjak dari daftar sekolah sampailah minggu lepas, budak-budak ni pakai baju bebas je pergi sekolah. Sebab? Uniform tak dapat lagi. Shafiq suka pakai baju hebat (t-shirt & seluar Lorax (jeans)), Shafiqah pula suka baju princess.

Cara nak register domain dengan blogspot

Ada banyak cara nak registerkan domain name tapi bagi saya, cara yang paling mudah sekali ialah menerusi google apps. Platform blog untuk google ialah blogspot. Kalau nak mudah cepat dan taknak pening kepala, registerkan sahaja domain anda menerusi google.

Pengalaman Menemani Isteri Bersalin di Dewan Bersalin Hospital PakarSultanah Fatimah (HPSF)

Wife aku dijangka akan melahirkan anak ke-3 kami pada 23/7/2014. Pabila tarikh yang diberikan doktor kunjung tiba tapi baby belum nak keluar lagi, doktor pun extend delivery due date kepada 30/7/2014. Kalau tarikh ni pun baby tak keluar lagi, induce akan terjadi pada 31/7/2014. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Buka Akaun Tabung Haji Sambil Daftar Haji

Kalau daftar haji sekarang agak-agak berapa tahun lagi kena Q untuk dipanggil tunaikan fardhu haji? 40 tahun? Tetttt... salah. 50 tahun? Tettttt... salah. 60 tahun? Tetttttt.... Salah jugak?! Abis tu berapa? Jawapannya ialah 76 tahun.

2016-11-23

Pengalaman menjadi Mr. Mama selama 3 hari menguruskan rumahtangga & 3 orang anak kecil

Bukan senang rupanya menghadap 3 orang anak yang masih kecil sambil menyiapkan kerja-kerja mengemas rumah, membasuh baju walaupun pakai mesin dan mencuci pinggan mangkuk dan botol susu!



Itu tak termasuk dengan hantar anak pergi balik sekolah walaupun tadika sahaja kemudian nak sediakan makanan walaupun cuma bawak pergi makan kat kedai ataupun nak lagi ngelat bawak aje pergi ke rumah mertua dah sah-sah ada sahaja makanan menanti untuk dimakan. Ahaks! Pendek kata memang stress tapi... ingatkan diri sendiri yang susah, yang stress tu semua sebab kita rasa lama sangat akan buat benda tu. Kalau kita tahu taklama lagi kita dah tak buat benda-benda tu lagi. Macam ala.. nanti isteri dah balik dari trip Shaklee tu aku boleh la kembali menjalani hari-hari pergi office macam biasa. Tak perlu menghadap hiruk-pikuk anak-anak kat rumah. 

Sama macam kita dah tau nak hadap benda ni tak lama sebab lepas ni kita akan tinggalkan dunia nan sementara ini.

Teringat satu kisah ada seorang surirumah ni selalu mengeluh kepada suaminya penat sangat menguruskan rumah dan anak-anak. Suaminya hanya mampu memintanya supaya bersabar. Keadaan yang sama berterusan setiap hari sehinggalah suatu hari dipendekkan cerita beliau jatuh sakit dan disahkan doktor tidak akan hidup lama. Beliau ada cuma beberapa bulan untuk hidup. Dan ketika itu dia berkata kepada suaminya yang dia terlalu ingin berkhidmat untuk anak-anak dan menguruskan rumahtangganya. Memberikan jasa yang terbaik sebelum beliau pergi. 

Mungkin kisah ni takde memberikan apa-apa makna kepada sesiapa tapi cukuplah ia menjadi peringatan kepadaku. Aku sedar ia adalah satu bentuk ingatan dariNya secara tidak langsung buat aku. Oh! Betapa lalainya aku..

Anyway, ketika sedang menaip ini aku sedang berapa di hadapan laptop menjalani hari-hari biasa di office. Walaupun hati ini sebenarnya sangat-sangat meronta mahu dekat dengan anak-anakku!


Terutama sekali budak yang sangat comel ini!

2016-09-09

Train to Busan. Eh KL!

Sehingga kini dah 2 review panjang lebar berkajang-kajang kalau tulis kat kertas kajanglah pasal cerita dari korea yg bertajuk train to busan ni aku baca. Sampai habis pulak tu. 

Katanya cerita pasal zombie tapi tak macam zombie yang stereotype. Padat, sarat dengan mesej dan sindiran yang makan dalam. 


Tiba-tiba pagi ni ada berita LRT mengalami kegagalan teknikal. Langsung keluar gambar ni. Train to KL.  confirm pecah panggung 

Kesan 'Letusan Digital' terhadap premis fizikal dan kaitannya terhadap revolusi usahawan surirumah 'Work at Home Mum'

Di Malaysia, CIMB membuat keputusan untuk menutup 23 cawangannya di Malaysia.

Bank of America di Amerika pula telah menutup sehingga 23% dari keseluruhan 6,100 cawangannya di seluruh Amerika, sejak 2009 lagi, menjadikan bilangan cawangan mereka kini b
erjumlah hanya 4689 sahaja hari ini.

Di United Kingdom pula, 600 bank telah ditutup sejak setahun lalu sebenarnya.

Sebenarnya ini adalah kesan 'Letusan Digital'. Penutupan bank semata2 tidak menggambarkan krisis ekonomi bagi sesebuah negara. Ia jauh sekali menyimpulkan bahawa sesebuah negara, Malaysia dalam kes ini hampir bangkrap dan mengalami kejatuhan ekonomi.

CIMB misalnya mencatatkan keuntungan saban tahun, petanda transaksi dan urusniaga perbankan rancak dan bisnes mereka bertambah baik.

Tetapi tidak dinafikan, dalam 'Letusan Digital' banyak kerjaya akan menjadi pupus dan jawatan tersebut tidak lagi diperlukan.

Urusan di kaunter bank, berdepan dengan Kerani Bank misalnya, sudah digantikan dengan perbankan internet. Duit tunai pula, digantikan dengan urusniaga menggunakan kad debit dan kredit.

Kurang pekerja, maka kos operasi cawangan fizikal meningkat, menjadikan mereka tidak lagi praktikal untuk wujud sebagai 'brick and mortar' seperti yang kita tahu.

Malah, 'Letusan Digital' bukan setakat memberi kesan kepada urusan dan kewujudan bank secara fizikal semata.

Uber dan Grabcar misalnya adalah 'Letusan Digital' yang mengesankan pemandu teksi, dan pendapatan mereka.

Begitu juga AirBnB, mengisi ruang kosong penyediaan perkhidmatan hospitaliti dan perhotelan. Syarikat hotel terbesar dunia ini tidak perlukan sebarang bangunan hotelpun untuk beroperasi. Trivago pula misalnya memudahkan pencarian hotel yang kita mahu dan mampu. Hotel dengan rating teruk dan harga tidak kompetitif, tidak akan bertahan lama.

Berapa ramai pula antara kita telah semakin bergantung kepada perniagaan melalui internet. Perniagaan tudung, sambal hitam, biskut dan kek raya, pakaian, mainan anak2, semua di internet sahaja. Ia serba sedikit mengambil peranan premis2 perniagaan dan kedai2. Surirumah kini lebih arif serba serbi tentang berniaga. Termasuklah orang rumah aku.


Macam-macam perniagaan online sekarang ni yang boleh dijalankan hanya dari rumah tanpa premis kedai. Ini perniagaan yang dijalankan oleh keluarga saya.

Khidmat mengambil gambar tak perlu lagi studio dan kedai gambar seperti dahulu. Tiada lagi keperluan untuk cucian gambar2 amatur. Tangkap dan cetak sendiri di rumah.

Penggunaan emel, socmed pula sedikit sebanyak mengambil alih tugas dan fungsi pejabat pos dan tenaga kerja berkaitannya. Tiada lagi Q panjang di Pejabat Pos, dan petugas kaunter pos pun lebih manis dan ayu senyumannya, kerana kurang tekanan kerja.

Bahkan, penerbitan akhbar pun, jika tidak mengikut arus 'Letusan Digital', banyak penerbitan pasti gulung tikar.






Tempat aku bekerja pun sebahagian besar tugas-tugas manual telah diambil alih oleh self-service tools, tiada lagi 'physical training session' kerana berubah menjadi 'learning on the go'. Selaras dengan objektifnya most favourite digital partner. 

Hey, siapa tahu, jangankan pekerjaan di bank, pekerjaan kau dan aku pun mungkin boleh pupus kerana 'Letusan Digital', tau.

2016-09-08

CARA BUNUH NYAMUK MENGGUNAKAN SABUN JOY

simpan siap-siap petua mudah tapi sangat efektif ni siap-siap. sekarangni apa sahaja cara yang dipercayai boleh mengatasi masalah berkaitan nyamuk memang semua orang akan alert.

Panduan membunuh nyamuk boleh guna Sabun basuh Joy...

sabun joy akan menarik nyamuk jika campuran sabun & air ialah 1:1
Klu cecair terlalu pekat atau cair tidak dpt menarik nyamuk...

Sabun Joy Perangkap Nyamuk









Nyamuk akan 'minum' cecair dr pinggan atau bekas plastik dan akan mati dlm campuran sabun.
Kadangkala nyamuk yg kekenyangan darah pun akan didapati perutnya pecah.

Tuangkan campuran joy & air ke dalam bekas yg dalamnya 1 cm & diletakkan di tempat yg gelap.
Cth dibawah almari kasut. Pastikan tiada kucing boleh dekat dgn campuran tersebut & minum dari situ.

Pada esok paginya bolehlah dilihat jika ada nyamuk yg mati dlm cecair joy itu.
Cecair joy tu boleh diguna semula & sekiranya cecair bertukar pekat atau menjadi kering, bolehlah ditambah sedikit air, cuma pastikan campuran sabun tadi tidaklah terlalu cair.

Kredit: Sabun Collagen Wangian

2016-06-08

2016-05-10

Kreativiti kanak-kanak. Selama ini kita sudah mengembangkan atau menghalang?

Bayangkan situasi berikut;

Balik kampung, kebetulan saudara-mara pun ada. Kebetulan, esok anak nak exam. Exam pendidikan seni. Anak nak exam pendidikan seni tadika. 6 tahun. Tahun depan baru darjah 1. 

Ada 2 kemungkinan yang mungkin ada dalam fikiran anda:

1. Alaa exam 6 tahun je pun. Bukan dapat masuk universiti pun kalau score. Atau bukan tak dapat masuk universiti pun kalau failed. 

2. Esok soalan apa? Ha? Kena buat origami & warnakan? Ok? Guna buat baju. Buat tie sekali. Warna guna warna terang. Guna warna merah. Buat belang2 warna merah & kuning. Biar menyerlah. Biar cantik. Biar cikgu nampak. Kaler baju pun jgn pilih kaler gelap. Pilih yang menyala. 

Okey. Bagi akulah kan.. Budak 6 tahun yang kreativitinya korang pun tahu berapa jauh aje pun diorang boleh kreatif. Mereka masih dalam proses. 

Exam tu cuma mahu mengukur sejauh mana tahap kreativitinya sahaja. dah kalau mak bapak tambah sedara-mara tuk nenek sumer dah suruh buat ini buat itu, kaler ini kaler itu, celah mana kreativiti budak tu nak berkembang kalau dia terpaksa percaya pada pendapat dan nasihat dari orang lain seawal itu?

Berhentilah seketika. Memandang dari jauh. Melihatlah dari sudut konteks. 

Budak-budak umurnya begitu perlu rasa seronok ke sekolah. Bergaul dengan rakan, belajar interaksi. Memupuk keyakinan diri. Mengembangkan seluruh potensi. Bukan terkebelakangkan semua itu. Lambat atau cepat itu kelebihan dan kekurangan masing-masing. Yang cerdik Alhamdulillah. Yang lambat digalak bantu. 

Kadang kita tak perasan. Sbb kita terlalu fokus. Fokus sumbat semua sebab kita percaya dengan hardworking kononnya budak itu akan berjaya. Namun sedar tak kita, makin dilaratkan sebegitu, sebenarnya kita membunuh minat mereka untuk belajar kerana ia merupakan satu beban bagi mereka. Sedarkah kita!?

Sampai masa untuk berenti seketika. Tarik nafas sedalamnya. Tak ada maksud terlewat dalam kamus orang yang ingin berjaya. Baik ibubapa. Mahupun anak. 

Allah lebih Mengetahui. 



Berpagi-pagian dalam mencari rezeki

Semalam terdengar motivasi pagi di ikim.fm berkenaan kisah burung yang setiap hari keluar mencari makanan untuk anak-anaknya dan juga dirinya. Tanpa putus asa. Tanpa rasa kecewa. Kadang ada rezeki untuknya. Kadang tiada. Namun tetap keluar setiap pagi berkicauan asyik siapa yang mendengarnya. Tetap disiplin. Buat Kita yang mahu mempelajari darinya. 

Begitu juga dengan jiran sebelah rumah ni, pukul 4:30 pagi sudah kedengaran bunyi api dapur dipetik dinyalakan, lesung batu berketukan, seperti mahu bergegas menyiapkan sarapan. 

6:30 pagi pula sudah kedengaran pintu grill ditarik. Anak-anak bersalam tangan ibu untuk ke sekolah. Seawal itu ada dikalangan kita yang masih baru hendak bangun subuh. Wallahu 'alam. 



Salah satu pesan Imam Syafie buat kita, dalam mencari rezeki hendaklah kita berpagi-pagian. Semoga Allah kurniakan kita kudrat agar kita dapat beramal dengan ilmu yang kita dapat hari ini. 

Semoga bermanfaat buat anda yang sudi membaca. 


2016-05-09

Attention Deficit Hyperactivity Disorder?

Mungkin dia mengalami ADHD. Dia tidak bodoh. Aku tak mahu dia percaya bahawa dia itu benar-benar bodoh. Akalnya tidak setajam orang lain. Bukan salahnya. Ada kajian menunjukkan ia adalah kesan sampingan dari ubat-ubatan yang pernah diambilnya dahulu. 

Bukan dia tak mahu belajar. Bukan dia tak mahu rajin. Bukan dia tak pandai. Bukan dia malas. Semua itu bukan!

Cuma dia tak dapat mengawal tumpuan perhatiannya walaupun untuk seketika. Sesaat tumpuannya disini, kemudian dilemparkan pandangannya meliar. Seolah-olah gusar. Seolah-olah bimbang. Seoah-olah takut. Seolah-olah sedang menahan dari terkucil!

Perlu sabar. Perlu tabah. Perlu redha. Perlu usaha. Ganjarkan. Galakkan. Bantu. Ada hikmah disebalik kejadian. 

Yang baik tak semestinya elok, yang buruk tak semestinya tak elok untuk kita!!

 

2016-04-26

Raja Ali Haji

GURINDAM DUA BELAS

karya: Raja Ali Haji

Satu

Ini Gurindam pasal yang pertama:

Barang siapa tiada memegang agama,
Sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
Maka ia itulah orang yang ma’rifat
Barang siapa mengenal Allah,
Suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,
Maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri.
Barang siapa mengenal dunia,
Tahulah ia barang yang teperdaya.
Barang siapa mengenal akhirat,
Tahulah ia dunia mudarat.

Dua

Ini Gurindam pasal yang kedua:

Barang siapa mengenal yang tersebut,
Tahulah ia makna takut.
Barang siapa meninggalkan sembahyang,
Seperti rumah tiada bertiang.
Barang siapa meninggalkan puasa,
Tidaklah mendapat dua termasa.
Barang siapa meninggalkan zakat,
Tiadalah hartanya beroleh berkat.
Barang siapa meninggalkan haji,
Tiadalah ia menyempurnakan janji.

Tiga

Ini Gurindam pasal yang ketiga:

Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadaiah damping.
Apabila terpelihara lidah,
Niscaya dapat daripadanya paedah.
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fi’il yang tiada senonoh.
Anggota tengah hendaklah ingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat
Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjaian yang membawa rugi.

Empat

Ini Gurindam pasal yang keempat:

Hati itu kerajaan di daiam tubuh,
Jikalau zalim segala anggotapun rubuh.
Apabila dengki sudah bertanah,
Datanglah daripadanya beberapa anak panah.
Mengumpat dan memuji hendaklah pikir,
Di situlah banyak orang yang tergelincir.
Pekerjaan marah jangan dibela,
Nanti hilang akal di kepala.
Jika sedikitpun berbuat bohong,
Boleh diumpamakan mulutnya itu pekung.
Tanda orang yang amat celaka,
Aib dirinya tiada ia sangka.
Bakhil jangan diberi singgah,
Itulah perampok yang amat gagah.
Barang siapa yang sudah besar,
Janganlah kelakuannya membuat kasar.
Barang siapa perkataan kotor,
Mulutnya itu umpama ketor.
Di mana tahu salah diri,
Jika tidak orang lain yang berperi.

Lima

Ini Gurindam pasal yang kelima:

Jika hendak mengenai orang berbangsa,
Lihat kepada budi dan bahasa,
Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
Sangat memeliharakan yang sia-sia.
Jika hendak mengenal orang mulia,
Lihatlah kepada kelakuan dia.
Jika hendak mengenal orang yang berilmu,
Bertanya dan belajar tiadalah jemu.
Jika hendak mengenal orang yang berakal,
Di dalam dunia mengambil bekal.
Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,
Lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.

Enam

Ini Gurindam pasal yang keenam:

Cahari olehmu akan sahabat,
Yang boleh dijadikan obat.
Cahari olehmu akan guru,
Yang boleh tahukan tiap seteru.
Cahari olehmu akan isteri,
Yang boleh dimenyerahkan diri.
Cahari olehmu akan kawan,
Pilih segala orang yang setiawan.
Cahari olehmu akan ‘abdi,
Yang ada baik sedikit budi,

Tujuh

Ini Gurindam pasal yang ketujuh:

Apabila banyak berkata-kata,
Di situlah jalan masuk dusta.
Apabila banyak berlebih-lebihan suka,
Itulah landa hampirkan duka.
Apabila kita kurang siasat,
Itulah tanda pekerjaan hendak sesat.
Apabila anak tidak dilatih,
Jika besar bapanya letih.
Apabila banyak mencela orang,
Itulah tanda dirinya kurang.
Apabila orang yang banyak tidur,
Sia-sia sahajalah umur.
Apabila mendengar akan khabar,
Menerimanya itu hendaklah sabar.
Apabila menengar akan aduan,
Membicarakannya itu hendaklah cemburuan.
Apabila perkataan yang lemah-lembut,
Lekaslah segala orang mengikut.
Apabila perkataan yang amat kasar,
Lekaslah orang sekalian gusar.
Apabila pekerjaan yang amat benar,
Tidak boleh orang berbuat honar.

Delapan

Ini Gurindam pasal yang kedelapan:

Barang siapa khianat akan dirinya,
Apalagi kepada lainnya.
Kepada dirinya ia aniaya,
Orang itu jangan engkau percaya.
Lidah yang suka membenarkan dirinya,
Daripada yang lain dapat kesalahannya.
Daripada memuji diri hendaklah sabar,
Biar dan pada orang datangnya khabar.
Orang yang suka menampakkan jasa,
Setengah daripada syirik mengaku kuasa.
Kejahatan diri sembunyikan,
Kebaikan diri diamkan.
Keaiban orang jangan dibuka,
Keaiban diri hendaklah sangka.

Sembilan

Ini Gurindam pasal yang kesembilan:

Tahu pekerjaan tak baik, tetapi dikerjakan,
Bukannya manusia yaituiah syaitan.
Kejahatan seorang perempuan tua,
Itulah iblis punya penggawa.
Kepada segaia hamba-hamba raja,
Di situlah syaitan tempatnya manja.
Kebanyakan orang yang muda-muda,
Di situlah syaitan tempat bergoda.
Perkumpulan laki-laki dengan perempuan,
Di situlah syaitan punya jamuan.
Adapun orang tua yang hemat,
Syaitan tak suka membuat sahabat
Jika orang muda kuat berguru,
Dengan syaitan jadi berseteru.

Sepuluh

Ini Gurindam pasal yang kesepuluh:

Dengan bapa jangan durhaka,
Supaya Allah tidak murka.
Dengan ibu hendaklah hormat,
Supaya badan dapat selamat.
Dengan anak janganlah lalai,
Supaya boleh naik ke tengah balai.
Dengan kawan hendaklah adil,

Supaya tangannya jadi kapil.

Sebelas

Ini Gurindam pasal yang kesebelas:

Hendaklah berjasa,
Kepada yang sebangsa.
Hendaklah jadi kepala,
Buang perangai yang cela.
Hendaklah memegang amanat,
Buanglah khianat.
Hendak marah,
Dahulukan hujjah.
Hendak dimalui,
Jangan memalui.
Hendak ramai,
Murahkan perangai.

Duabelas

Ini Gurindam pasal yang kedua belas:

Raja mufakat dengan menteri,
Seperti kebun berpagarkan duri.
Betul hati kepada raja,
Tanda jadi sebarang kerja.
Hukum ‘adil atas rakyat,
Tanda raja beroleh ‘inayat.
Kasihkan orang yang berilmu,
Tanda rahmat atas dirimu.
Hormat akan orang yang pandai,
Tanda mengenal kasa dan cindai.
Ingatkan dirinya mati,
Itulah asal berbuat bakti.
Akhirat itu terlalu nyata,
Kepada hati yang tidak buta.

Tamatlah Gurindam yang duabelas pasal yaitu karangan kita Raja Ali Haji pada tahun Hijrah Nabi kita seribu dua ratus enam puluh tiga likur hari bulan Rajab Selasa jam pukul lima, Negeri Riau, Pulau Penyengat.

Keterangan :

Bakhil ; kikir atau pelit

Balai : rumah tempat menanti raja (di antara kediaman raja-raja)

Bachri : hal mengenai lautan (luas)

Berperi : berkata-kata

Cindai : kain sutra yang berbunga-bunga

Damping : dekat, karib, atau akrab

Fi’il : tingkah laku, perbuatan

Hujjah : tanda, bukti, atau alasan

Inayat : pertolongan atau bantuan

Kafill : majikan atau orang yang menanggung kerja

Kasa : kain putih yang halus

Ketor : tempat ludah (ketika makan sirih), peludahan

Ma’rifat : tingkat penyerahan diri kepada Tuhan yang setahap demi setahap sampai pada tingkat keyakinan           yang kuat

Menyalah : melakukan kesalahan

Mudarat : sesuatu yang tidak menguntungkan atau tidak berguna

Pekong : (pekung) penyakit kulit yang berbau busuk

Penggawa : kepala pasukan, kepala desa

Perangai : sifat batin manusia yang mempengaruhi segenap pikiran dan perbuatan

Senonoh : perkataan, perbuatan, atau penampilan yang tidak patut (tidak sopan)

Tegah : menghentikan

Teperdaya : tertipu

Termasa : tamasya

2016-04-25

Bolehkah Maxis Bangkrap? Telco lain sila ambil pengajaran

Baru-baru ni kecoh dunia telekomunikasi negara dengan kes viral customer servis layan acuh tak acuh pengguna Maxis. Sudahnya sampai ke CEO goyang. 

Bila CEO pun goyang, dia goyangkan sekali Marketing dept sampai muka kesian macam minta tapak kaki ni


Aku rasa bagus juga sekali sekala jadi macam ni, satu telco jadi kambing hitam, telco lain cepat-cepat ambil pengajaran. 

Masing-masing review balik plan yang ditawarkan. Masing-masing cuba rebut lebih sejuta customer yang dah lari dari Maxis. 

Ape baiknya untuk kita sebagai pengguna? Tentulah nilai atas belanja yang telah dikeluarkan atas bil telefon!

Ok now. Dear Digi telecommunications, please introduce moar punching-bag too-good-to-be-true pre/postpaid plan coz dis is de bez time to make a whole lot of maney babeh.